Thursday, February 9, 2012

Aku cuma seorang An-Nisaa


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..Diriku bukan setabah Ummu Khadijah. Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah. Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah. Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman


Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan




Wahai Kaum Hawa, kita cuma An-Nisaa. Para pendosa yang terbanyak di neraka. Lantas walau tak setabah para Mujahidah. Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam. Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga..Bicara dari An-Nisaa yang hina..Makbulkan doaku..Aamiin Ya Rabbal A'lamin...


Image Detail
buat peringatan bersama :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...