Friday, February 8, 2013

kamu backstab aku ?


berkasih biar satu,
berkawan biar seribu,
kalau rasa tergugat dengan aku,
tak perlulah backstab aku sebegitu.

assalamualaikum

korang pelik ?
aku lagi pelik.
asal tetiba berpantun dulu baru bagi salam ?
demam eaaaa Jojo?

BACKSTAB?
apa tu ?
menurut bahasa melayu,
backstab ni macam....
gunting dalam lipatan,
bagai api dalam sekam,
duri dalam debu,
debu?
dan paling mudah orang sebut
"tikam dari belakang"

atau dalam bahasa mudah Jojo
seseorang yang cuba menjatuhkan kita
dengan cara mereka reka cerita.
depan kita pijak semut pun tak mati.
belakang kita bagai murai tercabut ekor
dia becok berbicara
lagi lagi tentang keburukan kita

asal tetiba nak buat isu pasal ni?
ada org backstab kau ke jojo?
hahaha

actually,
aku dah malas nak cerita pasal diri aku
aku kan dah dewasa, matang dan mantain muda

baik aku cerita menyeluruh
cerita kau
mungkin dia
tapi secara tak langsung selit sikit sikit pasal aku
boleh tak gitu ?

ya ya
kita,
tak lepas dari mengumpatkan?
antara azam baru aku
aku taknak mengumpat
atau mungkin kurang mengumpat

dari mengumpatlah boleh tercetusnya sikap backstab ini
ya mungkin.

kenapa nak backstab orang?
munkin tak puas hati.
dia lebih hebat dari kamu.
tapi kenapa perlu kisah?
dia hebat dan kamu ?



kita boleh jadi lagi hebat
kalau kita mahu.
usaha.

tapi,
usaha menjatuhkan orang menjulang tinggi
usaha untuk diri sendiri setakat buku lali
itu biol namanya.

kalau ada orang buat macam ni kat kita
ubatnya senang

orang bagi tahi,
kita bagi doa.

orang buat jahat
kita terus terus buat baik

hater gonna hate
lover gonna love
teacher gonna teach
dancer gonna dance

biarkan mereka
pedulikan saja

suatu hari nanti
dia akan sedar
dialah backstabber

kita fikir dialah teman terbaik
tapi bagi dia tidak sama sekali
dia, talam dua muka

kita sebagai pencinta
teruskan bercinta

kesimpulannya
apa yang terindah adalah senyuman
dan saling bermaafan

maka bismillahu ghafuur ar-rahim
aku maafkan.





banyak betul peribahasa aku guna. kalau tak faham pandai pandailah google ye. salam :)






1 comment:

  1. hidup ibarat roda. pusing bagaimana pun tetap itu juga kita akan jumpa. apa yg kita lakukan pd orang. orang lain akan buat perkara sama pd kita. bagaimana sakitnya kita ditikam begitu jugala sakitnya orang yg kita menikam. sama memberi sama merasa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...