Saturday, June 4, 2011

hidup ini memang palat !!


apa yang aku nak ceritakan pada hari ini adalah sebagai pengetahuan korang semua..hehe..kalo korang tgk tajuk pada kali ini..mesti korang terkejut kan? aku cuma nak eksplain kan korang apa maksud sebenar “Palat”

Apa itu PaLat?

Pada satu hari yang damai,di sebuah sekolah,kelihatan seorang guru sekolah rendah yang rupa paras nya agak menarik sedang melangkah masuk kedalam kelas

Ketua Murid : Bangun!!!!!!!!!!!!!!!! Assalammualaikum dan Selamat sejahtera CikGu Atiqah..

Cikgu Jojo : Waalaikummussalam.. Panggil saya Cikgu Jojo eks.. (nak jugekk..muahaha!)

Murid Lelaki 1 : Cikgu Jojo,hari ini kita mahu belajar apa?

Cikgu Jojo: Saya akan mengajar kamu-kamu semua akan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu.. Sebelum itu,di minta kamu-kamu bersedia dengan pen dan kertas untuk mencatat segala ilmu yang cikgu berikan,ya..

Murid Lelaki 1 & 2 : Eh2x.. cute nyer Cikgu Jojo nie.. sukanya! ahaks! (sekali-sekala kan…)

Cikgu Jojo : Hari ini cikgu akan ajar satu perkataan iaitu “Palat”. Sebelum itu,kamu semua pernah dengar tak perkataan ini.

Murid Lelaki 1 : Pernah!!! Dekat poster filem KAMI.. Minggu lepas saya pergi Jitra tengok cerita Kami the Movie.

Cikgu Jojo : Saya xtanya pun kamu pergi mana ke.. Sengal gak kamu nih…

keadaan menjadi sunyi sepi dan kedengaran pelajar berbisik-bisik

Cikgu Jojo : Okeyh.. dah2x.. yang belakang tuh,berhenti mengumpat saya.. meh saya bagitaw maksudnya.. Palat ada tiga maksud kesemuanya.. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005,

1. Palat I; kayu ~ kayu pengapit tempat mengikat kaki budak-budak nakal (utk merotan tapak kakinya).

2. Palat II kemaluan laki-laki; tahi ~ najis yang melekat pada kemaluan.

3. Palat III Kd (bahasa/dialek Negeri Kedah) orang yang tidak berguna

Dapat tak murid-murid?

Murid-murid : Dapat, Cikgu Jojo…

Murid Perempuan 3 : tapi kan cikgu, apa relevan nya Palat dengan tagline cerita Kami the Movie tu?

Cikgu Jojo : Oishhh, hebat sngat soalan nih.. kamu ni biar betul bdak sekolah rendah ni? Muahaha

Murid Perempuan 3 : Mak saya yang suruh tanya,cikgu.. Bukan saya..

Cikgu Jojo : Owh okie.. Logik gak ar.. Camnie palat tu bermaksud celaka, teruk,siot, mcm haram & seumpamanya.. cikgu pun kurang pasti kenapa diaorg censor perkataan palat..bukan mencarut pun, cuma kurang manis.. Ianya mcm satu perlambangan mengatakan yang walaupun hidup ini teruk sangat,tapi, masih ada lagi cahaya atau jalan untuk menjalani kehidupan yang lebih bagus… Ada paham?

Murid-murid : paham cikgu Jojo!

KRinGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!

Cikgu Jojo : Oklah, loceng dah bunyi dah.. Pglah balik.. Nyemak je..

p/s jadi korang semua dah paham kan apa maksud Palat tu..so pandai2 lah guna perkataan tu k..hehehe..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...