Thursday, June 23, 2011

Allah beri dugaan kepada aku supaya aku lebih dekat padanya . ALHAMDULILLAH .








assalamualaikum . panjangkan title entry aku kali ni . hehe

malam tadi tepat pukul 12 aku dapat berita buruk . tapi beberapa minit kemudian aku dapat berita gembira . air mata yang jatuh kerana berita buruk bertukar jatuh kerana berita gembira pula . tak perlulah aku cerita pasal berita buruk itu kerana aku ada berita yang lebih gembira untuk dikongsikan bersama kamu-kamu semua .

aku pernah jatuh tersungkur pada satu ketika dulu . dan ini adalah kali yang ke dua . rasa macam nak putus asa je sebab masa pertama kali jatuh dulu aku berjaya bangkit berdiri dengan bantuan kawan kawan yang sentiasa ingin membantu . tapi kali ni siapa nak tolong aku ?

berhari hari aku muhasabah diri . cari semangat balik . alhamdulillah . Allah sentiasa ada disetiap waktu senang susah aku . kawan kawan pun sama . walaupun dorang x dapat nak membantu aku dari segi fizikal . mereka cuba membantu dari segi mental dengan memberi nasihat dan semangat pada aku . aku tahu jauh disudup hati mereka ingin menolong aku . tapi apakah daya jarak yang tidak membenarkan . aku pun x nak susah kan mereka . ada yang cuba membantu melalui call n sms . aku terharu sangat . saat ini baru aku kenal siapa kawan susah senang .

berkat doa kawan kawan dan family akhirnya aku berjaya berdiri . dan sekarang aku berbangga kerana aku mampu berdiri setaraf dengan mereka . terima kasih kepada Nya kerana apa yang dijanjikan telah ditunaikan oleh Nya . dan sekarang aku sedar sewaktu aku melalui hari hari bahagia aku leka pada Nya dan bila ditimpa musibah baru aku mula sujud lama lama di sejadah memohon pertolongan dari Nya . FORGIVE ME ALLAH .

namun aku perlu bersedia dengan sebarang dugaan dan kemungkinan yang bakal berlaku kepada aku . aku tahu gembira bukannya selalu namun dugaan itulah yang mendekatkan kita kepada Nya kerana dia sayang pada kita . setiap orang tidak terlepas dari menerima dugaan Allah . Rasulullah juga menerima dugaan yang berat berat dari Allah walaupun allah sayang pada rasulullah dan Rasulullah sayang pada Nya . percayalah tuhan menjanjikan sesuatu yang baek untuk kita . lambat atau cepat ianya terpulang pada kita . sama ada sabar atau tak dalam menempuhi dugaannya .

firman allah yg bermaksud :

“Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 3)

perjalan hidup aku baru 21 tahun banyak lagi dugaan yang aku bakal lalui . semoga aku dapat harungi sebarang dugaan dengan kuat dan tabah . dugaan mematangkan kita .


thanks buat mereka yang banyak membantu

-wiwi-
-yani-
-wawa-
-yuni-
-azimah-
-miyah-
-wan-
-shu-
-mira-
-hani-
-hekal-
-irfan-
-boo-
-ayie-
-din-
-adib-
-atisya-
-aciq-
-bayani-
-kak dila-
-abg kamal-
-anis-
-nabil-
-dan ramai lg laaaaa...........................
saya bangga saya ada kalian semua :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...