Friday, April 20, 2012

aku lebih rela naik kapal kargo dari keretapi

assalamualaikum

aku penat..ye aku nak bagi tau yang aku penah..a ah penat..penat sangat sangat..penat..penat..penat..
nampak tak betapa penatnya aku..penat kenapa ? penat pasal malam tadi..malam tadi kenapa ? erm..menempuh perjalanan yang mencabar untuk sampai ke kota bharu kelantan..iaitu syurgaku rumahku..
aku tak nak naik keretapi dah.. tak nak ! keretapi telah spoilkan mood holiday aku..

waktu sebenar bertolak dari Segamat ialah 10.16 malam..so, aku ambil keputusan nak bertolak dari rumah pukul 9 malam..sampai di stesen keretapi pukul 9.15..awal kan ? excited nak balik kelantan...hehehe..jenuh tunggu..da la ada makluk menakutkan..yang asyik tengok aku..aku pergi kedai dia ikot..ada sekali dia duduk tepi aku..pastu terus call ibu aku..bual panjang panjang sampailah mamat tu blah..erghhh..gelabah gak aku..dah la aku bawak balik barang barang berharga..tapi alhamdulillah Allah masih lindungi aku dari kejadian yang tak diingini..

tunggu tunggu punya tunggu..keretapi tak sampai sampai..jam dah pukul10.20..orang lain dah mula intai intai kat landasan keretapi..kot kot nampak bayang ketapi..walaupun bunyi pun tak ada..aku masih setia sabar menanti..begitu sabarnya aku..sabar sabar sabar..walaupun mata yang sepet ni dah bertambah sepet gara gara tahan ngantok..tetiba staff ktmb buat pengumuman.." perhatian kepada penumpang penumpang senandung express timuran singapore ke tumpat, keretapi dijangka tiba pada pukul 11.45 malam..ulang suara..bla bla bla..kesulitan amat dikesali..terima kasih" aku yang tangah tahan mengantok tetiba mata buka luas luas..bulat macam mata burung hantu..rupa rupanya speaker betul betul tepi telinga aku..arghh choii..mau je aku melatah mencarut bagai..

keretapi delay ? a ah ! jangan ingat flight je boleh delay delay..ketapi pun sama..aku dah biasa..tapi tak ada la sampai sejam lebih..huhu..nampaknya aku kena tambahkan lagi tahap kesabaran aku..sabar punya sabar..aku terlelap..hehe..terima kasih kepada housemate, roomate n classmate aku yang rajin teman aku..teman ? teman aku melalui mesej je..mereka lagi dan terlebih kalut dari aku bila tau ketapi aku delay..hahaha

pukul 11.45 tak juga sampai..orang lain dah mula bising bising..aku ? aku kan penyabar..diam je laaa..haha..aku tengah tahan ngantok tahap gaban dah masa tu..pukul 12.30 ketapi aku sampai juga.. "anda mempunyai masa selama 2 minit untuk menaiki keretapi" oiii...gerabak aku gila hujung..aku main naik je gerabak tanpa melihat no berapa gerabak tu..aku tanya abang belakang aku..rupa rupanya aku naik gerabak no 1.. choii..gerabak aku gila jauh..

aku ingat problem selesai disitu je..aku cuba buka pintu gerabak no 2..mak aiii gila susah..sakit tangan aku..aku siap suruh abang tu tolong pegangkan barang aku..dengan bekalan kuasa yang tinggal beberapa je aku cuba juga buka pintu tu..aku ingat aku lah hero kepada abang abang yang berada di belakang aku..tapi..akhirnya aku mengalah..aku suruh abang tu cuba bukakan..dan aku ingat abang tu lah yang bakal menjadi hero aku..tapi tak juga..kuasa dia lagi lemah dari aku..hohoho..ketapi dah pun bergerak..cuba punya cuba sampailah 5 minit..akhirnya ada sorang kakak dalam gerabak tu bangun dari tidur dan tolong bukakan pintu tu..pintu dikunci dari dalam..nak je aku mnjerit kemenangan..uhuhu..bayangkanlah..aku berdiri dalam keretapi yang terhuyung hayang selama 5 minit..pastu nak kena redah gerabak gerabak lain untuk sampai ke gerabak no 4 dengan membawa beg yang gila berat..aish makcik jual kerepek yang jinjeng bakul atas kepala lagi stabil jalan dari aku..berkat kesabaran akhirnya sampai juga kat katil..naik naik terus tidur mati sampai pagi..ngeh3..

waktu ketibaan pukul 8.45 sepatutnya..tapi disebabkan delay..aku sampai pukul 1 tengahari..memang menguji kesabaran aku..siap dapat air pecuma lagi dalam train..alaa..nak jaga hati penumpang lettew kannn..terima kasih..pukul12 aku call abah aku..kesian kat abah..dia lagi excited tunggu aku dari pukul 9..huhu..aku suruh abah balik dulu..nanti lepas sembahyang jumaat baru jemput aku...sampai di stesen wakaf baru pukul 1..tunggu abah aku sampau kul2.30..dan akhirnya pukul 3 baru sampai rumah..alhamdulillahhhhh..

masa tunggu abah, aku dapat mesej dari ibu
"kesiannya, dah la lama tunggu di segamat dah sampai kena tunggu lagi. itulah ujian namanya. x boleh nak salahkan sape2. lepas ni balik naik flight je tau"
betul2..aku tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni..staff staff ktm pun tak sangka benda ni belaku kan..ehemmmm..banyak juga la aku merungut rungut..sabar kebenda namanya camtu kan..haha
tapi ayat mesej ibu yang last tu aku suka..keh3..

nah ! gambar gerabak tempat tidur..
muat sorang je tidur ok


laluan yang muat sorang je


buat pengetahuan korang..sekarang aku tengah berusaha menaip sampai ke titik akhir walaupun aku deman, selsema dan batuk..asal cuti mid sem je aku tak sihat..ergh ! =.=" <-- (muka kegemaran abglong)

ok la..aku pun penat nak cerita pasal ketapi ni..makan dulu..jumpa lagi di blog yang sama..assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...