Saturday, June 23, 2012

PTPTN..isu itu..isu ini



buat meraka yang suka berbahas bahas isu PTPTN n pendidikan percuma di Malaysia. Sila baca segala 8 fakta menarik tentang PTPTN lebih-lebih lagi yang pinjam PTPTN supaya sedar akan hakikat sebenar. yang tak pinjam tak payah sibuk-sibuk nak pertikaikan itu ini.

Adakah anda sekarang masih belajar atau merancang untuk melanjutkan pengajian? Sekarang anda tidak perlu lagi bimbang tentang pembayaran yuran pengajian dan perbelanjaan hidup kerana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa sedia membantu dan berupaya untuk memastikan masa depan serta kejayaan anda terjamin.



Sejak penubuhan PTPTN pada tahun 1997, PTPTN telah berjaya membantu ramai pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat pengajian tinggi. Dengan bantuan kewangan daripada kerajaan melalui PTPTN, segala masalah kewangan yang anda mungkin hadapi boleh diselesaikan dengan mudah sekali.

Apa yang anda perlu tahu tentang PTPTN? Antaranya adalah :



Pada tahun 2011 sahaja, PTPTN telah membantu seramai 227, 209 mahasiswa dan mahasiswi melanjutkan pelajaran mereka ke tahap Menara Gading.



Tahukah anda, jika anda mendapat keputusan yang cemerlang dengan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian Kelas Pertama, anda akan dikecualikan untuk membayar balik pinjaman PTPTN? Ini bererti bahawa segala pembiayaan pendidikan anda adalah PERCUMA!



Apabila anda memohon pinjaman PTPTN, ia juga cukup untuk menampung sara hidup anda di IPT. Bermakna, anda tidak perlu lagi bimbang tentang yuran pengajian bayaran sewa dan sebagainya.




Untuk makluman semua, pinjaman PTPTN hanya mengenakan kadar upah sebanyak 1% sahaja.



Ini jelas terbukti bahawa dakwaan sesetengah pihak PTPTN hanya mampu kutip 10% sahaja adalah tidak benar.



Kerajaan Malaysia juga memberi subsidi yuran pengajian kepada pelajar. Sebenarnya, yuran yang dibayar hanyalah 9.2% daripada jumlah keseluruhan. Selebihnya 90.8% dibiayai oleh kerajaan!



Pendidikan Percuma yang dikatakan di Finland adalah melalui kadar cukai pendapatan yang tinggi. Mereka terpaksa membayar cukai sehingga 53%.



Sebenarnya Turki tidak menawarkan pendidikan percuma sehingga tahap tertiari. Apa yang ditawarkan secara percuma di Turki hanyalah pendidikan sehingga gred 12. Oleh itu, wargaNuffnang, sila menggunakan peluang yang sedia ada ini untuk memastikan kejayaan anda terjamin. Sila kunjungi laman web rasmi PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/ untuk keterangan yang lebih lanjut.

sumber: nuffnang


senang je.kalau kata PTPTN penipu jangan ambik PTPTN. time pinjam takda pun kata tipu ke or what so ever. bila time kena bayar suma kata penipu la tak relevan la. dorang ni tak paksa pun ambik PTPTN. hukum kalau berhutang kena la bayar kan. kadar upah 1% tu untuk kos pengurusan 4000 staff PTPTN seluruh malaysia.kau  kalau keja nak upah atau free? jangan taksub dengan cakap pembangkang. kalau kau tengah belajar sekarang kau ambik PTPTN tak? lain la kau mampu.

Saturday, June 16, 2012

i will always love you






                                           I will always love you no matter where you are may be.
                                             Just remember to always remember me !



                                       




kecik je gambar. nak sorok segerombolan jerawat di pipi. opss !

















Friday, June 1, 2012

10 fakta tentang Jojo


-benci lipas
tolong jauhi aku dari lipas. ibu kata, aku boleh histeria mcm nampak hantu bila nampak lipas. aku tak takut lipas, tp aku benci lipas. itu fakta ! senjata aku adalah ridsert. ridsert rumah selalu habis sebab 1 botol ridsert aku guna untuk bunuh sekor lipas. errrghhhh lipassss. FOBIA !

-gila warna purple, suka combination hitam merah
purple itu menawan. hitam merah itu elegant. boleh dikatakan 80% barang aku semua warna purple. keluar rumah kalau boleh dari atas sampai bawah nak purple je. tapi nanti kawin aku nak tema hitam merah bukan purple. heee


-wajib main sudoku sekali sehari
kalau abah aku minat game zumma. member aku rata rata main dota tak pun call of duty. aku pun minat main game jgk la. game sudoku. game yang wajib main. paling paling tak pun sebelum tidur. dalam gelap pun jadi la sbb game ni dalam phone aku. tak yah susah susah minta duit dari abah nak beli psp knnnn. 

-hantu coklet toblerone
coklet yang wajib ada dalam peti ais. kalau rasa rasa nak bagi hadiah. bagi la toblerone k. hehehe



-suka merosakan barang
actually aku pun tak nak mengaku pasal ni. dua tiga kali juga fikir. betul ke ni fakta tentang aku. macam tak. tapi abah aku selalu cakap yang aku ni suka merosakan barang. padahal rasanya baru sekali aku rosakan barang. eh tak2 baru dua kali. kamera dgn mp3. hmmm.

-control gigi bila ambil gambar
aku langsung tak ada gambar senyum/sengeh nampak gigi. maybe sbb aku control takut nampak braces aku. tapi tu dulu. skrg braces da tak ada. tapi ambil gambar mesti control gigi juga. tak ada keyakinan nak senyum nampak gigi. rasanya senyum tak nampak gigi lagi comel kot. kan3 ? huahahhaha. pon boley jojo =.="

-lahir tak cukup bulan 
orang lain lahir hospital ptg tu da boleh balik rumah. tapi aku, lahir kat rumah pastu kena tahan wad. duduk bawah lampu biru dgn wayar sana sini. kesiannnnn. patut la kemetot !

-ada tanda lahir di dahi
tanda lahir ni kadang kadang je nampak. lau ada yang perasan mesti tegur "jojo kenapa dahi ko merah" dgn selamba aku jawab "eh, ni tanda kuat sembahyang"..org kuat sembahyang kan selalunya ada tanda warna hitam di dahi. selalunya pakcik pakcik masjid selalu ada. tp sebenarnya tu tanda lahir yang kadang kadang je muncul. eh, ada plk kadang kadang muncul ea. =.="
kalau korang nampak tanda lahir di dahi tu
maknanya korang masih belum rabun. tahniah.
 


-ada 6th sense
6th sense? jojo boleh nampak hantu ? ke jojo ada kuasa? kuasa apa? korang mesti tak percayakan. sebenarnya aku ni lah salah sorg ahli dalam cerita heroes tu. i will save the world !!!


-yang ke 10 cari sendiri
sekian, terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...