Wednesday, June 25, 2014

Bantu aku.

Kerana aku masih lagi seorang khalifah yang sentiasa terlupa dengan amanah yang diberikan oleh Pencipta ku.

Hadirkan aku seorang yang boleh memimpin ku ke jalan Mu.

Imam ku disetiap pertemuan kita.

Bantu aku disetiap langkah ku. Masih menanti mu.

Monday, June 9, 2014

kenderaan dan air mata


bila dah lama sangat tak nangis. aku jadi resah. aku takut one day, air mata ni jatuh disebabkan sesuatu berlaku. sama ada terharu, kecewa atau paling perit, kehilangan.

hari ni. 9 June 2014,
air mata aku mengalir jgk.
sebak...terharu..dan sedikit kecewa.

lepas call ibu..terus menangis..
actually, masa tgh borak dgn ibu aku dah sebak..tapi tahan
aku kalau tgh tahan air mata dari mengalir..suara aku tetiba jadi garang..point nak cakap pun dah berkurang..sedangkan aku ni jenis potpet mak nenek..

aku ada sedikit masalah..macam biasa lah..aku selalu kongsi masalah dgn ibu aku..
pasal rumah sewa aku skrg. gate blkg nak masuk uitm dah kena tutup. so, aku kena lalu jalan lain..
jalan yang jauh untuk dapatkan bas. satu hal lagi, bas jarang ada. boleh bayangkan tahap kesabaran aku macam mana. penat berjalan dan terpaksa tunggu bas kadang kadang sampai 30 minit di bawah matahari terik (ye, aku tahu dipadang mahsyar nanti lagi panas). kadang kadang bas lalu je..tak nak berhenti dgn alasan bas dah penuh atau setakat aku sorang driver malas nak berhenti.

bertambah stress bila kawan kawan yang ada kenderaan sendiri menasihati aku bawa kenderaan sendiri. (apa ko ingat beli moto kereta guna taik hidung ke?). ada yang ckp apa guna ada lesen tapi tak ada kenderaan (oh berbisa ayat kau adik kakak!).

before ni aku dah call ibu cerita psl masalah rumah..aku nak pindah rumah..tapi kalau pindah aku yang rugi. segala deposit aku tak dpt tuntut..kalau stay rumah ni..aish dah tak mampu..semua nak lari..tinggal aku dgn roommate je. sewa rumah RM1200 sebulan. tak kan nak bahagi berdua je. tak mampuuuuu !

tadi ibu call..dia tanya nak motor ke kereta. ibu nak bagi moto tapi tak yakin dgn aku lebih lebih lagi keadaan shah alam ni yang sentiasa sibuk dgn lori bas. ibu nak belikan kereta. tapi cepat cepat aku potong ayat ibu..xpe lah..dah biasa susah naik bas..dah jadi rutin harian..dah x susah mana pun..masa tu aku dah mula sebak.

lepas letak phone..air mata terus mengalir..mesti ibu aku dah berfikir 2 3 hari lepas pasal aku..mesti ibu susah hati..Ya Allah, sku kecewa dgn diri sendiri. aku nak meluahkan masalah kat ibu..tapi aku terbagi masalah kat ibu..aku tekad ! aku x nak motor! aku tak nak kereta! aku cuma nak kejayaan kebahagiaan yang boleh membuatkan ibu abah tersenyum lebar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...