Wednesday, September 12, 2012

Rahsia Jojo

assalamualaikummmmmm


bila baca balik post yg sebelum ni rasa macam nak muntah muntah. jojo, kau dah kenapa nak jiwang jiwang bagai kat blog ? goooodieeee goooodieeee =.="


berbalik kepada tajuk utama, rahsia Jojo ? kau tak rasa ke yang kau bagaikan membuka pekung di dada ? haha. tak kisah la. asalkan bukan buka aurat. tak ke gituuuuu ? ngehehe.

entry kali ni macam sama dengan entry dulu 10 fakta tentang Jojo tapi mungkin kali ni lebih banyak yang bakal terbongkar. tapi kan tapi kan, ada ke orang kisah ? ada ke orang nak tahu pasal rahsia rahsia aku ? argh ! kau bajet macam blogger yuyu zulaikha, ima sahaja dan aimie harmelia. hakikatnya kau tak sama macam dia Jojo. mereka cute, cun dan cantik. kau apa ada ? arghh! aku comel peee :p

taraaaaaa ! baca slow slow. jangan gopoh gopoh k.

#1. mempunyai banyak cita cita. antaranya, accountant, financial analysis, banker dan banyak lagi yang berkait rapat dengan $$$

#2. pernah gagal dalam subjek sejarah. satu-satunya subjek paling lemah. tapi alhamdulillah masa SPM sejarah Jojo lulus. tapi tak boleh A !

#3. sangat malas nak lipat selimut dengan alasan "alah, malam karang nak guna lagi kannn"

#4. selain bergiat aktif di facebook, twitter dan blog, Jojo jgk berjinak-jinak dengan tumblr (masih baru dan tak ada follower. mohon follow saya skrg!)

#5. sedarkah anda bahawasanya mata Jojo sepet sebelah.

#6. berjerawat di pipinya yang gebu gebu gebuuuuu ( mungkin ini bkn rahsia tapi FAKTA!)

#7. aku layak jadi dokter sebab tulisan aku sangat buruk =.="

#8. sangat suka baca buku, memasak, bersukan tidur.

#9. cara Jojo bersukan adalah berjoget joget segala jenis tarian tak kiralah zapin, mak yong atau pun dikir barat di dalam bilik bersaksikan cermin. (perut Jojo dah kempissss ok!)

#10. sangat suka, minat, tergila gilakan salah sorang senior tapi malangnya dia dah ada awek. tak pe tak pe. nanti dia dah clash cepat cepat Jojo masuk meminang. hee

#11. pernah mendapat tawaran sebagai pramugari Singapore Airline tapi disebabkan faktor ketinggian dan berjerawat di pipi gebu, aku tolak mentah mentah.

#12.  berfikiran sangat abstrak. suka fikir lain dari yang lain atau erti kata lain selalu lari tajuk. oleh kerana itu banyak yang kata Jojo lampi, pending dan blur sebab tak faham maksud yang disampaikan. 

#13 suka merenung awam sambil meneka bentuk bentuk awan. "eh, awan tu bentuk zirafah" "eh cute mcm jojo laa" "eh eh eh macam muka ex aku. erk hodohnyeee !"

#14. sedang menaip entry ini dengan berkedudukan meniarap di atas katil berserta jajan dan air bliss yogurt 1 botol. tak patut. tak patut =.=" 

rahsia adalah rahsia tapi rahsia Jojo terbongkar jgk sebab entry kali ni. macam banyak lagi yang patut dibongkarkan. oleh kerana jajan Jojo telah habis, maka tamatlah segala Rahsia Jojo.

dan sememangnya rahsia rahsia diatas bukan lagi rahsia. sekian, terima kasih kerana sudi baca :)



ohh perut lapar nasi sangat sangat. monster segala makanan adalah aku. sambil belai perut :)






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...