Saturday, March 2, 2013

5 makanan untuk otak


Otak juga memerlukan makanan penting untuk berfungsi dengan lebih efisyen dan terbaik. Untuk memastikan otak kita berada berada dalam keadaan yang mantap, 5 contoh pemakanan yang sesuai haruslah diamalkan bukan sahaja untuk kesihatan otak sekaligus makanan ini bagus untuk dimanfaatkan oleh seluruh badan.

sharing is caring. sharing is loving :)


sebagai student tahun akhir ni aku perlu usaha lebih kuat kalau nak naikkan lagi pointer. nak naikkan lagi pointer perlukan daya ingatan yang kuat supaya aku dapat jawab semua soalan exam dengan tepat. so, dengan itu jom mulakan dari pemakanan berkhasiat yang dapat merangsang daya ingatan. hehe.




Buah Berri 

Buah berri merupakan sumber yang berfungsi untuk meningkatkan tahap mental dan berfikir. Tambahan, sumber berri ini berupaya untuk melambatkan proses hilang ingatan bagi sesetengah orang. Kajian juga menyatakan buah berry mengandungi antioksida yang mampu menghalang kerosakan radikal bebas dalam badan.  


Tiram

Kandungan zink dan zat besi yang terdapat dalam tiram mampu menjana pemikiran yang tajam dan pada masa yang sama meningkatkan keupayaan untuk mengingat kembali. Kedua dua zat makanan ini juga berkait rapat dengan kemampuan otak untuk lebih fokus terhadap sesuatu. Kekurangan dalam zink dan zat besi ini mengakibatkan kadar ingatan yang singkat dan lemah daya tumpuan.

Sumber Ikan

Ikan dikenali dengan sumber protein yang bagus. Tetapi tahukah anda, ikan juga kaya dengan omega-3 iaitu asid lemak penting yang membantu otak untuk menghasilkan tisu tisu yang baru untuk kekuatan otak. Sumber ikan juga memainkan peranan dalam menghalang penyakit Alzheimer dan hilang daya ingatan. Ikan salmon dan sardin merupakan antara contoh yang mudah anda dapatkan.

Koko

Antioksida yang terdapat dalam koko dikenali sebagai flavonol dikatakan membantu  peredaran darah ke otak, menguatkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan peranan salur darah. Kandungan koko ini juga berfungsi dalam daya tumpuan dan konsentrasi. Contoh yang terbaik? Coklat gelap.

Bijian dan kekacang

Bijian dan kekacang kaya dengan kandungan omega 3 dan omega 6 asid lemak serta mempunyai nilai kandungan folate, vitamin E dan vitamin B6. Kesemua nilai nutrisi ini memastikan otak anda berfungsi dengan lebih jelas dan melawan sindrom insomnia. Sesetengah kekacang dan bijian ini mengandungi thiamine dan magnesium, dimana baik untuk daya ingatan dan sesuai untuk golongan berumur.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...