Sunday, January 27, 2013

Hohoholiday di Kuala Terengganu

assalamualaikum :)

entry kali ini berkisarkan kejadian pada 19 Januari 2013.
tak ada apa apa special dengan tarikh tersebut
tapi... ianya merupakan permulaan 2013 yang boleh dikatakan menakjubkan

hohohoholidayyyy uolsss
Jojo ni mcm tak pernah bercuti je =.="

kenapa menakjubkan? asal teruja sangat ko nak cerita Jojo
hohoholidayyyy uolsss. haha
sekali lagi memang nak kena debik ko ni =.="

percutian 1 malam di terengganu.
percutian secara tiba tiba.
eleh ! terengganu tu je pun. bkn korea ke paris ke !
1 malam plk tu. apalah yang kau banggakan Jojo !
grrr stop mengomel dan membebel la Jojo !
straight to the point laaaaa.
ok ok. Maafffff !

ini merupakan percuti pertama pada tahun 2013. 
percutian 1 malam di Kuala Terengganu hanya berpandukan GPS.
menakjubkan tak ?
tak ? ok fineeee.

kami (aku, shu & eyna) bertolak pukul 9 pagi dan sampai di KT tepat pukul 12 tengahari.


motif utama kami ke KT sebab nak teman Eyna pergi majlis perkahwinan kawan dia
aku dan shu sebagai peneman atau lebih tepat lagi penyibok tak sedar diri. hoho.



dah kenyang baham makanan kenduri lagi free kami beredar dengan segera.
check-in kat KT Beach Resort. masing masing ambil port dan apa lagi terus ke alam tidur bermimpikan kahwin dengan Mr brightside masing masing.



pukul 5 masing masing terjaga tu pun disebabkan sejuk yang amat.
level aircond pun pasang tak beragak. agaknya negatif berapa la dorang pasang. haha
dah bangun terus siap siap jalan jalan kat Pantai Batu Buruk.


malam tu pula kami dinner kat Restoran D'Ganu kat Pulau Duyong.
berhadapan dengan restoran tu boleh nampak pokok lampu lampu ala ala i-city gitu. 
nak cari restoran ni pun satu hal. punya la susah. nasib ada GPS. membantu la sikit. 
makan kat sini puas hati. kenyang dan harga pun berpatutan. makan set untuk 4 orang harga RM28. murahkan ? total semua termasuk sebungkus nasi goreng seafood dan air RM36. 
kira berbaloi baloi. hehe

nampak gambar signboard Allah tu ?
cantik kan ?
 aku suka. sebab ia nampak seolah olah tergantung di langit tanpa tiang atau apa apa pun. 


ni dikira supper untuk kami sebelum tidur. hehe



keesokannya, lepas checkout kami pergi Istana Maziah.
 ingat nak snap la gambar banyak banyak kat sana, sekali tutup plk istana hari tu.
 kempunan je. ambil gambar kat pintu pagar je pun boleh laaa. 
asalkan kenangan itu ada.



lepas tu singgah kat Masjid Kristal atau Taman Tamadun Islam
tempat pelancongan paling femous kat terengganu.




destinasi terakhir sebelum sampai di Kota Bharu, kami singgah di Pantai Penarik.
Singgah makan nasi kukus yang kami bungkus beli dari KT.
kereta kelisa merah inilah yang banyak berjasa pada kami.
thanks juga pada tuan kereta, eyna untuk percutiaan dan kenangan yang awesomeee ni 
heee

|
|
|

harap maaf ye kawan. gambar tak menarik dan kurang kualitinya
almaklumlah guna kamera handphone je pun.
doa doa la semoga Jojo cepat kaya
nanti boleh beli kamera DSLR baru. takpun kamera Samsung Galaxy pun jadi la.
hehehe

sekian, Terima Kasih dari Jojo dengan senyuman :)
assalamualaikummmmm



Friday, January 18, 2013

Hobi baru dgn Lomo Effect


 assalamualaikum :)
post kali ini sekadar gambar sahaja
disebabkan bosan, tetiba muncul idea baru.
tetiba Jojo addicted dgh lomo effect
tah pape
arghh layankan ajeeee


\\

testing dalam rumah dulu pun boleh laaaaaa


disebalik tirai tersingkap seribu rahsia
erkkk


level 1 Pasar Besar Siti Khadijah


apakah ini?
ini adalah dinding bilik aku?
ada seni tak?
hahaha
 :p


Sekian sahaja, Terima Kasih :)
jemput singgah

Down On Memory Lane 2012

assalamualaikum. 
hai, tgh buat apa ?
hahaha. 
tak pernah pernah nak tanya soalan mcm ni.
soalan ditanya sekadar nak bagi tahu korang 
Jojo tengah makan durian crepe
ohhhh awesomeeeeee babe !

rasanya agak tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013. hehe. benda pertama yang orang fikir bila masuk tahun baru adalah azam. So, apa azam baru kau Jojo ? searching searching. teng teng teng. haaaaa. before kau fikir azam baru, baik kau fikir balik azam tahun lepas kau. dah betul betul tercapai ke ? kalau belum, nampak gayanya azam tahun lepas masih sama la dengan azam tahun baru ni kan ? haha. kesiannnn. tapi kalau dah tercapai, cepat cepatlah bina azam baru. hehe. bagi aku, azam tahun lepas aku. alhamdulillah ada juga tercapai dan untuk tahun baru ni, azam aku hanyalah upgrade azam tahun lepas dan ada penambah baikan sana sini sikit. haha. macam kau nak upgrade rumah plk Jojo. apa azam aku ? perlu ke bagitau ? tak perlu la kan. macam biasa la. azam aku sama je macam azam korang. antaranya, peroleh kejaya sekaligus mendorong kepada bahagiakan ibu abah. KEJAYAAN ANAK-ANAK ADALAH KEBAHAGIAAN IBU BAPA. dan tak lupa juga azam untuk mendekatkan diri pada ALLAH SWT.

berbalik kepada tajuk asal down on memory lane. dah terang terang ada perkataan memory. maksudnya post kali ini aku nak imbas kembali kenangan kenangan aku tahun lepas. tahun 2012 yang banyak memberi kenangan. aku selalu kata kat member member aku. Jom cari kenangan. hehe. tapi, sebenarnya bukan senang nak cari kenangankan. kenangan paling indah adalah ianya terjadi bila tidak dirancang. so, apa apa pun jom layan gambar gambar aku sampai muntah durian crepe.


ini kenangan pertama kali jejak kaki di Johor Bharu. 
Tujuan asal adalah interview sorang abang engineer untuk salah satu subjek yang aku ambil.
ini dikira sambil menyelam minum air :)



ini pula kenangan kali pertama jejak kaki di UiTM Dungun.
tujuan adalah buat shortkos subjek monetory economics
dapat kawan baru dan berbuka puasa bersama sama :)



kenangan ini dicipta sudah berjuta kali. haha
balik balik muka dorang ni. 
kenangan apabila mereka jejak kaki kali pertama setelah tamat diploma
ibarat sirih pulang ke gangang. eh ! betul ke ? haha



kenangan di hari raya aidil adha ke 5 di majlis rumah terbuka di rumah aku sendiri
bajet macam rumah menteri nak ada rumah terbuka. haha



di Batu Pahat bersama classmate setelah selesai majlis perkahwinan salah seorang lecturer kami
agak ketidaknampakan muka Jojo



kenangan bersama mereka lagi.
lagi lagi mereka
nampak tak mata Jojo bulat ?



kenangan bersama housemate
semata mata nak pergi shopping, sanggup redah naik bas je



di majlis perkahwinan salah seorang classmate
untung laaaa dah kahwin. haha
kenangan sangat manis lebih lebih lagi tersesat banyak kali.



 kenangan sambut hari lahir 2 orang housemate.
nampak tak muka Jojo terlebih excited ?



kenangan bila diri terasa bagai artis. sebab ? 
sebab muka bermekap ala ala artis gitu. haha
yang bergambar dgn Jojo tu bukan peminatnya tapi PA dia ok.
~malam dinner fakulti~



kenangan bila diri dilantik sebagai salah seorang exco Islamic Banking Students Association
yang penting Sir Arip ok. hehe



kenangan di Shah Alam & Karisma 
hujung minggu lari tinggalkan kerja yang berlambak lambak di segamat
itu adalah kerja gila. tapi itu juga kenangan.


tengoklah disetiap senyuman pada setiap gambar. ia cukup membuktikan kenangan itu tercipta dengan sangat indah. Alhamdulillah. thanks Allah kerana memberi aku kesempatan untuk merasa sebahagian kebahagiaan hidup di dunia :)

"disetiap gambar ada ceritanya" - Yuna

terima kasih 
Allah
Family
Friend
Sweetheart
Lecturer
Community
Kamera Samsung Galaxy S
Super Duper Sweetsourkehidupan.blogspot


Special thanks to 2012 and welcomes 2013 :)










Wednesday, January 16, 2013

This is Kota Bharu. This is Kelantan Darul Naim

Assalamualaikum :)



THIS IS KOTA BHARU




Termenung dihujung sudut di sebuah 'wokaf' di ibukota Malaysia. Melihat, daun-daun taman melambai lantas teringat akan kampung halaman tercinta negeri Kelantan Darul Naim. Disana, ia bukan sahaja sebuah negeri, ia juga bukan Kota Metropolitan, ia juga bukan kota hiburan untuk anak muda, ia bukan medan manusia mengejar harta benda dunia. Tapi,

Ia adalah sebuah kehidupan. Kehidupan yang amat jarang diperoleh di bumi bertuah Malaysia. Bagaimana sebuah jati diri disemai, sejak usia 1 tahun lagi. Diajar, dilatih, ditunjuk untuk mengenal apa itu 'kecek Kelate' , apa itu 'semangat Tok Janggut' , apa itu erti 'merubah kehidupan' . 

Masuk sahaja alam persekolahan, disinilah ia bermula. Ibu, bapa, guru serta rakan menjadi rujukan informasi berguna. Hari demi hari, dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 mereka dingatkan hanya dengan 'agama, kejayaan akademik dan jati diri' saja mampu mengubah nasib anak bangsa Cik Siti Wan Kembang.

Nescaya, ia sebuah tonik. Satu persatu anak bangsa ini mula mengemas baju, menyimpan erat segulung sijil, seluas laut jati diri persis Tok Janggut, segunung kasih kepada ibubapa, seluruh kehidupan kepada Illahi. Mula melangkah keluar dari pintu rumah, keluar dari negeri keramat, Kelantan.

Melangkah keluar dari negeri kami, bukan bererti kami benci. Tapi darah kami, adalah darah perantau. Ia seperti sebuah perjalanan, dalam mencari sebutir bekal untuk dibawa pulang ke negeri kami. Ini juga bukan paksaan, tetapi ia sebuah tanggungjawab. Tanggunjawab membalas budi mek dan ayoh kami. Membanting tulang memukul jerami padi, bersenkang mata menoreh getah, seawal pagi mengheret lembu ke padang ragut hanya untuk sebuah kejayaan anak mereka. Itulah gambarannya, mengapa kami sanggup berhijrah walau jauh beribu batu.

Hasilnya, setiap pelosok di Malaysia pasti anda terdengar orang 'kecek Kelate', setiap kedai ada menjual budu, setiap orang ada memiliki jersi TRW, setiap orang pasti mengagumi orang Kelantan.Jika ke IPTA, jika ke pejabat awam, jika ke pusat perniagaan pasti anda mendengar dari jauh orang 'kecek Kelate' . Itulah kami. Itulah sebuah jati diri. Jati diri yang pastinya, tidak dimiliki oleh sesiapa pun. Malah jati diri ini tetap bersamanya walau jauh ke Kota London, ataupun penghujung benua, setinggi gunung Everest tetap berbangga sebagi Anok Kelate.

Namun, semua 'kebanggaan' ini perlu dibayar. Dibayar dengan rasa cemburu oleh segolongan manusia. Manusia yang berwajah dua ini, seringkali menghiris hati anak bangsa Kelantan. Seringkali menghina, mengutuk, mengeji peribadi Anok Kelate. Kata mereka, Kelantanlah lubuk miskin, rakyat gedebe, tiada tolak ansur, tiada pekerti. Setiap hari, ada saja diskriminasi terhadap Anok Kelate. Hari ini anda boleh melihat hasilnya, pergi kemana saja anda saja yang tidak kena dengan rakyat Kelantan.

Percayalah, walau sehebat manapun strategi 'Art of War' ataupun 'Niccolo Machiavali ' untuk menjatuhkan maruah anak Kelantan, ia tetap kebal. Ia kerana kami di didik dengan sebuah jati diri 'semangat anok KELATE' nun jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami berdiri teguh, memegang erat tangan antara satu sama lain. Kami kuat bukan sebab kami 'gedebe' tetapi kami kuat dengan semangat. Kami kuat dengan jiwa, jiwa kami adalah jiwa Kelantan.Percayalah, sejauh mana anda menghimpit kami , menghina kami, diskriminasi kami selagi itulah kami bangkit. Bangkit untuk menegak sebuah keadilan yang perlu bagi anak-anak kami, bakal anak-anak kami, bakal cucu kami di Kelantan sana sedar inilah kehidupan 'plastik' di bumi Malaysia.

Ambo, kawe, demo, aku, mu, kito adalah anok Kelate.


"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan " - Pok Dogo







tom yam mana paling sedap di Malaysia ?





negeri mana asalnya serunding ?





siapa kata kota bharu tiada shopping complex ?





papan iklan negeri mana yang mengunakan tulisan jawi ?





negeri mana yang mensyaratkan model wanita bertudung di setiap papan iklan ?





pasar basah mana paling besar dan negeri mana wanita memonopoli perniagaan ?




negeri mana mempunyai pelbagai kuih tradisi ?



Sultan negeri mana yang sanggup masuk ke dalam kubur bersama rakyat ?



Menteri mana yang sangat merendah diri ?



Aku bukan dilahirkan di kelantan. apatah lagi kedua org tua aku tapi aku bangga jadi sebahagian dari orang orang kelantan selama lebih 20 tahun. Kelantan tempat aku membesar. Kelantan tempat aku menimba ilmu. sudah tentu aku terasa hati bila ada orang yang mengutuk kelantan. bagi mereka orang orang jahat yang ada di negeri lain itu semua asalnya dari kelantan. Yang mereka tahu segala buruk buruk datangnya dari kelantan. 




Teringat akan kisah kakak aku. Minggu pertama dia bekerja di KL. Makan tengahari bersama rakan sepejabat. Salah seorang rakannya menegur "Eh, orang kelantan makan chicken chop? Pandai ke makan guna pisau? ". Masih ada mentaliti sesetengah orang yang menganggap orang kelantan mundur. 




kelantan mundur ? 

Ya, rumah kami sederhana. Gaji kami juga sederhana tapi cukup untuk kami hidup. Malah kami masih boleh menyimpan kerana kos sara diri kami di kelantan sangat murah. Ikan-ikan sedar baru naik dari laut harganya dua kali ganda lagi murah dari negeri lain. 





post kali ini bukan niat mahu membangga banggakan kelantan. ianya luahan hati kami sebagai anak perantau yang terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu memandang rendah terhadap kami. kami punyai maruah. begitu juga negari kami.



sekian, terima kasih, waaslaikumussalammmmmm :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...