Saturday, March 23, 2013

akak tak kisah

assalamualaikum,

akak ada masalah ni.
nak mengadu kat blog sendiri la.
tak pe kan ?
peduli apa akak.
blog akak kannnn.
suka hatilah.
haha

nak marah macam tak kena
nak mengamuk nanti kata meroyan.
nak mengadu ? erkkk
akak malu nak mengadu kat Allah pasal ni.

kenapa semua orang nak tahu pasal akak ?
mereka ambil berat pasal akak ke?
atau sekadar gosip dan bualan kosong?
lagi sadis kalau ianya sekadar bahan lawak.

akak ada perasaan dik.
mendengar masalah dari sebelah pihak
dan terus kepada konklusi
itu bukan caranya dik !

pagi pagi lagi akak dapat mesej
bukan satu bukan dua malah tujuh
dan soalannya adalah sama

betulkah Jojo ?

tapi..tapi..
akak berterima kasih kepada si petanya
sekurang kurangnya meraka bertanya
dan
kepada yang tidak bertanya
teruskan spekulasi anda

akak dah tak kisah dik !




menaip dalam keadaan geram. cepat juga aku menaip. 5 minit je untuk entry ni. semuanya iklhas dari hati. ayat tak bertapis ni..........sekiannnnn uolss

Saturday, March 16, 2013

Siapa Rindu Kita ?



Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya yang mulia. Disana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”
Suasana di majelis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.
“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi pikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersabda,
“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (HR. Muslim)
"....ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD...."

Rasulallah rindukan kita. kita ? banyakkan selawat keatas Nabi Muhammad. tanda kita juga merinduinya :)

penghijrahan dia. kebahagiaan kita.




Ramai org perkatakan ttg hijrah. Kemuliaan hijrah, ganjaran hijrah, Artis hijrah, niat selebriti hijrah, trend hijrah, hijrah hangat2 tahi ayam, hijrah kononnya tunjuk baik dll...
Sedangkan sewaktu Allah memuji penghijrahan para sahabat RA, Allah juga memuji satu kelompok yg turut hebat pengorbanannya, tak kurang kemuliaannya..
Mereka adalah golongan Ansar. Golongan yg membantu org berhijrah. Allah puji mereka. Allah redha akan mereka. Pengorbanan mrk bukan sedikit.
Semoga kita merubah fokus kali ini menjadi golongan 'Ansar' yg membuka pintu dan laluan mendampingi mrk yg mahu berhijrah... - imam muda asyraf

kesimpulannya,
kalau nampak kawan kearah yang baik. itu maknanya dia cuba berhijrah. maka, kita sebagai kawan haruslah sedikit sebanyak bantu. paling tidak bagi semangat. kalau tu pun tak mampu cukup sekadar ucap alhamdulillah di atas perubahan kawan kita. tapi, jangan sesekali mengata. kononnya "eh poyo je", "belagak baik pula". jangan macam tu ye kawan :)

kalau diri kita masih tak mampu untuk berhijrah. jangan pula kita menabur fitnah diatas penghijrahan orang lain.

Jom berhijrah kearah lebih baik sebelum terlambat :)


Fuh, datang lagi !

haaa. dia datang.
eh. datang lagi.
sekali datang, nak berdua bertiga
eh semput la kita kalau macam ni.
kalau ye pun nak datang,
sekurang kurangnya bagilah salam
boleh aku buat preparation.
buat plan A, plan B, plan C.
strategic manangement kan.

ohhh masalah.
kenapa kau datang bertimpa timpa.

ujian.
moga  moga cepat kau pergi.


Tuesday, March 12, 2013

keajaiban


keajaiban.
yup. itulah yang berlaku kat aku sejak dua menjak ni
kalau hati terdetik, teringin dan teringat sesuatu. mesti lepas tu akan berlaku.

contohnya.
masa kat klinik gigi hari tu.
masa tunggu giliran nak masuk.
teringat akan kawan lama yang dah 5 tahun tak jumpa
bila nama dipanggil masuk.
bila melangkah menuju ke kerusi
tiba tiba ada orang peluk dari belakang.
bila toleh belakang rasa macam nak menjerit je
tiba tiba berdrama pula.
lupa kejap yang diri diperhati dokter dan nurse nurse lain.
kih2.
aku jumpa kawan yang aku teringat masa menunggu giliran tadi
dia dah jadi jururawat gigi
haha. rasa ajaib betul.

contoh ke 2.
entah macam mana
hati teringatkan orang yang pernah melukakan hati ni
cewahhh buat ayat terluka plk.
kih3.
tapi yang peliknya.
aku langsung tak boleh ingat macam mana muka dia.
cuma ingat kenangan kenangan yang pernah dengan dia
makan sama sama, menyanyi sama sama, borak sama sama.
disebabkan aku tak ingat macam mana muka dia
jadi aku pasanglah hajat.
nak tengok muka dia.
nampak dari jauh pun tak apa la
sebab aku memang tak ada niat nak bercakap dengan dia pun
nak di jadikan cerita
keesokan harinya,
masa aku main skroll list contact dalam whatapps
aku nampak nama dia.
Allah tunaikan permintaan aku dengan cari aku dapat tengok gambar dia
melalui profile picture yang dia guna kat whatapps.
tak kisah la macam mana pun.
asalkan aku dapat tengok muka dia yang sekarang.

contoh ke 3
arghh. da malas nak taip.


kesimpulannya. Allah swt akan tunaikan permintaan kita cuma yang bezanya cepat atau lambat. segala keajaiban datangnya dari Allah SWT. salam, :)

Saturday, March 9, 2013

hanya Allah yang boleh melakukan perkara mustahil

Subhanallah...

sekadar berkongsi sebuah cerita yang menarik

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah 
negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH... 

Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain...

kapten tersebut memanggil beliau untuk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep trsebut ke tmpat yang disediakan....

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yg canggih tersebut...

kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut...

dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asal nya...
lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...

pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanye beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan...

sekeluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...

lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain...

pemuda tersebut berasa hairan...

lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kpd pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin....

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA...
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...

PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud...

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil DENGAN Allah sahaja boleh ...

Jangan lupa untuk klik SHARE sebagai saham kita di akhirat kelak...
inshaallah...




kesimpulannya. percaya pada kuasa Allah. buatlah sesuatu perkara kerana Allah swt. insyaallah, Allah akan makbulkan doa kita. :)

Sunday, March 3, 2013

tahun akhir. moga moga dipermudahkan segalanya :)

assalamualaikummmmm :)

alhamdulillah...setelah 12 jam dalam keretapi akhirnya sampai juga di kota tempat aku menuntut ilmu SEGAMAT.  walaupun tak puas berholiday lagi, terpaksa merelakan diri pulang ke sini. eh, nak tuntut ilmu mana boleh paksakan. haha. so, ikhlaskan diri la ye. heee. lagi pun ni tahun akhir. sem depan dah praktikal. belum tentu lagi kat segamat ke tak kan ? hehe.

bila masuk sem baru. macam biasa la. mesti orang tanya azam kan ? sambut tahun baru azam pun kena baru. sambut ulang tahun kelahiran pun buat azam jgk. masuk sem baru pun nak ada azam baru jgk kan ? haha. so, azam aku sem ni tak banyak berubah. sama macam sem depan. tapi upgrade sikit la.

sem ni subjek semua boleh kata subjek killer. 6 subjek dan semua 4 jam kredit. mak aiiii. semputttt. jadual pun padat. tak mcm sem lepas. sem lepas ok sikit sebab ada subjek yg aku da ambil masa intersesi. harap harap semuanya terkawal la. jgn stress sudah la. harap jgk migrain tak serang aku.

sem ni aku duduk rumah lama tapi bilik baru. wehuuuu. roomate tetap yang lama tapi ada housemate baru. hai housemate baru, saya Jojo, awak? errrkkkk saya, awak ? geli mak dengar. haha.

hari tu aunty (tuan rumah) ada mesej aku. siap cakap "rumah dah BERSIH. jangan terkejut beruk" kah3. mula2 masuk takde la nak terkejut sangat. tapi buat2 la terkejut depan aunty. haha. siap cakap "fuyooo bersihnya" padahal mmg selalu bersih mcm tu. eh yeke ? =.=". tapi bila aku masuk dapur memang aku terkejut beruk kauuuuu. nanpak bersih gileee. tapi ada satu yang tak kena. tau apa ? mana semua makanan2 sem lepas? amek kau. dia kemas habis semua barang kami dia buang. yang sakit hati makanan yang aku simpan dalam box makanan aku pun dia buang. mak!!!! huhu. nasib baik tak dibuangnya sekali dengan box. beras yang setengah kilo, sardin 4 tin, sos yg tak buka lg, jajan2, banyak lagi laaa. kalau di kira mau lebih dari seratus lebih. sebagai student yang bergantung pada PTPT je ni memang aku berkira. huhu. apa boleh buat. benda dah jadi. nak komen lebih2 kang kena halau pulak =.="



 dapur. ok bersih.

 bilik laundry. ok bersih !

 ruang tamu. oyeah3. bersih !!



barang banyak tak kemas lagi kau sebuk merapu dalam blog ni ea Jojo. haha. 


 barang aku. letak luar dulu. nampak menyemak je dalam bilik


barang anis. dannnn itulah katil saya. 



tahun akhir, moga-moga dipermudahkan segalanya oleh Allah swt :)

Saturday, March 2, 2013

5 makanan untuk otak


Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan terbaik. Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

sharing is caring. sharing is loving :)


sebagai student tahun akhir ni aku perlu usaha lebih kuat kalau nak naikkan lagi pointer. nak naikkan lagi pointer perlukan daya ingatan yang kuat supaya aku dapat jawab semua soalan exam dengan tepat. so, dengan itu jom mulakan dari pemakanan berkhasiat yang dapat merangsang daya ingatan. hehe.




Buah Berri 

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Tambahan, sumber berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.  


Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.

Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.

Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.

Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...