Tuesday, October 30, 2012

janji kosong.

post sementara

menabur dan memungkiri janji itu adalah sesuatu perkara paling senang untuk dilakukan. menepati janji adalah perkara paling sukar dan mustahil untuk dilaksanakan. dan itulah sifat sebahagian besar manusia. jangan menabur janji kosong kalau diri sendiri tak mampu nak merialisasikan sesuatu menjadi nyata. 

wowohohoi

amboi kak. pandai kau berbahasa malaysia. hahaha
tak mampu aku nak taip skema skema camtu. rasa macam bukan diri sendiri. mungkin alien kot. hehe

meh sini. meh sini. nak cakap dalam bahasa lebih mudah lagi. bahasa Jojo sendiri.

kenapa terlalu mudah bermanis mulut melakar janji dan akhirnya terlalu mudah melupakan janji janji tersebut. bukankah itu sangat menyakitkan hati. kenapa ? kerana luka yang tercipta agak sukar dilupakan atau mungkin diingati sampai bila bila. seandainya janji yang diberi dipandang serius. kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang fobia dan tidak lagi mudah mempercayai orang lain. 

maka, dengan itu, ingin saya nyatakan, jangan mudah bermain dengan hati. kelak melana diri. acewahhh. 

Janji ditepati yowww. sekian terima kasih. salam :)

Saturday, October 13, 2012

15 tips murah rezeki

assalamualaikum kawan kawan :)

tadi baru je baca tips2 murah rezeki dari ustazah Siti Nor Bahyah. sangat senang sebenarnya nak dapat rezeki dari Allah. kadang kadang tanpa kita sedar senang senang je Allah bagi pahala kat kita. betapa senangnya agama Islam ni kan ? apa yang penting usaha kita kejalan yang diredhai Allah. selain dapat rezeki dari Allah, kita jgk dapat pahalakan? kalau usaha bersungguh sungguh tapi ke jalan yang tak dihalalkan oleh Allah semuanya sia sia je. kita kat dunia ni dua dua kita perlu kejar. kebahagiaan di dunia dan juga akhirat kelak. so, meh meh baca apa yang aku baca tadi..

1. membantu penuntut ilmu
2. membantu golongan miskin
3. hijrah mencari pendapatan
4. sentiasa mengingati Allah
5. memperbanyakan doa
6. bersyukur atas nikmat
7. bersungguh sungguh melakukan perkara yang harus
8.  melibatkan diri dalam perniagaan
9. bersedekah secara istiqamah
10. menjalin hubungan silaturrahim
11. mengerjakan haji dan umrah
12. taqwa kepada Allah
13. beribadah kpd Allah dgn sebenarnya
14. istighfar dan bertaubat
15. tawakal dan usaha seiringan.

senang je kan ? semua ni tak perlu ambil masa berjam jam je. kalau tengok bola sampai 90 minit boleh buat apatah lagi nak buat perkara perkara diataskan. so, sama sama kita renungkan dan selamat beramal.  :)

macam macam bentuk rezeki yang Allah bagi kat kita. sama ada kita sedar atau tak je. kesihatan, kekayaan, kebahagian itu semua rezeki datangnya dari Allah sebagai ganjaran ketaqwaan kita pada Allah. pointer tiap2 sem yang kita dapat tu pun rezeki dari Allah.

terima kasih  :)

Sunday, October 7, 2012

mencipta azam lg

assalamualaikum

sempena hari yang mulia di hujung minggu yang buat buat sibuk ini, saya yang tak berapa cantik tapi comel sangat ni, nak mengucapkan selamat kembali belajar kepada student student degree lagi lagi student UiTM. korang dah pasang azam baru ? yakin dengan azam korang ? pastikan azam korang tercapai. jangan tiap2 tahun asyik guna azam yang sama ok. aku dah pun pasang azam untuk semester baru ni. alhamdulillah azam semester lepas tercapai juga. azam semester ni aku kena up sikit. sikit je la. kalau up banyak banyak takut kalau tak tercapai nanti merana pula. haha. salah satu azam aku semester ni ialah aku nak upgrade aku punya perangai. perangai juga perlu berubah supaya azam azam aku yang lain dapat dicapai dengan jayanya.

melihat kebahagiaan ibu dan abah adalah salah satu kejayaan untuk diri saya.

Tuesday, October 2, 2012

Cara Nak Halau Roomate Paling Haprak!



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg kau & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah belah dah skrg”.

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak- dah merebak”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi”…

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate kau “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

14. Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

Nota Kaki: Untuk student jer. entry ini ditujukan khas untuk roomate2 kawan kpd kawan arwah jiran makcik aku. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...