Friday, September 14, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .



tahniah kepada student student IPTA/IPTS kerana tak lama lagi anda akan dibekalkan kad diskaun siswa 1 Malaysia. So, gunakan ia sebaik mungkin.












Syarikat dan Koperasi yang menawar Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) .

Kedai Buku
MPH Bookstores
Imlaq Book Centre
Borders (hanya di KL)
Rona
Kiang Trading
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Berhad
Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad
*Kiang Trading – Diskaun 10% pada semua produk, kecuali pada item promosi, fotostat dan binding.

Pakaian
Bata
Ifamily
Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
Texline Lino
*Bata – Discount 10%
*Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad – Diskaun 10% hingga 45% bagi produk terpilih
Syarat
1. Pakaian Batik
• 30% (Kemeja cotton VIP putih/warna)
• 15% (Kemeja crepe/satin lengan panjang)
• 10% (Kain pasang sutera crepe/ jacquard)
• 30% (Kain pasang cotton/fuji)
• 25% (Kaftan)
2. Songket
• 45% (Songket sutera Terengganu berpokok)
• 45% (Songket sutera Terengganu berpagar)
3. Samping
• 20% (Corak istana)
• 20% (Corak bunga abor)

Kesihatan
Poliklinik An-Nisa’
Qualitas Health
Focus Point
Menara Optometry

Makanan dan Minuman
KFC
Daily Fresh
A&W
Coffee Berry
The Chicken Rice Shop
Restoran Kenny Crab
Sweet Chat
Legend’s Claypot Briyani House
Dubu Dubu Seoul Food
My Java Coffee
Pancake House International
Station One Product
Gloria Jean’s Coffees
Bangi Kopitiam
KFC – Diskaun 5%
Syarat
1. Untuk setiap transaksi kecuali produk yang menunjukkan diskaun.
2. Transaksi tidak melebihi RM20.00.
A&W – Diskaun 50% diskaun ke atas mana-mana pembelian minuman Rootbeer, tidak termasuk botol 2 liter

Penginapan
Ancasa Hotels & Resorts
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
Jerejak Rainforest Resort Penang
Ancasa Express Pudu
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd
Leo Express Hotel
Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
Koperasi Guru-guru Melayu Kedah Berhad
Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
Rakyat Travel Sdn. Bhd.
Tune Hotels Regional Services Sdn Bhd – Diskaun 25% bagi harga bilik sahaja

Salun / Pusat /Produk Kecantikan
Foot Master
Paris Hill
Proactiv
Clara
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad
*Foot Master – Pusat Rawatan Kulit Kaki – Diskaun 30%
*Proactiv – Diskaun 5%
Syarat
1. Sah digunakan di butik Proactiv di Publika, Solaris Dutamas dan Galaxy Ampang sahaja
2. Tidak sah bagi tawaran atau promosi lain
3. Tidak sah semasa event/ roadshow
4. Diskaun:-
• Set asas Proactiv RM 199.90 – diskaun 5%
• Set asas Proactiv RM 199.90 dan single item – jumlah keseluruhan diskaun 5%
• Semua single item – diskaun 5%

Produk IT
Koperasi Celcom Berhad
Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Koperasi Celcom Berhad – Diskaun 2% hingga 5% bagi produk dan perkhidmatan terpilih
Syarat
Rangkaian telefon mudah alih jenama NOKIA -2% bagi setiap pembelian
KOPCEL Shoppe – 5% bagi ‘Non PLU product’ iaitu snek makanan ringan seperti jagung kukus, minuman

mineral water dan makanan bergoreng
Rangkaian produk KOPCEL Best – 5% bagi setiap unit pembelian kecuali dalam jangka masa promosi

Lain-lain
Bkz Bikerz
Roller Star Arena
Double Site
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
Mydin
Bkz Bikerz – Diskaun RM100 bagi motosikal terpakai dan RM200 diskaun bagi pembelian motorsikal baru model BKZ
Diskaun 10% – 20% pada harga aksesori motorsikal
Sewa Motorsikal dari RM80.00 sebulan
Percuma caj upah pekerja bagi safety checking




maknanya duit PTPTN boleh dijimatkan la kan. hehehe :)

sabar ye sayang sayang. nanti Universiti/kolej masing masing akan edarkan kad ni







Wednesday, September 12, 2012

Rahsia Jojo

assalamualaikummmmmm


bila baca balik post yg sebelum ni rasa macam nak muntah muntah. jojo, kau dah kenapa nak jiwang jiwang bagai kat blog ? goooodieeee goooodieeee =.="


berbalik kepada tajuk utama, rahsia Jojo ? kau tak rasa ke yang kau bagaikan membuka pekung di dada ? haha. tak kisah la. asalkan bukan buka aurat. tak ke gituuuuu ? ngehehe.

entry kali ni macam sama dengan entry dulu 10 fakta tentang Jojo tapi mungkin kali ni lebih banyak yang bakal terbongkar. tapi kan tapi kan, ada ke orang kisah ? ada ke orang nak tahu pasal rahsia rahsia aku ? argh ! kau bajet macam blogger yuyu zulaikha, ima sahaja dan aimie harmelia. hakikatnya kau tak sama macam dia Jojo. mereka cute, cun dan cantik. kau apa ada ? arghh! aku comel peee :p

taraaaaaa ! baca slow slow. jangan gopoh gopoh k.

#1. mempunyai banyak cita cita. antaranya, accountant, financial analysis, banker dan banyak lagi yang berkait rapat dengan $$$

#2. pernah gagal dalam subjek sejarah. satu-satunya subjek paling lemah. tapi alhamdulillah masa SPM sejarah Jojo lulus. tapi tak boleh A !

#3. sangat malas nak lipat selimut dengan alasan "alah, malam karang nak guna lagi kannn"

#4. selain bergiat aktif di facebook, twitter dan blog, Jojo jgk berjinak-jinak dengan tumblr (masih baru dan tak ada follower. mohon follow saya skrg!)

#5. sedarkah anda bahawasanya mata Jojo sepet sebelah.

#6. berjerawat di pipinya yang gebu gebu gebuuuuu ( mungkin ini bkn rahsia tapi FAKTA!)

#7. aku layak jadi dokter sebab tulisan aku sangat buruk =.="

#8. sangat suka baca buku, memasak, bersukan tidur.

#9. cara Jojo bersukan adalah berjoget joget segala jenis tarian tak kiralah zapin, mak yong atau pun dikir barat di dalam bilik bersaksikan cermin. (perut Jojo dah kempissss ok!)

#10. sangat suka, minat, tergila gilakan salah sorang senior tapi malangnya dia dah ada awek. tak pe tak pe. nanti dia dah clash cepat cepat Jojo masuk meminang. hee

#11. pernah mendapat tawaran sebagai pramugari Singapore Airline tapi disebabkan faktor ketinggian dan berjerawat di pipi gebu, aku tolak mentah mentah.

#12.  berfikiran sangat abstrak. suka fikir lain dari yang lain atau erti kata lain selalu lari tajuk. oleh kerana itu banyak yang kata Jojo lampi, pending dan blur sebab tak faham maksud yang disampaikan. 

#13 suka merenung awam sambil meneka bentuk bentuk awan. "eh, awan tu bentuk zirafah" "eh cute mcm jojo laa" "eh eh eh macam muka ex aku. erk hodohnyeee !"

#14. sedang menaip entry ini dengan berkedudukan meniarap di atas katil berserta jajan dan air bliss yogurt 1 botol. tak patut. tak patut =.=" 

rahsia adalah rahsia tapi rahsia Jojo terbongkar jgk sebab entry kali ni. macam banyak lagi yang patut dibongkarkan. oleh kerana jajan Jojo telah habis, maka tamatlah segala Rahsia Jojo.

dan sememangnya rahsia rahsia diatas bukan lagi rahsia. sekian, terima kasih kerana sudi baca :)



ohh perut lapar nasi sangat sangat. monster segala makanan adalah aku. sambil belai perut :)






surat rindu. RINDU ?

jam pukul 2.40 pagi dan aku masih belum tidur. teringat terkenang terbayang dan ter ter ter lah. pada siapa ?

assalamualaikum. kehadapan kebelakang kekiri dan kekanan buat kekasih lama. harap sihat sihat ajelah. dah lama tak dengar berita pasal awak. nak mesej saya segan. nak call awak tapi memandangkan saya ni kedekut kredit, terpaksalahh batalkan niat. dengar kata awak dah tunang. eh, ke dah kawin ? tak ajak pun. anak dah berapa ? uish. untung la awak. saya ni masih solo tapi tak pe. saya tak kesunyian pun sebab dalam hati saya masih ada awak. luka yang awak tinggalkan.  hehehe

memori awak dgn saya masih saya simpan. saya kena maki hamun dgn kawan kawan sebab masih simpan mesej mesej dan gambar awak. tapi apa saya peduli dengan maki hamun tu. asalkan bila saya rindu awak saya baca balik semua mesej dan saya boleh senyum macam saya bahagia dengan awak dulu dulu.

kadang kadang saya benci awak tapi kadang kadang saya rindu awak.. itu satu faktar yang awak patut percaya. tak tahu kenapa. saya memang pelikkan ? 

saya tahu awak selalu singgah kat blog saya ni. stalker saya ea ? awak jangan risau. luka dah nak sembuh. walaupun nanti tinggal parut. saya boleh guna duit ptptn saya untuk beli bio oil. insyaallah nanti pulih la saya.

saya tahu awak tengah bahagia sekarang. awak memang patut dapat kebahagiaan macam sekarang dari dulu lagikan. silap saya sebab muncul dalam hidup awak. kalau dapat diundurkan masa takkan ada sesi perkenalan antara kita masa awak tengah kait buah mangga untuk saya. kalau saya tahu la kan baik saya minta tolong dari pakcik yang ada kat situ kaitkan untuk saya. eh, ni semua salah perut saya sebab nak makan buah mangga ! tapi apa boleh buat. saya tak mampu melawan takdir.


ni gambar yang kau snap. ingat lagi tak ? 
kau kata "nak senyuman paling ikhlas". 
serius ! ini senyuman ikhlas punyalah :p


in certain ways. orang takkan sedar siapa kita. cuma dengan sedikit senyuman, kita mampu tonjolkan kegembiraan kita dari kesedihan kita ;)

percaya atau tidak, aku masih menunggu kau bagai nak rak.

orang kata aku gila. tapi tak mengapa. bila aku kembali normal. aku takkan rindu kau lagi.





Saturday, September 8, 2012

#1


cantik ? 
unik ?
awesome ?
siapa ?
saya ?
awak ?
entah la

jatuh cinta lagi ye Jojo?
angguk angguk
geleng geleng
senyum
:)

hanya sebulan untuk kenangan berpanjangan

assalamualaikum :)

sudah cukup sebulan Jojo menghilang. kemana pergi ? agak-agak ada orang cari tak. kehkehkeh. bajet bajet bajet je kau ni Jojo. Jojo busy. busy ? busylah sangat. actully selama sebulan Jojo sunyikan blog ni sebab Jojo berada di UiTM Dungun. hah? buat apa? buat apa? bukan ke Jojo student UiTM Segamat ? haaaaa. meh meh. mai sini Jojo nak habak mai kat hangpa semua. Jojo berada di UiTM Dungun demi Intersesi subjek monetary economics selama sebulan. so maknanya selama sebulan Ramadhan hari tu Jojo berbuka dan bersahur di Dungun Terengganu. sedih tak ? tak sedih? ok fineeee.

so, update kali ni nak cerita sedikit serba serba suka duka Jojo selama sebulan. 99% adalah suka dan 1% adalah duka ok. Korang akan muak sikit bila baca entry kali ni. sebab aku dah bekalkan tenaga yang mencukupi untuk menaip panjang panjang berserta dengan air neslo buatan Jojo sendiri. mukadimah je pun dah panjang =.="

macam mana boleh tergerak hati nak ambil intersesi?. mula mula ikut ajakan kawan kawan. tapi disaat saat akhir aku sorang je yang daftar untuk ambil intersesi. mula mula nak ambil di segamat. pastu disebabkan tak ada member nak join aku tukar nak ambil kat shah alam. sebab kat sana ada member rapat yang ambil intersesi jgk tapi subjek lain. lagi pun dekat dengan along aku. bila nak kompemkan intersesi tu, subjek aku nak ambil ni tak ada kat shah alam. hanya buka kat samarahan dan dungun sahaja. disebabkan aku tak nak batalkan hajat terpaksa memaksalah aku pilih kampus Dungun. ramai yang tanya aku, betul ke nak ambil ni. kau tak pe ke tak ada member. masa tu aku serah pada ilahi. aku yakin dengan keputusan aku. aku pegang kata kata ibu, kalau nak ilmu tak payah tunggu ada kawan. kawan kat sana boleh dicarikan.

nak dijadikan cerita, seminggu sebelum habis final aku dapat tahu ada sorang junior aku yang nak ambil intersesi jgk. aku tak kenal lagi dia. so kami msg2. nama dia Najwa a.k.a wawa omey. akhirnya aku ada jgk member. cuma tak kenal dan tak pernah jumpa. habis je final exam aku dapat cuti selama seminggu je. time cuti tu banyak jgk problem pasal intersesi. persoalan pasal dapat ke tak kolej(asrama). hari hari call hep dungun tanya pasal permohonan penempatan untuk intersesi. tapi jawapan hampa. dorang kata surat yang aku fax tak sampai.so aku redah je pergi uitm dengan harapan dapatlah kolej nanti. 

alhamdulillah, dapat jugak kolej akhirnya. tapi ada masalah baru plk. kolej yang aku dapat tu jauh nun di tepi hutan. kat dalam uitm tak ada sediakan pengangkutan macam kat UiTM Machang. rata rata budak bawak basikal. tak kan lah kami nak beli basikal demi intersesi sebulan ni kan. nak tak nak demi intersesi terpaksa redah jalan kaki pergi kelas.

hari pertama pergi kelas. jalan kaki sejauh 30 minit baru sampai. ingatkan kelas pukul 3.30. rupa rupanya jadual tu salah. kelas pukul4.30 sebenarnya. wuhuhu. sekali lecturer datang bagitau kelas hari tu batal. mulai esoknya kelas start pukul 12.30. hoho. bagus2. masa nak balik tu kenal la dengan 1 geng dari UiTM Kedah (popo,usop dan ayie). dapat tau dorang pun duduk kat kolej yang sama (kolej Gemia tu kolej campur laki dan perempuan). dorang ajak balik sama sama sebab dorang ada kereta. start dari hari tu pergi balik kelas dengan dorang. berbuka bersahur pun dengan mereka. duduk dalam kelas pun sama sama. daripada geng berdua dgn wawa je akhirnya bergeng 5. hahaha. untung ada dorang ni. hidup jadi perfect. kehkehkeh.

selama sebulan tu banyak juga aktiviti dengan dorang. tengok wayang, karoke, jalan jalan kuala terengganu, teman dorang main futsal, paling syok berbuka tepi pantai. hehehe.

mula mula aku roomate dengan wawa je. 3 hari lepas tu ada sorang lagi join jd roomate aku. dia dari uitm perlis. ambil subjek lain dari aku. walaupun dia tua setahun dari aku. tapi perangai dia sama je macam aku. wawa aku dan azie kalau tiga tiga ada dalam bilik haishhh macam macam jadi. menyanyi sama sama. layan internet sama sama la. lagi syok shopping on9 sama sama. 

hidup di kolej Gemia tu macam macam berlaku. tiap tiap minggu ada je yang histeria. histeria bukan sorang tapi berjemaah. sekali histeria 3 orang yang kena. 1 level main kejar kejar. yang paling tak boleh dilupakan bila aku berdepan dengan budak histeria tu. orang lain semua lari  masuk bilik n kunci pintu sebab kena kerja aku dan wawa boleh kaku kat situ. tertiba rasa macam berada di alam lain sebab bercakap dengan makluk yang serang tu. bila sedar je. kaki yang kaku jadi lemah. badan terketar ketar. sepanjang malam laptop kena pasang ayat al quran. kalau tak asyik meremang je segala bulu bulu. sebab bilik paling keras berada di tepi bilik aku je. sejak dari peristiwa tu aku mula kawan dengan adik adik kat sana. tak kira perempuan atau pun lelaki. itu semua kenangan. hoho

pertengahan bulan, kami mula kenal2 dan rapat rapat dengan budak kelas yang lain. teq, ariel dan tia. budak budak kelas semua baik baik. tak sombong. lagi best satu kepala. haha. kelas selalu jadi huru hara sampaikan lecturer kata kami ke dia yang lecturer sebenarnya. sebab belum sempat dia tanya kami dah jawab. haha. lagi best bila lecturer kata selama dia mengajar, kelas aku lah yang paling dia suka. alhamdulillah. tak sia sia aku daftar kelas B. hehe. hidup dengan dorang asyik buat aku fikir nak kawin awal je sebab rata rata kawan aku dah berpunya. sorang baru lepas kawin. sorang lagi bakal kawin dan roomate aku bakal bertunang. haish !

ramai kawan kawan yang tanya pasal subjek yang aku ambil ni ok ke tak. sebab ramai yang kata susah. actully memang susah tapi dengan bantuan mereka satu kelas alhamdulillah. kami selalu bincang sama sama. tempat selalu kami study sudah sudah tentu kat mcD dan library. ada juga yang tanya, kau dah dapat calon tak kat sana. amboi2 aku kat dungun bukan cari jodoh la.

mesti ramai yang kata, Jojo nampak bahagia je. YES ! saya bahagia di sana. disamping kawan kawan baru. sebab mereka banyak membantu saya. dorang langsung tak kedekut ilmu. hidup di dungun agak susah mula mula. tapi dengan adanya mereka, yang susah jadi senang :)

meh nak cerita plk pasal apa ada 1% yang duka tu. 1% yang duka tu pasal nmh! someone yang aku maybe sayang tapi sayangnya dia dah ada yang lain. bila ditanya kenapa buat aku macam ni. senang senang dia jawab. takpe jojo jgn kecewa aku nak kawin 4. ok, kawinlah 4 yang penting aku bukan salah sorang isteri isteri kau. eh eh. aku nak cerita pasal intersesi. bukan pasal dia. saya tak kecewa sangat sebab kat sana saya ada kawan kawan yang sentiasa menghiburkan hati saya. mereka marah saya, saya tetap rasa bahagia. haha. pelik pelik.

3 sept tarikh final exam aku. dan hari tu jgk aku terpaksa balik KB sebab keesokannya aku ada operation. alhamdulillah. aku dapat jawab. cuma betul ke salah tu tak tahu la. segalanya serah pada Allah. berat hati nak tinggalkan dungun. bukan sebab hidup di dungun best. tapi sayang nak tinggalkan kenangan kenangan yang terlalu banyak di Dungun tu. bila teringat kat mereka, mulut sentiasa mengukirkan senyuman :)

syukur alhamdulillah kerana Allah kurniakan kebahagiaan walaupun sementara. kebahagiaan sementara itu merupakan kenangan yang kekal selamanya. Terima kasih buat mereka. tak dapat nak diungkapkan betapa aku sayang mereka mereka. semoga bertemu lagi di masa akan datang. sentiasa mendoakan kejayaan mereka.


tunggak segalanya (Jojo n Wawa)

they always make me happy :)

jamuan raya satu kelas

classmate

sir fadli fizary abu hassan asari




jalan jalan cari makan untuk bersahur



buat mereka yang sentiasa bagi semangat
thanks for everything
dedicated to

my family
najwa
dede quzaid
yusof firdaus
mohd syuwari
nik mohd naim
mutiiah
nurul atiya
ariel
siti shuhada
siti syazwani
saifuddin
nur azati
nur shahanis

post kali ni tak ada lah panjang sangatkan. tapi yang bagusnya post kali ni tak ada merepak meraban. hahahaha


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...