Wednesday, March 28, 2012

Segamat : Secret Recipe


Apabila tekanan menghantui diri, datanglah idea-idea yang susah untuk diterjemahkan. Maka, duit yang disimpan selama beberapa hari berpuasa melayang dengan sebebas-bebasnya tanpa ada sebarang sekatan. ibarat memandu di litar F1 yang sememangnya diduga tiada JPJ !

 niat nak makan banana split

tapi TER order fried rice secret recipe




tak perlu nak menyesal Jojo. duit dah jadi hak milik secret recipe. kalau ye pun stress makan la McD ke. KFC ke. Dominos ke. Ni nasi goreng Secret Recipe juga kau rembat ! nasi goreng kau masak sendiri lagi sedap la Jojo. Eh, Yeke ?

Monday, March 26, 2012

..AKU..

assalamualaikum
hai hai
erk..erk..
2 minit yang lalu aku tangah berusaha menyiapkan assignment

siap dah ke ?
erk..erk..
belum lagi..
esok kelas pukul 8 pagi..
esok juga nak puasa..
makanya kena bangun awal pukul 5..nak sahur..
tapi..aku menyempat lagi nak update blog..
ala..kejap je..kejap je..
aku sebenarnya nak bagi tau kat korang 
yang aku minum susu dalam botol susu sampai aku darjah 1
pastu sambung minum guna botol sedut sampai darjah 6..

yang bertangkal dua ni la namanya botol sedut

arghhh aku telah membuka pekung di dada
ok lah..bye..tutup muka dengan bantal !

Saturday, March 24, 2012

adab adab menuntut ilmu


semoga ilmu diberkati Allah swt :)

Friday, March 23, 2012

1 malam penuh mendebarkan..

semuanya berlaku secara tiba-tiba
tapi ada merasakan seperti sesuatu tidak kena sebelum kejadian
aku ada instinct ? hmmmm
merasakan sesuatu yang tak kena dan kesudahan memang berlaku sesuatu..
perkara macam ni dah selalu sangat terjadi
dan aku sangat tak suka
mana tak nya..
jantung berdegup kencang laju laju
macam baru dikejar anjing gila meroyan
segalanya berlaku tanpa diminta dan diduga
kalaulah instinct ni boleh diduga
nak je aku instinct soalan apa yang keluar time exam
kan bagus kalau begitu..ish ish ish !
dan....
ingatlah Jojo,
ini jalan hidup aku yang tertulis di luh mahfuz

kejadian itu bermula sesudahnya aku berbuka puasa
(puasa ganti aku tinggal 3 hari je lg weyy)
masa tu pukul 8
aku ke dapur nak basuh pingan2
tetiba aku pandang belakang
aku tak tahu kenapa nak pandang belakang
dan tetiba je perasaan berdebar dan sedikit takut tu datang
aku toleh lagi sekali..nak pastikan semunya dalam keadaan baik-baik
bila dah pasti semuanya ok..aku teruskan kerja membasuh..
tak sampai beberapa saat..aku terdengar bunyi tingkap dibuka
aku terus pandang ke tingkap..
kelibat orang berpakaian putih sedang berusaha membuka tingkap.
aku speechless..sempat lagi aku berfikir siapakah orang itu..tuan rumah ke ?
tetiba aku sedar yang aku mungkin dalam situasi berbahaya..
entah dari mana datangnya kekuatan..
aku menjerit " woi..siapa tu ! "
terus dia tunduk
terkejut leetttuuuwww~
agak kuat la kot aku menjerit..
sampaikan housemate aku yang dalam bilik air pun keluar sebab dengar suara aku
yang housemate aku sorang lagi plk boleh je terus makan
sedangkan aku dah kaku kat situ..
aku lari ke ruang makan..
housemate housemate aku semua berkumpul di ruang makan
semua tertanya tanya kenapa aku menjerit
si anis yang tengah makan ni boleh plk dia kata
"laaa..aku ingatkan ko marah norin sbb masuk blk air"
erk..kejam sangat ke aku sampai nak marah housemate aku sendiri..oh tidak laaa !
masa tu aku rasa aku macam kehilangan darah dalam badan
lemah seluruh badan
kaki aku dah tak terdaya nak berdiri
sebelum sebelum ni housemate aku je yang selalu kena
dan kali ni aku plk yang kena
dan ternyata aku juga seorang penakut
laaa..selama ni aku berlakon berani la ye..

kami call polis
dalam 15 minit polis sampai
tu pun sebab polis sesat jalan
adoyyy..
semua orang yang cari rumah kami mesti tak jumpa
kenapa erk ?
tetiba teringat kata2 abang mcD
"dik, bkn ke ni dulu rumah usang..patutlah cari tak jumpa..dah 2 3 kali abang lalu sini"
eh....kembali kepada cerita asal..
hmmm..masa polis sampai confirm confirm si pengintai durjana tu dah lari kan
pakcik pakcik polis pergi ronda ronda kawasan rumah kami
boleh pula sorang pakcik polis ni kata
"malam ni malam jumaatkan..belakang rumah awak kubur kan..agak2 awak dia tu orang atau...."
terus aku potong ayat pakcik tu
"aish...orang lagi bahaya pakcik..sebab tu kami call polis..kalau yg tu baik kami call ustaz2 tak pun tok bomoh ke"
pastu masa polis tu nak balik sempat lagi dia menyakat kitorang
"hati hati malam jumaat.."
adehhh..hampeh..

disebabkan peristiwa malam ni..
aku agak fobia nak kedapur..
kalau dulu, pukul 2 3 pagi aku boleh lagi ke dapur dengan selamber je..
uishhh...aku ni da la kalau fobia mengambil masa terlalu lama utk kembali pulih

pape pun..alhamdulillah kami masih lagi selamat
terima kasih diatas perlindungan mu ya Allah
disaat ini aku teringat kata2 parent dan sahabat2 yang sentiasa mengingatkan aku
supaya aku menjaga diri..terima kasih kerana mengingatkan
semoga kejadian tadi tak berulang lagi..
dan ini adalah kejadian yang ke......5 6 7 8 kali dah kot..


semoga fobia aku cepat sembuh..hehe

opsss..korang..penceritaan aku tak habis lagi ni..
aku terpaksa tinggalkan laptop 1 jam
kerana keselamatan rumah
RUMAH AKU DICEROBOH LAGI BUAT KALI KE 2 UTK MALAM YG SAMA !
tak di cerobahi lg la..tapi dia, si polan bin polaan tgh berusaha nak jadi penceroboh rumah aku



tengah berusaha menaip belog aku ni
tetiba aku terdengar bunyi grill pintu
aku panggil atie..dan dia pun dengar..
pastu panggil semua housemate berkumpul
masing-masing dengar bunyi tu
tetiba terfikir nak hidupkan alarm kereta
lepas hidupkan alarm..bunyi grill tu terus hilang
dalam ramai-ramai housemate aku
semua tak berani nak selak langsir pintu..
dan..termasuklah aku
kemana hilangnya sifat berani jojo !
nampak gayanya aku kena kembali aktif bersilat lepas ni
konon nak protect housemate housemate aku la kannnn
lepas 5 minit hidupkan alarm barulah polis sampai
thanks polis kerana cepat bertindak
tapi..kali ni..polis sesat juga cari rumah aku..
nak je aku letak signboard besar besar depan rumah dan tulis
RUMAH INI WUJUD !
adoyy..letih dgn peristiwa malam ni
1 malam dgn 2 kejadian yang hampir sama
bila di kenangkan kembali
dalam  takut2 ada kelakarnya juga
bayangkan semua housemate aku merangkak2 atas lantai..
kononnya takut si polan tu nampak kami
dan..aku pun turut merangkak..haha
lagi best...lantai rumah aku tak perlu di mopkan..
dah licin housemate aku mop guna badan dorang..


aku fobia..kembalikan semanagat keberanian aku !
sekian, terima kasih :)


Friday, March 16, 2012

hari ini bukan hari semalam tapi untuk hari esok



HARI INI..yea..aku akui..tajuk gila bosan kan..tapi pape pun aku paksa korang please layan juga !

You know what?

aku nak cerita..hari ni 1st day masuk kelas bel
Semalam dah dgr lecturer yg bakal mengajar adalah ketua bahasa di uitm segamat.
That mean, dia seorang yang tegas, cerewet dan yang penting aku akan rasa nak terkencing je bila dlm kelas dia..ayyyoooo

Dah ramai yang ajak tukar kelas..tapi bagi aku, THINK POSITIVE JOJO

Mula2 masuk kelas dia..soalan pertama yang menggedik gedik dlm fikiran aku.. "ini ke lecturer bel ak? Asal comel sgt ? asal muda sgt ? hmmmm" secara x langsung aku terlupa..soalan pertama aku mengandungi 3 soalan..erkkk =.="

Lecturer aku sgt lah over acting walaupun dia x mengaku dia sedemikian..suka buat gaya pelik2..tapi hakikatnya dia mmg kelakar..dalam kelakar dia jgk tegas.. "i don’t want u speak malay in my class..i don’t understand ur malay language..i only understand english language" gitu lah bunyinya kot..haha..dlm fikiran “erk..mmg la..nama lagi kelas english kn..tp, xperlu laaaa..hmmm..hmmm..xbaik jojo !” memonolog dlm hati shj.

Lepas habis kelas bel..sudah2 tentu tahap kelegaan meningkat 100% kan..sebabnya tak perlulah aku menjawab soalan soalan lecturer yang diberi dimana aku banyak mengunakan perkataan “hmmm..hmmmm..hmmm..” sambil menyengih menunjukan kejelitaan diri yg lg cun serta comel !

Pape pun diharapkan lecturer ni senang berunding..please jgn tolak topic presentation saya ye madam :)
Good luck jojo..u can do it..i’allahhhh..amin..

Erm..actually.. aku bukannya nak cerita pasal lecturer aku sebenarnya..tapi aku terover mengarang plk pasal lecturer aku ni..apa boleh buat..please sambung baca lg ye :)

Nak tau x..nak tau x.. hari ni aku puasa..puasa ganti..ehee..ehee..dan aku berbuka berlaukan ikan sardin dan sayur goreng bujang sahaja..

Alhamdulillah..gastric tak datang menyerang usus2 perut aku.

Lg 1 kan kan kan…esok aku bakal ke kL..sebab-sebabnya..

 fb my sister

twitter si bongsu

Bila jeles melanda diri..inilah padahnya..arghhh PEDULI APA AKU !

Hari ni jgk aku telah menggedik-gedikan diri pergi daftar nama join program uitm walaupun sememangnya aku tahu yang aku begitu begitu busy walaupun hujung minggu..



Minggu ni : ke kL

Minggu dpn : ke career fair at mid valley n kursus pra perkahwinan

Minggu dpn lg : cabaran orientering 1 Malaysia di Pasir Gudang

Minggu dpn lg dan lg : modul uitm part 3

Minggu dpn lg lg dan lg : pengsan dari pg sampai ptg..zzzzz

Oh man.. busy nya..

Erk..ckp psl kursus pra perkahwinan tu..please jgn kata aku gedik nak kahwin awal..

Actually, niat nak kahwin kompem2 dah ada..tp calon tak ada..keciannnn~

Niat sebenar nak join program ni adalah sekadar nak kumpul ilmu je..

Don’t worry my future husband..nanti kita pergi sama2 plk k..huahaha..tolong ketuk kepala aku dgn buah durian skrg !

 berlaku salah faham di fb ! haha




Dan malam ini, aku telah menghabiskan 1 buah buku..bukan buku novel mahupun buku bel..tapi buku motivasi dan mukabukukuberbulubulukeranalinemaxislembapmacamsiputbabibu!



Ok..sekarang aku benarkan korang menjerit kuat-kuat kat telinga aku “ewww jojo..gedik nak kawin lettuwwww~ “

Yg aku suka ttg buku ni..awal-awal lagi dah mention “risiko membaca buku ini adalah INGIN SEGERA BERNIKAH!”

HEHE

Aku baca sekadar nak tambah ilmu je k..(ayat plg selamat)

Buat pengetahuan korang-korang..sekarang pukul 1:57am..housemate housemate aku semua dah tidur berdengkur krooh2..aku je masih semangat menaip sehingga ke garisan penamat menuju kebahagiaan dunia akhirat sambil menikmati secawan milo sejuk bercawankan cawan pink yang comel lg cun macam aku..



Eh eh..cakap pasal cun cun ni..teringat tadi member aku mesej “td kawan aku kata ko cun, pastu nak mintak no ko..aku malas layan, aku cakap minta sendiri la” hahahaha..tolonglah percaya bahawasanya aku telah menipu korang kot :P

Ha ! lg satu..aku nak ucapkan TERIMA KASIH wahai ABG LONG oiiiii..kerana ini ! hahehu..



Tahukah anda bahawasanya saya menaip post ni dengan dengupan jantung yang laju dan sangat tak normal..saya mula sedar saya telah mengantok tahap gaban..good night..assalamualaikum.. :)



semput wehhh..inhaler aku mana ?


Sunday, March 11, 2012

kenduri kahwin / makan free



hai, assalamualaikum

hohohoi

baru balik dari kenduri la weyy
siapa kahwin ?
entah ler saya pun tak kenal..
=.='


masa on the way nak balik dari kenduri
dapat call dari ibu


jojo : on the way balik kenduri ni
ibu : rajin plk nak pergi kenduri. ibu ajak x pernah nak ikot
jojo : hehe..kang x pergi org kg kata sombong plk
ibu : eleh, kata je la nak mkn free kan


ahaaaa tepat sekali sangkaan ibu
da la sedap..pastu free plk..memang tak boleh lepas peluanglah
selain dari tu..saya mencari mood
hilangkan stress kot
stress ? study pun belum lg

saya dengan ini, hari ini, saya ini! ingin mengishtharkan, saya baru je pulang dari kenduri kahwin !!! dengan ini, saya berharap! sungguh sungguh saya berharap, saya akan kahwin tak lama lagi! huh! berangan lg~


saya diberi masa selama 10 minit utk bersiap
dan hasilnya...

tadaaa !
mcm nenek kau !
=.="



islamic banking student yg begitu "muslimah"

arghhh tolong...saya terkepit =.="

Saturday, March 10, 2012

Jojo kena kuat, kena sabar

 aku berharap aku berada di puncak gunung ledang 
sambil menagis
dengan muka macam..
macam...
macam macam la

tapi..
tapi..
tak mungkin kot
aku normal
tak gila nak panjat gunung ledang 
semata mata nak menjerit menangis


sabar jojo sabar
dunia perlukan kesabaran mu
sabar jojo sabar
jangan meletop itu bukan sikap mu

ececewah..
sejak bila ak bebelog dimulakan dgn pantun ni
eheee eheeee

assalamualaikum n salam 1 dunia

esok cuti..maknanya tak ada kelas
maknanya lagi tak payah susah-susah bangun pukul 5.45 pagi kan kan kan
yeyeyehhh !
esok jgk aku ada jemputan kahwin jiran sekampung
siapa entah aku pun tak kenal
baik betul org kampung ni
student macam aku pun jemput
terima kasih pakcik
esok sudah pasti kami serumah sampai kerumah pakcik
tapi agak malu 
aku rasa ramai orang kampung yang selalu nampak aku main badminton, 
main musang dgn ayam, kejar kejar dengan kucing,
kait pokok rambutan dan nasib aku tak pernah panjat pokok durian pakai baju kurung
kalau tak haru satu kampung
cakap pasal makan kenduri esok..
wah wah untunglah..esok boleh berjimat..
tak payah main masak-masak try and error
jimat duit..jimat tenaga zahir aku..
boleh tapau untuk makan malam sekali tak pakcik ?
saya dan housemate housemate sanggup buat muka x malu demi makanan
ehee ehee

amboi amboi kau jojo
happy nampak
walaupun aku ada problem 
i'allah..
aku perlu tabah, aku perlu kuat
hati sakit ? biarkan
kawal marah mu jojo
marah itu umpama api di dapur hati
jgn terlalu nanti hangus
jangan tiada nanti dayus
terima hakikat
ini takdir jalan hidup yang perlu ditempuh
hidup tanpa masalah bukan hidup namanya
memaafkan itu lebih baik
memaafkan orang lain bererti memaafkan diri sendiri
hidup terlalu singkat untuk membenci
sucikan hati mencari ILAHI
rendahkan ego mu jojo
mungkin itu yang terbaik
usah sama sekali membenci
krn kebencian akan membakar diri sendiri
kalau kebencian tu boleh membakar org yg kita benci tu tak apa jgk kn ! erkkk..

ingatlah Jojo jalan muhajadah itu indah
terimalah kesusahan yang sementara
demi kesenangan yang abadi
dunia tempat menyemai
di akhirat nanti kita menuai

ingat Jojo !
mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis



TUHAN
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN 
dalam suka dan duka
tangis dan tawa 
melimpah rahmat dan nikmat Mu
aku bersyukur dan akur
lupa aku mengenang Mu
dalam sibk dunia yang gawat
aku lupa KAU ingatkan

-dimana DIA dihatiku-



Friday, March 9, 2012

terima kasih


aku mungkin pelangi yang tak memberi warna dalam hidupmu

ibarat main gores dan menang

kau menang dan aku sakit



terima kasih

terima kasih sangat-sangat

terima kasih kerana itu dan ini

terima kasih buat kali terakhir

tiada lagi terima kasih untuk lain kali

kerana cerita kita tak seindah ombak rindu

close your eyes..
clear your heart..
let it go..




just broken inside for one minute

Monday, March 5, 2012

welcome back to school



ohhhh segamat
malam ni aku bakal menaiki keretapi 
menuju ke segamat yg mengambil masa selama 12 jam
12 jam ok !
bakal bertolak pukul 2045
mayb sampai 9am/10am
good bye kelantanku sayang
gonna miss you


ibu kata ni sikit je..bagi aku da banyak
aku da mcm mak cik jual karipap dlm ketapi
senget2 aku bawak barang2 ni
yg penting bekalan aku majalah remaja tuuu~



saya dan ketapi saya 
muka tgh tahan sedihhhhh..
cian budak ni..haish ! =.='



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...