Friday, March 23, 2012

1 malam penuh mendebarkan..

semuanya berlaku secara tiba-tiba
tapi ada merasakan seperti sesuatu tidak kena sebelum kejadian
aku ada instinct ? hmmmm
merasakan sesuatu yang tak kena dan kesudahan memang berlaku sesuatu..
perkara macam ni dah selalu sangat terjadi
dan aku sangat tak suka
mana tak nya..
jantung berdegup kencang laju laju
macam baru dikejar anjing gila meroyan
segalanya berlaku tanpa diminta dan diduga
kalaulah instinct ni boleh diduga
nak je aku instinct soalan apa yang keluar time exam
kan bagus kalau begitu..ish ish ish !
dan....
ingatlah Jojo,
ini jalan hidup aku yang tertulis di luh mahfuz

kejadian itu bermula sesudahnya aku berbuka puasa
(puasa ganti aku tinggal 3 hari je lg weyy)
masa tu pukul 8
aku ke dapur nak basuh pingan2
tetiba aku pandang belakang
aku tak tahu kenapa nak pandang belakang
dan tetiba je perasaan berdebar dan sedikit takut tu datang
aku toleh lagi sekali..nak pastikan semunya dalam keadaan baik-baik
bila dah pasti semuanya ok..aku teruskan kerja membasuh..
tak sampai beberapa saat..aku terdengar bunyi tingkap dibuka
aku terus pandang ke tingkap..
kelibat orang berpakaian putih sedang berusaha membuka tingkap.
aku speechless..sempat lagi aku berfikir siapakah orang itu..tuan rumah ke ?
tetiba aku sedar yang aku mungkin dalam situasi berbahaya..
entah dari mana datangnya kekuatan..
aku menjerit " woi..siapa tu ! "
terus dia tunduk
terkejut leetttuuuwww~
agak kuat la kot aku menjerit..
sampaikan housemate aku yang dalam bilik air pun keluar sebab dengar suara aku
yang housemate aku sorang lagi plk boleh je terus makan
sedangkan aku dah kaku kat situ..
aku lari ke ruang makan..
housemate housemate aku semua berkumpul di ruang makan
semua tertanya tanya kenapa aku menjerit
si anis yang tengah makan ni boleh plk dia kata
"laaa..aku ingatkan ko marah norin sbb masuk blk air"
erk..kejam sangat ke aku sampai nak marah housemate aku sendiri..oh tidak laaa !
masa tu aku rasa aku macam kehilangan darah dalam badan
lemah seluruh badan
kaki aku dah tak terdaya nak berdiri
sebelum sebelum ni housemate aku je yang selalu kena
dan kali ni aku plk yang kena
dan ternyata aku juga seorang penakut
laaa..selama ni aku berlakon berani la ye..

kami call polis
dalam 15 minit polis sampai
tu pun sebab polis sesat jalan
adoyyy..
semua orang yang cari rumah kami mesti tak jumpa
kenapa erk ?
tetiba teringat kata2 abang mcD
"dik, bkn ke ni dulu rumah usang..patutlah cari tak jumpa..dah 2 3 kali abang lalu sini"
eh....kembali kepada cerita asal..
hmmm..masa polis sampai confirm confirm si pengintai durjana tu dah lari kan
pakcik pakcik polis pergi ronda ronda kawasan rumah kami
boleh pula sorang pakcik polis ni kata
"malam ni malam jumaatkan..belakang rumah awak kubur kan..agak2 awak dia tu orang atau...."
terus aku potong ayat pakcik tu
"aish...orang lagi bahaya pakcik..sebab tu kami call polis..kalau yg tu baik kami call ustaz2 tak pun tok bomoh ke"
pastu masa polis tu nak balik sempat lagi dia menyakat kitorang
"hati hati malam jumaat.."
adehhh..hampeh..

disebabkan peristiwa malam ni..
aku agak fobia nak kedapur..
kalau dulu, pukul 2 3 pagi aku boleh lagi ke dapur dengan selamber je..
uishhh...aku ni da la kalau fobia mengambil masa terlalu lama utk kembali pulih

pape pun..alhamdulillah kami masih lagi selamat
terima kasih diatas perlindungan mu ya Allah
disaat ini aku teringat kata2 parent dan sahabat2 yang sentiasa mengingatkan aku
supaya aku menjaga diri..terima kasih kerana mengingatkan
semoga kejadian tadi tak berulang lagi..
dan ini adalah kejadian yang ke......5 6 7 8 kali dah kot..


semoga fobia aku cepat sembuh..hehe

opsss..korang..penceritaan aku tak habis lagi ni..
aku terpaksa tinggalkan laptop 1 jam
kerana keselamatan rumah
RUMAH AKU DICEROBOH LAGI BUAT KALI KE 2 UTK MALAM YG SAMA !
tak di cerobahi lg la..tapi dia, si polan bin polaan tgh berusaha nak jadi penceroboh rumah aku



tengah berusaha menaip belog aku ni
tetiba aku terdengar bunyi grill pintu
aku panggil atie..dan dia pun dengar..
pastu panggil semua housemate berkumpul
masing-masing dengar bunyi tu
tetiba terfikir nak hidupkan alarm kereta
lepas hidupkan alarm..bunyi grill tu terus hilang
dalam ramai-ramai housemate aku
semua tak berani nak selak langsir pintu..
dan..termasuklah aku
kemana hilangnya sifat berani jojo !
nampak gayanya aku kena kembali aktif bersilat lepas ni
konon nak protect housemate housemate aku la kannnn
lepas 5 minit hidupkan alarm barulah polis sampai
thanks polis kerana cepat bertindak
tapi..kali ni..polis sesat juga cari rumah aku..
nak je aku letak signboard besar besar depan rumah dan tulis
RUMAH INI WUJUD !
adoyy..letih dgn peristiwa malam ni
1 malam dgn 2 kejadian yang hampir sama
bila di kenangkan kembali
dalam  takut2 ada kelakarnya juga
bayangkan semua housemate aku merangkak2 atas lantai..
kononnya takut si polan tu nampak kami
dan..aku pun turut merangkak..haha
lagi best...lantai rumah aku tak perlu di mopkan..
dah licin housemate aku mop guna badan dorang..


aku fobia..kembalikan semanagat keberanian aku !
sekian, terima kasih :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...