Sunday, April 29, 2012

Back to US


assalamualaikum :)

(US = Umah Sewa)

alhamdulillah. aku sampai di segamat tanpa ada sebarang masalah
keretapi pun x delay2 kali ni..
tak sangka sampai tepat pukul 7..selalunya sampai pukul 8 atau 9
aku tengah syok tidur dibuai mimpi aaron aziz tetiba staff ktm datang selak langsir katil aku
nasib baik tak terkejut sangat
lau tak naya la abg ktm tu kena sepak dengak aku
staff ktm datang kejut aku nak bagitau dah nak sampai segamat
kalu kalut aku bersiap
turun je dari keretapi sambil usung beg bertimbun timbun
jalan terhuyung hayang. masih mamai barangkali.
sampai je tempat duduk menunggu ada 1 kereta teksi berhenti hon hon kat aku
masa tu menyengih tak sudah la aku. bertuahnya aku hari ni
selalunya kena tunggu dalam 30 minit baru dapat teksi.
hehehe..alhamdulillah lagi~

sampai di rumah sorang housemate aku dah sampai rumah
hehehehe. aku risau gak takut tak ada orang kat rumah.
aku tak ada kunci sliding door. 
kalau housemate aku tak balik lagi, 
maknanya betapa berjam jam la aku kat luar rumah

sampai kat rumah aku kroohh3 dulu
lepas tu bangun basuh baju kemas bilik dan mandi. 
lepas tu sarapan dgn makanan yang abah bekalkan


hehe..thanks abah :)





Wednesday, April 25, 2012

love bite from Charlie

assalamualaikumm

mid term break doesn't meant holiday ok

betul ke ayat aku tu ? lantak la asalkan ada org faham..ada ke ? haha

walaupun banyak assignment tp aku tetap gagah mengupdate belog hari ini

-______________-"




charlie ? siapa plk charlie ni ?
charlie angels ?
charlie and the chocolate factory ?
ahhh..buat apa nak cerita pasal movie movie lapok tu..
eh..ke charlie chaplin ? siapa tu ?
aku nak cerita pasal charlie yang datang ganggu hidup aku lagi buat kali ke dua..
kita ada dendamkah charlie ?
sampai kau tinggalkan kesan dalam hidup aku =.="




bila google..gambar ni yang keluar..
oh..cis binatang kau charlie !
charlie ni sejenis serangga perosak
yang suka menghilangkan kechomelan si gadis dan kemachoaan si jejaka.
tapi jangan main-main. orang kata, kecik-kecik cili charlie..kena gigit, naya o.
kalau korang rase makhluk ini chomel dan nak buat binatang peliharaan
sila lupakan hasrat anda serta merta yee.


sejam tadi..masa tgh layan fb..tetiba rasa gatal plus pedih di tangan
bila tgk wadefak oh gila charlie buat kali ke 2..
1st time aku kena masa diploma di uitm kelantan dulu..


nampak tak ?




















ni masa diploma dulu..comel je..bentuk Y !
























memang seksa la bila kena love bite dengan charlie.
merana hidup..pastu sekali kena, bukan surut tak kena dah lepas tu 
ia bkn macam kena chicken pop. 
lepas kena sekali, kita akan kena lagi berpuluh-puluh kali..adoyyy

ni pun nasib kena kat tangan je..
lau kena kat muka..perghhh lagi naya oooo..
tak nampak dah jerawat aku..yang nampak luka charlie ni..wuhuuu
dia punya parut bkn senang nak hilang..
mau bertahun tahun..tak pun tak hilang terus..

tapi bagi aku, orang bertuah je yang kena charlie ni
orang tua-tua kata, cuma orang yang cun/hensem je kena gigit cali.
binatang pun pandai pilih rupa paras rupanya.
jadi. sapa yang penah kena gigit cali, sila bangga sekarang.
eh kejap ! orang tua kata ke aku yang kata..
ok..nampak sangat tipu disitu !

ingat lagi masa 1st kena dulu
orang kata kena gigit charlie..
tapi bagi aku bukan..
aku kata ni tanda aku nak dapat kuasa..
mungkin ada 7 orang yang ada tanda charlie mcm aku
bila aku da jumpa 7 orang tu..baru lah aku boleh bergabung selamatkan dunia
macam cerita heroes gitu
ohhh stop dreaming la Jojo..


dari sumber yang aku dapat.
tah betul ke tidak.
nak bunuh cali cuma ada 1 cara je. 
seletep dia pada lantai..takleh pukui dia atau bunuh direct macam lastik cicak. 
sebab, nanti kawan-kawan dia boleh bau kawan dia kena bunuh..
diorang datang lagi ramai-ramai serang. haaa..

korang memang tak kan perasan bila kena gigit ngan Charlie ni.
alih-alih dah merah and rasa pedih je.
selalunya budak-budak yang dok asrama akan tahu la pasal charlie ni.
kalau bilik mengadap hutan memang sangat lah kena berhati-hati !!!
sebelum tidur tu, kibaslah sikit katil korang yee.
rajin-rajin sapu bilik sebab charlie nih kecik gila. susah nak perasaan dia.

bila dah tau kena charlie tuh, cepat-cepat jumpa doktor mintak ubat !
kalau tak, boleh melarat sampai nanah2 siap.
memang amek masa sikit nak hilangkan parut charlie nih.
jadi marilah kita sama-sama BEWARE dengan kehadiran makhluk kecik berbahaya ini !



Tuesday, April 24, 2012

#down on memory lane



erk ! kabur..salah setting kamera la derrr 
tp mcm comey jgk muka aku disebalik kabur tu kan :p

adik, pandang kamera la


adik ! pandang kamera. senyum macam kakak 

adik tak nak la kakak..tak nak !


nah ! amek kau lempang..ini makan dia !

erk..kau lempang kakak dik !

akhirnya, 
terhasil juga sebuah,sebijik,sekeping gambar keluarga bahagia
hehe



Monday, April 23, 2012

#memory


biar gambar berbicara

tahun pertama. semester 2. Pantai sungai Lurus Batu Pahat Johor


Friday, April 20, 2012

aku lebih rela naik kapal kargo dari keretapi

assalamualaikum

aku penat..ye aku nak bagi tau yang aku penah..a ah penat..penat sangat sangat..penat..penat..penat..
nampak tak betapa penatnya aku..penat kenapa ? penat pasal malam tadi..malam tadi kenapa ? erm..menempuh perjalanan yang mencabar untuk sampai ke kota bharu kelantan..iaitu syurgaku rumahku..
aku tak nak naik keretapi dah.. tak nak ! keretapi telah spoilkan mood holiday aku..

waktu sebenar bertolak dari Segamat ialah 10.16 malam..so, aku ambil keputusan nak bertolak dari rumah pukul 9 malam..sampai di stesen keretapi pukul 9.15..awal kan ? excited nak balik kelantan...hehehe..jenuh tunggu..da la ada makluk menakutkan..yang asyik tengok aku..aku pergi kedai dia ikot..ada sekali dia duduk tepi aku..pastu terus call ibu aku..bual panjang panjang sampailah mamat tu blah..erghhh..gelabah gak aku..dah la aku bawak balik barang barang berharga..tapi alhamdulillah Allah masih lindungi aku dari kejadian yang tak diingini..

tunggu tunggu punya tunggu..keretapi tak sampai sampai..jam dah pukul10.20..orang lain dah mula intai intai kat landasan keretapi..kot kot nampak bayang ketapi..walaupun bunyi pun tak ada..aku masih setia sabar menanti..begitu sabarnya aku..sabar sabar sabar..walaupun mata yang sepet ni dah bertambah sepet gara gara tahan ngantok..tetiba staff ktmb buat pengumuman.." perhatian kepada penumpang penumpang senandung express timuran singapore ke tumpat, keretapi dijangka tiba pada pukul 11.45 malam..ulang suara..bla bla bla..kesulitan amat dikesali..terima kasih" aku yang tangah tahan mengantok tetiba mata buka luas luas..bulat macam mata burung hantu..rupa rupanya speaker betul betul tepi telinga aku..arghh choii..mau je aku melatah mencarut bagai..

keretapi delay ? a ah ! jangan ingat flight je boleh delay delay..ketapi pun sama..aku dah biasa..tapi tak ada la sampai sejam lebih..huhu..nampaknya aku kena tambahkan lagi tahap kesabaran aku..sabar punya sabar..aku terlelap..hehe..terima kasih kepada housemate, roomate n classmate aku yang rajin teman aku..teman ? teman aku melalui mesej je..mereka lagi dan terlebih kalut dari aku bila tau ketapi aku delay..hahaha

pukul 11.45 tak juga sampai..orang lain dah mula bising bising..aku ? aku kan penyabar..diam je laaa..haha..aku tengah tahan ngantok tahap gaban dah masa tu..pukul 12.30 ketapi aku sampai juga.. "anda mempunyai masa selama 2 minit untuk menaiki keretapi" oiii...gerabak aku gila hujung..aku main naik je gerabak tanpa melihat no berapa gerabak tu..aku tanya abang belakang aku..rupa rupanya aku naik gerabak no 1.. choii..gerabak aku gila jauh..

aku ingat problem selesai disitu je..aku cuba buka pintu gerabak no 2..mak aiii gila susah..sakit tangan aku..aku siap suruh abang tu tolong pegangkan barang aku..dengan bekalan kuasa yang tinggal beberapa je aku cuba juga buka pintu tu..aku ingat aku lah hero kepada abang abang yang berada di belakang aku..tapi..akhirnya aku mengalah..aku suruh abang tu cuba bukakan..dan aku ingat abang tu lah yang bakal menjadi hero aku..tapi tak juga..kuasa dia lagi lemah dari aku..hohoho..ketapi dah pun bergerak..cuba punya cuba sampailah 5 minit..akhirnya ada sorang kakak dalam gerabak tu bangun dari tidur dan tolong bukakan pintu tu..pintu dikunci dari dalam..nak je aku mnjerit kemenangan..uhuhu..bayangkanlah..aku berdiri dalam keretapi yang terhuyung hayang selama 5 minit..pastu nak kena redah gerabak gerabak lain untuk sampai ke gerabak no 4 dengan membawa beg yang gila berat..aish makcik jual kerepek yang jinjeng bakul atas kepala lagi stabil jalan dari aku..berkat kesabaran akhirnya sampai juga kat katil..naik naik terus tidur mati sampai pagi..ngeh3..

waktu ketibaan pukul 8.45 sepatutnya..tapi disebabkan delay..aku sampai pukul 1 tengahari..memang menguji kesabaran aku..siap dapat air pecuma lagi dalam train..alaa..nak jaga hati penumpang lettew kannn..terima kasih..pukul12 aku call abah aku..kesian kat abah..dia lagi excited tunggu aku dari pukul 9..huhu..aku suruh abah balik dulu..nanti lepas sembahyang jumaat baru jemput aku...sampai di stesen wakaf baru pukul 1..tunggu abah aku sampau kul2.30..dan akhirnya pukul 3 baru sampai rumah..alhamdulillahhhhh..

masa tunggu abah, aku dapat mesej dari ibu
"kesiannya, dah la lama tunggu di segamat dah sampai kena tunggu lagi. itulah ujian namanya. x boleh nak salahkan sape2. lepas ni balik naik flight je tau"
betul2..aku tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni..staff staff ktm pun tak sangka benda ni belaku kan..ehemmmm..banyak juga la aku merungut rungut..sabar kebenda namanya camtu kan..haha
tapi ayat mesej ibu yang last tu aku suka..keh3..

nah ! gambar gerabak tempat tidur..
muat sorang je tidur ok


laluan yang muat sorang je


buat pengetahuan korang..sekarang aku tengah berusaha menaip sampai ke titik akhir walaupun aku deman, selsema dan batuk..asal cuti mid sem je aku tak sihat..ergh ! =.=" <-- (muka kegemaran abglong)

ok la..aku pun penat nak cerita pasal ketapi ni..makan dulu..jumpa lagi di blog yang sama..assalamualaikum :)

Thursday, April 19, 2012

i'm coming home

assalamualaikum..kum apa kombek..bek ape batman..man ape mentol..tol ape tolak..lak ape laksa..sa ape satu.....kira sampai sepuluh !

untuk pertama kalinya malam ini Jojo bakal balik ke Kelantan dari Segamat dengan menaiki keretapi tanah melayu yang berharga RM41 jewww~..katil atas ok..boleh panjat-panjat.. =.=" ..bukan tak pernah naik keretapi, tapi tak pernah naik dari Segamat. di sebabkan lambat tempah tiket flight, maka Jojo tak berkemampuan nak beli tiket flight yang dah mececah lebih dari RM100..ohoo..kematu lagi la bontot punggung aku malam ni..

dan malam ini juga Jojo bakal mendendangkan lagu I'm Coming Home sepuas-puasnya dalam keretapi..hohoho..happy holiday Jojo ! tapi tak payah nak happy sangat la kannnnn..ulang suara ! tak payah nak happy plus holiday sangatlah..malam ni juga aku akan pulang bertemankan buku buku yang setebal 500 muka surat..ohhhoooiii patah la bahu den malam ni..

perlu diingatkan lagi ye Jojo..balik dari cuti, test, presentation n hantar report sedang menanti anda dan 3 program yang bakal gua uruskan..kojap Jojo, kojap anda, kojap gua..mana satu tah saya pun dah keliru..

eh..baju den belum habis basuh..kbye !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...