Wednesday, February 20, 2013

nuffnang and churp churp

salam warga blog.

meh nak habq sikit ni.
hahahaha
alang alang korang ada blog, twitter, facebook or apa apa tempat bersosial di internet ni
so aku suggest kat korang join nuffnang ni.
boleh la korang menjana duit serba sedikit.
cukup rm100 korang dah boleh cashout.

aku baru 3 hari join nuffnang tapi dah dapat reward.
nak boleh cashout ni kena la tunggu dalam 3 @ 4 bulan lagi kot. haha












haaa. baru RM5.60.
sikit ?
sabar laaa.

apa kata korang pun try jgk.
nak try ? ---> klik sini
takde rugi pape pn.
selamat mencubaaaaa

apa apa pertanyaan sila kemukakan diruang komen. saya sedia membantu.
kikiki
post kali ini agak gedik. =.="



Friday, February 15, 2013

rezeki. allhamdulillah.


15 februari 2013

pertama kali aku rasa sangat berdebar nak check result.
dua tiga hari sebelum tu pun aku asyik fikir pasal result.
naik ke ? capai target ke ? kalau tak naik macam mana ?
tapi apa yang paling aku risau, aku takut kecewakan ibu abah.

macam macam aku fikir
konon konon nak check lambat.
tak pun tak payah check terus.
tapi boleh ke ? haha

tepat je pukul 12
aku tumpu kat twitter dgn facebook
tunggu perkembangan kot kot dah boleh check result.
pukul 1 dah mula orang update status alhamdulillah
makin cuak bhai.

tiba tiba dapat mesej dari wany.
email dah masuk.
aku check dekat inbox.
yes ! dah masuk.
tapi aku tak berani nak buka.

aku klik pastu tutup skrin dengan tangan.
aku intai sikit sikit.
last last. haaaaaaaaa
dapat tengok jgk result aku.
terkedu.
tak sangka.
lebih dari target.
terus call wany. 
menangis.
haha

ketuk pintu bilik ibu.
bagitahu pointer.
abah dan ibu gelak je.
haha

pukul 4 baru boleh aku ready nak tidur
tapi, tak boleh tidur.
aku tak tahu pukul berapa baru boleh tidur
tapi yang pasti aku tidur dalam senyuman.

alhamdulillah diatas rezeki Allah
semua ni berkat doa ibu abah
tapi ingat Jojo, jangan terlalu suka sangat
kehidupan kau masih panjang.
dan kau sendiri tak dapat nak tentukan apa yang bakal berlaku
apa apa pun syukur alhamdulillah.
ingat Jojo, kejarlah ilmu.
bukan pointer yang kau kejar.
pointer itu rezeki yang Allah bagi pada waktu tu
ilmu itu rezeki yang Allah bagi untuk sepanjang kehidupan.

aku sanggup tak balik rumah masa study week.
cuti lebih seminggu dan aku tinggal sesorang kat rumah tu.
bayangkan, rumah belakang kubur.
makan apa yang ada je.
belajar sampai lewat pagi.
tapi alhamdulillah. aku mampu berdikari hidup sorang diri

apa apa pun kita rancang je dulu kehidupan kita
walaupun kita tahu segala rancangan Allah yang tentukan
tapi hidup perlulah bermatlamat kalau nak berjaya dunia akhirat
barulah kita tahu kita ni ditahap yang mana

"i dont know where i am going
but i am on my way"



aku kau dan dia bukan lagi yang dulu



kehidupan sekarang banyak dah berubah.
nak cakap kena bertapis.
kadang kadang kena lagak bijak.
bila bila masa je orang boleh pijak kita.


kalau dulu berkawan dengan golongan yang pandai
jauh sekali dorang nak pelekehkan aku

dah susah nak tanam sikap be urself dalam diri
kiri kanan semua hipoktrik

aku rindu kau yang dulu
tolong faham.

Friday, February 8, 2013

twenty three already



26 Januari 1990

ini tarikh keramat aku
satu satunya tarikh istimewa aku

maka di tahun 2013 ini 
umur aku genap 23 tahun
yeay ! makin dewasa !


terima kasih kepada yang ingat tarikh lahir aku
tak sampai 20 orang pun yang wish kat aku.
sedihkan ?
hahaha

tapi tak kisah lah
sebab aku dapat hadiah paling bermakna.

tau apa?
doa kalian.

terima kasih sekali lagi
lagi lagi yang karang mesej berjela jela
doakan kebahagiaan aku. kejayaan aku.
moga moga ia ikhlas

dari sinilah kita dapat uji keikhlasan sahabat sahabat kita.
dia sedar akan tarikh istimewa kita.
walaupun dengan bantuan remainder kat phone.
haha




special thanks to

abah
ibu
along
wany
din
shu
ika
farah
eyna
wiwi
fifi
yani
shidah
mija
diati
bayani
aciq
yuni
ayie
zack

mana ex2 aku ?

maka, mulai hari ini.
aku dah boleh mula rahsiakan umur aku
hehehe

kamu backstab aku ?


berkasih biar satu,
berkawan biar seribu,
kalau rasa tergugat dengan aku,
tak perlulah backstab aku sebegitu.

assalamualaikum

korang pelik ?
aku lagi pelik.
asal tetiba berpantun dulu baru bagi salam ?
demam eaaaa Jojo?

BACKSTAB?
apa tu ?
menurut bahasa melayu,
backstab ni macam....
gunting dalam lipatan,
bagai api dalam sekam,
duri dalam debu,
debu?
dan paling mudah orang sebut
"tikam dari belakang"

atau dalam bahasa mudah Jojo
seseorang yang cuba menjatuhkan kita
dengan cara mereka reka cerita.
depan kita pijak semut pun tak mati.
belakang kita bagai murai tercabut ekor
dia becok berbicara
lagi lagi tentang keburukan kita

asal tetiba nak buat isu pasal ni?
ada org backstab kau ke jojo?
hahaha

actually,
aku dah malas nak cerita pasal diri aku
aku kan dah dewasa, matang dan mantain muda

baik aku cerita menyeluruh
cerita kau
mungkin dia
tapi secara tak langsung selit sikit sikit pasal aku
boleh tak gitu ?

ya ya
kita,
tak lepas dari mengumpatkan?
antara azam baru aku
aku taknak mengumpat
atau mungkin kurang mengumpat

dari mengumpatlah boleh tercetusnya sikap backstab ini
ya mungkin.

kenapa nak backstab orang?
munkin tak puas hati.
dia lebih hebat dari kamu.
tapi kenapa perlu kisah?
dia hebat dan kamu ?



kita boleh jadi lagi hebat
kalau kita mahu.
usaha.

tapi,
usaha menjatuhkan orang menjulang tinggi
usaha untuk diri sendiri setakat buku lali
itu biol namanya.

kalau ada orang buat macam ni kat kita
ubatnya senang

orang bagi tahi,
kita bagi doa.

orang buat jahat
kita terus terus buat baik

hater gonna hate
lover gonna love
teacher gonna teach
dancer gonna dance

biarkan mereka
pedulikan saja

suatu hari nanti
dia akan sedar
dialah backstabber

kita fikir dialah teman terbaik
tapi bagi dia tidak sama sekali
dia, talam dua muka

kita sebagai pencinta
teruskan bercinta

kesimpulannya
apa yang terindah adalah senyuman
dan saling bermaafan

maka bismillahu ghafuur ar-rahim
aku maafkan.





banyak betul peribahasa aku guna. kalau tak faham pandai pandailah google ye. salam :)






Tuesday, February 5, 2013

Allah, tolong ingatkan aku.........


aku bukan asal dari keluarga yang kaya. untuk capai tahap kesenangan yang dikecapi sekarang, semuanya bermula dari bawah. aku ingat disetiap pengorbanan ibu abah untuk anak anak mereka, mencari rezeki yang halal di siang dan malam, menyediakan keperluan kami, agar kami selesa, agar kami tak rasa keperitan yang pernah mereka lalui. Syukur Alhamdulillah.

dan bila mana suatu hari nanti aku sudah boleh berdikari seratus peratus, hidup berjauhan dari mereka dan mereka berikan aku kepercayaan sepenuhnya, aku mohon supaya Allah sentiasa kuatkan ingatan aku akan setiap pengorbanan ibu dan abah terhadap aku dan semoga aku tidak tertipu dan terpedaya oleh manisnya dunia. akan aku balas pengorbanan mereka hingga hujung nyawa. aku memang anak emak. aku memang anak ayah. aku memang anak manja. sekian


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...