Saturday, September 8, 2012

hanya sebulan untuk kenangan berpanjangan

assalamualaikum :)

sudah cukup sebulan Jojo menghilang. kemana pergi ? agak-agak ada orang cari tak. kehkehkeh. bajet bajet bajet je kau ni Jojo. Jojo busy. busy ? busylah sangat. actully selama sebulan Jojo sunyikan blog ni sebab Jojo berada di UiTM Dungun. hah? buat apa? buat apa? bukan ke Jojo student UiTM Segamat ? haaaaa. meh meh. mai sini Jojo nak habak mai kat hangpa semua. Jojo berada di UiTM Dungun demi Intersesi subjek monetary economics selama sebulan. so maknanya selama sebulan Ramadhan hari tu Jojo berbuka dan bersahur di Dungun Terengganu. sedih tak ? tak sedih? ok fineeee.

so, update kali ni nak cerita sedikit serba serba suka duka Jojo selama sebulan. 99% adalah suka dan 1% adalah duka ok. Korang akan muak sikit bila baca entry kali ni. sebab aku dah bekalkan tenaga yang mencukupi untuk menaip panjang panjang berserta dengan air neslo buatan Jojo sendiri. mukadimah je pun dah panjang =.="

macam mana boleh tergerak hati nak ambil intersesi?. mula mula ikut ajakan kawan kawan. tapi disaat saat akhir aku sorang je yang daftar untuk ambil intersesi. mula mula nak ambil di segamat. pastu disebabkan tak ada member nak join aku tukar nak ambil kat shah alam. sebab kat sana ada member rapat yang ambil intersesi jgk tapi subjek lain. lagi pun dekat dengan along aku. bila nak kompemkan intersesi tu, subjek aku nak ambil ni tak ada kat shah alam. hanya buka kat samarahan dan dungun sahaja. disebabkan aku tak nak batalkan hajat terpaksa memaksalah aku pilih kampus Dungun. ramai yang tanya aku, betul ke nak ambil ni. kau tak pe ke tak ada member. masa tu aku serah pada ilahi. aku yakin dengan keputusan aku. aku pegang kata kata ibu, kalau nak ilmu tak payah tunggu ada kawan. kawan kat sana boleh dicarikan.

nak dijadikan cerita, seminggu sebelum habis final aku dapat tahu ada sorang junior aku yang nak ambil intersesi jgk. aku tak kenal lagi dia. so kami msg2. nama dia Najwa a.k.a wawa omey. akhirnya aku ada jgk member. cuma tak kenal dan tak pernah jumpa. habis je final exam aku dapat cuti selama seminggu je. time cuti tu banyak jgk problem pasal intersesi. persoalan pasal dapat ke tak kolej(asrama). hari hari call hep dungun tanya pasal permohonan penempatan untuk intersesi. tapi jawapan hampa. dorang kata surat yang aku fax tak sampai.so aku redah je pergi uitm dengan harapan dapatlah kolej nanti. 

alhamdulillah, dapat jugak kolej akhirnya. tapi ada masalah baru plk. kolej yang aku dapat tu jauh nun di tepi hutan. kat dalam uitm tak ada sediakan pengangkutan macam kat UiTM Machang. rata rata budak bawak basikal. tak kan lah kami nak beli basikal demi intersesi sebulan ni kan. nak tak nak demi intersesi terpaksa redah jalan kaki pergi kelas.

hari pertama pergi kelas. jalan kaki sejauh 30 minit baru sampai. ingatkan kelas pukul 3.30. rupa rupanya jadual tu salah. kelas pukul4.30 sebenarnya. wuhuhu. sekali lecturer datang bagitau kelas hari tu batal. mulai esoknya kelas start pukul 12.30. hoho. bagus2. masa nak balik tu kenal la dengan 1 geng dari UiTM Kedah (popo,usop dan ayie). dapat tau dorang pun duduk kat kolej yang sama (kolej Gemia tu kolej campur laki dan perempuan). dorang ajak balik sama sama sebab dorang ada kereta. start dari hari tu pergi balik kelas dengan dorang. berbuka bersahur pun dengan mereka. duduk dalam kelas pun sama sama. daripada geng berdua dgn wawa je akhirnya bergeng 5. hahaha. untung ada dorang ni. hidup jadi perfect. kehkehkeh.

selama sebulan tu banyak juga aktiviti dengan dorang. tengok wayang, karoke, jalan jalan kuala terengganu, teman dorang main futsal, paling syok berbuka tepi pantai. hehehe.

mula mula aku roomate dengan wawa je. 3 hari lepas tu ada sorang lagi join jd roomate aku. dia dari uitm perlis. ambil subjek lain dari aku. walaupun dia tua setahun dari aku. tapi perangai dia sama je macam aku. wawa aku dan azie kalau tiga tiga ada dalam bilik haishhh macam macam jadi. menyanyi sama sama. layan internet sama sama la. lagi syok shopping on9 sama sama. 

hidup di kolej Gemia tu macam macam berlaku. tiap tiap minggu ada je yang histeria. histeria bukan sorang tapi berjemaah. sekali histeria 3 orang yang kena. 1 level main kejar kejar. yang paling tak boleh dilupakan bila aku berdepan dengan budak histeria tu. orang lain semua lari  masuk bilik n kunci pintu sebab kena kerja aku dan wawa boleh kaku kat situ. tertiba rasa macam berada di alam lain sebab bercakap dengan makluk yang serang tu. bila sedar je. kaki yang kaku jadi lemah. badan terketar ketar. sepanjang malam laptop kena pasang ayat al quran. kalau tak asyik meremang je segala bulu bulu. sebab bilik paling keras berada di tepi bilik aku je. sejak dari peristiwa tu aku mula kawan dengan adik adik kat sana. tak kira perempuan atau pun lelaki. itu semua kenangan. hoho

pertengahan bulan, kami mula kenal2 dan rapat rapat dengan budak kelas yang lain. teq, ariel dan tia. budak budak kelas semua baik baik. tak sombong. lagi best satu kepala. haha. kelas selalu jadi huru hara sampaikan lecturer kata kami ke dia yang lecturer sebenarnya. sebab belum sempat dia tanya kami dah jawab. haha. lagi best bila lecturer kata selama dia mengajar, kelas aku lah yang paling dia suka. alhamdulillah. tak sia sia aku daftar kelas B. hehe. hidup dengan dorang asyik buat aku fikir nak kawin awal je sebab rata rata kawan aku dah berpunya. sorang baru lepas kawin. sorang lagi bakal kawin dan roomate aku bakal bertunang. haish !

ramai kawan kawan yang tanya pasal subjek yang aku ambil ni ok ke tak. sebab ramai yang kata susah. actully memang susah tapi dengan bantuan mereka satu kelas alhamdulillah. kami selalu bincang sama sama. tempat selalu kami study sudah sudah tentu kat mcD dan library. ada juga yang tanya, kau dah dapat calon tak kat sana. amboi2 aku kat dungun bukan cari jodoh la.

mesti ramai yang kata, Jojo nampak bahagia je. YES ! saya bahagia di sana. disamping kawan kawan baru. sebab mereka banyak membantu saya. dorang langsung tak kedekut ilmu. hidup di dungun agak susah mula mula. tapi dengan adanya mereka, yang susah jadi senang :)

meh nak cerita plk pasal apa ada 1% yang duka tu. 1% yang duka tu pasal nmh! someone yang aku maybe sayang tapi sayangnya dia dah ada yang lain. bila ditanya kenapa buat aku macam ni. senang senang dia jawab. takpe jojo jgn kecewa aku nak kawin 4. ok, kawinlah 4 yang penting aku bukan salah sorang isteri isteri kau. eh eh. aku nak cerita pasal intersesi. bukan pasal dia. saya tak kecewa sangat sebab kat sana saya ada kawan kawan yang sentiasa menghiburkan hati saya. mereka marah saya, saya tetap rasa bahagia. haha. pelik pelik.

3 sept tarikh final exam aku. dan hari tu jgk aku terpaksa balik KB sebab keesokannya aku ada operation. alhamdulillah. aku dapat jawab. cuma betul ke salah tu tak tahu la. segalanya serah pada Allah. berat hati nak tinggalkan dungun. bukan sebab hidup di dungun best. tapi sayang nak tinggalkan kenangan kenangan yang terlalu banyak di Dungun tu. bila teringat kat mereka, mulut sentiasa mengukirkan senyuman :)

syukur alhamdulillah kerana Allah kurniakan kebahagiaan walaupun sementara. kebahagiaan sementara itu merupakan kenangan yang kekal selamanya. Terima kasih buat mereka. tak dapat nak diungkapkan betapa aku sayang mereka mereka. semoga bertemu lagi di masa akan datang. sentiasa mendoakan kejayaan mereka.


tunggak segalanya (Jojo n Wawa)

they always make me happy :)

jamuan raya satu kelas

classmate

sir fadli fizary abu hassan asari




jalan jalan cari makan untuk bersahur



buat mereka yang sentiasa bagi semangat
thanks for everything
dedicated to

my family
najwa
dede quzaid
yusof firdaus
mohd syuwari
nik mohd naim
mutiiah
nurul atiya
ariel
siti shuhada
siti syazwani
saifuddin
nur azati
nur shahanis

post kali ni tak ada lah panjang sangatkan. tapi yang bagusnya post kali ni tak ada merepak meraban. hahahaha


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...