Saturday, July 28, 2012

Sabarlah wahai sahabat



 assalamualaikum 


disaat seorang sahabat di timpa masalah. aku hanya mampu memberi kata kata nasihat dari jauh. sedih sebab aku tak mampu nak ada di sisi dia menjadi pendengar luahan hati dia. nak call tapi sentiasa tiada kesempatan. saat dengar berita tentang masalah tersebut hati aku terus tertanya tanya macam mana keadaan dia. ok kah dia di saat ini. 

aku faham apa yang dia rasa sebab aku pun pernah mengalaminya. orang yang aku sayang juga pernah koma selama seminggu. masa tu hanya doa tak henti henti yang dapat aku bantu. nak cari kekuatan pun susah. berderu deru mesej dari sahabat memberi semangat. alhamdulillah sekarang dia dah ok. 

disaat ini aku pula yang cuba memberi semangat kepada sahabat aku merangkap satu satunya roommate aku sekarang. orang yang dia sayang sedang koma akibat kemalangan jalan raya. sekarang berada di wad icu. mungkin sedang bertarung nyawa.

dia mengatakan yang dia sangat sedih. aku faham tapi la tahzan wahai sahabat. segala yang berlaku sudah tertulis di luh mahfuz. kita hanya mampu berdoa memohan agar dia cepat sedar dari koma dan sembuh sihat seperti sedia kala. aku harap sahabat aku boleh tabah lebih lebih lagi di bulan Ramadhan ini.

wahai rakan blogger doakan insan yang bernama Hadif Hafiy cepat sembuh. terima kasih :)


Tuesday, July 17, 2012

dulu dan sekarang

assalamualaikum :)

hari ni tak tahu kenapa hati kacau bilau. nak tenangkan hati layan blog. tetiba dapat idea *ting! (bayangkan ada mentol atas kepala) nak cerita sikit pasal dulu dan sekarang. hewhew~

dulu diploma sekarang degree. dulu uitm machang sekarang uitm segamat. dulu accounting sekarang islamic banking. dulu bercinta dengan calculator sekarang dengan tafsir al-Quran. kalau dulu pergi kelas pakai seluar jeans tapi sekarang baju kurung hari hari ayu anggun persona gitu. kalau dulu aku banyak cakap tapi sekarang aku sangat pendiam ditambah pula dicop sombong. mungkin sebab faktor faktor rakan sekelas. kalau dulu semua sebaya tapi sekarang aku rasa aku paling muda dalam kelas. kalau dulu nak present selalu rasa macam tak menjadi. tapi bila degree confident & alhamdulillah puas hati. mungkin sebab kalau dulu bila nak present selalu fikir "ala, present je kot. baca je la kat slide tu" tapi sekarang niat dah lain "kena present bia semua orang faham!". dah nampak sikit yang pemikiran aku dah sedikit matang. kikikih. 

kalau dulu muka licin tanpa sebarang cela =.=" tapi sekarang segerombolan jerawat degil bertapa di kedua dua pipi. orang kata "oh! jojo baru nak matang ada jerawat" tapi bagi aku " ini jerawat stress laaa!". bila degree baru aku tahu erti stress. kalau dulu main je lebih. pegang jawatan tu. pegang jawatan ni. masuk pertandingan itu ini la. ada menang tapi banyak kalah =.=". kalau dulu terlalu banyak masa terluang dan dibazirkan begitu sahaja. main kejar kejar, berjoget, layan movie ramai-ramai, lepak tepi bukit, berjogging, mengorat, tapi sekarang terlalu banyak masa berkualiti. study, study, study, on9 fb, study dan study. kalau dulu tidur cukup 7 jam tapi sekarang dapat tidur 3 jam pun dah rasa diri bertuah sangat sangat.

ermm. sekejap je kan. rasa macam baru semalam ibu abah hantar aku daftar uitm. masa, kenapa kau begerak begitu pantas. apa pun masa tak akan mengubah prinsip hidup aku. insyallah segala perubahan aku harap perubahan kearah kebaikan. teman, jika aku berubah kearah yang tidak elok, nasihatlah aku sebaik mungkin :)

page 26 of 366

terjumpa post yg tak di publishkan






26 Januari.....
Today is my birthday! 
happy birthday Jojo !!
I'm so happy and I wanna thank everyone for the pretty things you all said to me.

celebrate x ? hahaha 
nak celebrate camne..1 hari aku berada di LCCT dgn ibu aku..
dari KL nak ke KB


dan...sekarang umur aku genap 22 tahun..tua ? belum lagi..pada usia 22 tahun ni aku masih seorang pelajar ijazah kursus perbankan islam yang tengah berusaha untuk mendapat keputusan yg cemerlang..ameen..InsyaAllah :)

ramai yg ucap selamat hari lahir kat aku..ada yg mesej..ada yg melalui fb..lebih2 lagi yg mendoakan kesejahteraan nn kejayaan aku..terima kasih :)

semoga di umur 22 tahun ni..hidup aku lebih bermakna dari sebelum sebelum ni..yang penting dapat membahagiakan kedua ibubapa aku..Ameen :)


Monday, July 16, 2012

cara aku



kawan.
dengar sini kawan.

ini cara aku. bukan cara kamu. kawan, aku selesa begini. jangan kamu paksa aku ikut cara kamu. selagi cara aku tak melanggar perintah tuhan yang maha esa selagi itu aku akan tetap dengan cara aku. ini bukan ego kawan. bukan juga aku tak mahu menerima perubahan. biarkan aku dengan cara aku sebegini. kalau cara aku menyusahkan kamu, kamu boleh cari kawan lain kerana ternyata aku bukan kawan terbaik buat kamu. ini kehidupan aku. cara aku. begini dan begitu. senyum saja kawan. buka hati terima aku seadanya seperti mana aku menerima kamu sebagai seorang kawan yang bermacam macam cara kehidupan. maaf dari aku kawan. akhir kata salam mesra terima kasih senyum saja :)



senyuman paling mesra
tudung keliput keliput
dengan tangan gergasinya

|
|
|


Hidup ni, jangan sibuk nilai orang lain.
Sebab biasanya, kita tak jadi penilai dah nanti.
Kita jadi pemfitnah sahaja.

--------------------
Hei, jom belajar ukur baju di badan sendiri ma. 

tadi dah ucap sekian terima kasih. tapi masih terus membebel lagi. APTB ! =.="

saya sedang belajar untuk menjadi seorang yang lebih matang. penulisan pun makin matang HUAHAHA!

Saturday, July 14, 2012

update update !



assalamualaikum 


ohoiii..dah lama tak update. rindu setengah mati kat blog aku. tapi ada ke orang kisah ? hahahaha. 
nak update tapi selalu je sibuk. sibuk dengan diri yang memang buat-buat sibuk. bila ada masa terluang idea plk tak ada. lepuk kepala 40 kali hentak kat dinding sampai pecah pun idea tak datang datang. akhirnya aku akui layan running man lagi best dari blogging. hari ni je aku da layan 2 episod running man. 1 kat laptop. 1 lg kt channel one. gelak gelak sampai kena sound dgn ibu =.=".


sekarang tengah cuti semester. ambil peluang konon konon nak meluangkan masa dengan blog. tapi diri macam tak sedar. hakikatnya, minggu depan dah nak kena masuk belajar balik. intersesi punya pasal. tak payah berlagak nak bercuti sangatlah Jojo wuwuwu =.=". tapi apa pun, aku berjaya tukar background dan header blog aku. pravo pravo tahniah Jojo !


esok member member diploma aku nak datang kelantan. tinggal kat rumah aku 1 malam. bilik dah kemas. yeahhh clean n clear. almaklumlah bilik dah ditinggalkan berbulan bulan. sawang sawang pun dah mula bersawang. argh biasa la tuuu. jgn nak fikir aku jarang kemas bilik plk !


lagi seminggu nak puasa. alhamdulillah dah habis ganti puasa. tahun ni berpuasa di dungun. kalau boleh lari balik hujung minggu dapat la berpuasa kat rumah. tapi macam tak mampu nak balik. dungun ke kb dalam 4 jam. boleh tahan lama kematu punggung jgk nak sampai kb.


baju raya dah beli. tema tahun ni warna purple. tapi macam aku sorang terkeluar dari tema. tah macam mana bila tilik 40 kali kain tu rupa rupanya warna biru. erh nak kata buta warna rasanya tak. ibu siap tanya nak beli kain lain ke tak. disebabkan aku ni anak yang baik lagi mulia. aku tolak mentah mentah cadanagan ibu. ikutkan hati nak je aku cakap nak. tapi memikirkan intersesi yang semestinya memerlukan duit terpaksa akur tahun ni baju raya aku warna biru. ermm biru pon boleyyy laaaaa asalkan raya.





running man episod park ji sung 
berserta mister potato penaja rasmi Manchester United 
dan ice cream oreo
kau hade? 
hohoho

Wednesday, July 11, 2012

Tuhan Beri Aku Cinta


Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cubaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...