Wednesday, January 16, 2013

This is Kota Bharu. This is Kelantan Darul Naim

Assalamualaikum :)



THIS IS KOTA BHARU




Termenung dihujung sudut di sebuah 'wokaf' di ibukota Malaysia. Melihat, daun-daun taman melambai lantas teringat akan kampung halaman tercinta negeri Kelantan Darul Naim. Disana, ia bukan sahaja sebuah negeri, ia juga bukan Kota Metropolitan, ia juga bukan kota hiburan untuk anak muda, ia bukan medan manusia mengejar harta benda dunia. Tapi,

Ia adalah sebuah kehidupan. Kehidupan yang amat jarang diperoleh di bumi bertuah Malaysia. Bagaimana sebuah jati diri disemai, sejak usia 1 tahun lagi. Diajar, dilatih, ditunjuk untuk mengenal apa itu 'kecek Kelate' , apa itu 'semangat Tok Janggut' , apa itu erti 'merubah kehidupan' . 

Masuk sahaja alam persekolahan, disinilah ia bermula. Ibu, bapa, guru serta rakan menjadi rujukan informasi berguna. Hari demi hari, dari Darjah 1 sehingga Tingkatan 5 mereka dingatkan hanya dengan 'agama, kejayaan akademik dan jati diri' saja mampu mengubah nasib anak bangsa Cik Siti Wan Kembang.

Nescaya, ia sebuah tonik. Satu persatu anak bangsa ini mula mengemas baju, menyimpan erat segulung sijil, seluas laut jati diri persis Tok Janggut, segunung kasih kepada ibubapa, seluruh kehidupan kepada Illahi. Mula melangkah keluar dari pintu rumah, keluar dari negeri keramat, Kelantan.

Melangkah keluar dari negeri kami, bukan bererti kami benci. Tapi darah kami, adalah darah perantau. Ia seperti sebuah perjalanan, dalam mencari sebutir bekal untuk dibawa pulang ke negeri kami. Ini juga bukan paksaan, tetapi ia sebuah tanggungjawab. Tanggunjawab membalas budi mek dan ayoh kami. Membanting tulang memukul jerami padi, bersenkang mata menoreh getah, seawal pagi mengheret lembu ke padang ragut hanya untuk sebuah kejayaan anak mereka. Itulah gambarannya, mengapa kami sanggup berhijrah walau jauh beribu batu.

Hasilnya, setiap pelosok di Malaysia pasti anda terdengar orang 'kecek Kelate', setiap kedai ada menjual budu, setiap orang ada memiliki jersi TRW, setiap orang pasti mengagumi orang Kelantan.Jika ke IPTA, jika ke pejabat awam, jika ke pusat perniagaan pasti anda mendengar dari jauh orang 'kecek Kelate' . Itulah kami. Itulah sebuah jati diri. Jati diri yang pastinya, tidak dimiliki oleh sesiapa pun. Malah jati diri ini tetap bersamanya walau jauh ke Kota London, ataupun penghujung benua, setinggi gunung Everest tetap berbangga sebagi Anok Kelate.

Namun, semua 'kebanggaan' ini perlu dibayar. Dibayar dengan rasa cemburu oleh segolongan manusia. Manusia yang berwajah dua ini, seringkali menghiris hati anak bangsa Kelantan. Seringkali menghina, mengutuk, mengeji peribadi Anok Kelate. Kata mereka, Kelantanlah lubuk miskin, rakyat gedebe, tiada tolak ansur, tiada pekerti. Setiap hari, ada saja diskriminasi terhadap Anok Kelate. Hari ini anda boleh melihat hasilnya, pergi kemana saja anda saja yang tidak kena dengan rakyat Kelantan.

Percayalah, walau sehebat manapun strategi 'Art of War' ataupun 'Niccolo Machiavali ' untuk menjatuhkan maruah anak Kelantan, ia tetap kebal. Ia kerana kami di didik dengan sebuah jati diri 'semangat anok KELATE' nun jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami berdiri teguh, memegang erat tangan antara satu sama lain. Kami kuat bukan sebab kami 'gedebe' tetapi kami kuat dengan semangat. Kami kuat dengan jiwa, jiwa kami adalah jiwa Kelantan.Percayalah, sejauh mana anda menghimpit kami , menghina kami, diskriminasi kami selagi itulah kami bangkit. Bangkit untuk menegak sebuah keadilan yang perlu bagi anak-anak kami, bakal anak-anak kami, bakal cucu kami di Kelantan sana sedar inilah kehidupan 'plastik' di bumi Malaysia.

Ambo, kawe, demo, aku, mu, kito adalah anok Kelate.


"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan " - Pok Dogo







tom yam mana paling sedap di Malaysia ?





negeri mana asalnya serunding ?





siapa kata kota bharu tiada shopping complex ?





papan iklan negeri mana yang mengunakan tulisan jawi ?





negeri mana yang mensyaratkan model wanita bertudung di setiap papan iklan ?





pasar basah mana paling besar dan negeri mana wanita memonopoli perniagaan ?




negeri mana mempunyai pelbagai kuih tradisi ?



Sultan negeri mana yang sanggup masuk ke dalam kubur bersama rakyat ?



Menteri mana yang sangat merendah diri ?



Aku bukan dilahirkan di kelantan. apatah lagi kedua org tua aku tapi aku bangga jadi sebahagian dari orang orang kelantan selama lebih 20 tahun. Kelantan tempat aku membesar. Kelantan tempat aku menimba ilmu. sudah tentu aku terasa hati bila ada orang yang mengutuk kelantan. bagi mereka orang orang jahat yang ada di negeri lain itu semua asalnya dari kelantan. Yang mereka tahu segala buruk buruk datangnya dari kelantan. 




Teringat akan kisah kakak aku. Minggu pertama dia bekerja di KL. Makan tengahari bersama rakan sepejabat. Salah seorang rakannya menegur "Eh, orang kelantan makan chicken chop? Pandai ke makan guna pisau? ". Masih ada mentaliti sesetengah orang yang menganggap orang kelantan mundur. 




kelantan mundur ? 

Ya, rumah kami sederhana. Gaji kami juga sederhana tapi cukup untuk kami hidup. Malah kami masih boleh menyimpan kerana kos sara diri kami di kelantan sangat murah. Ikan-ikan sedar baru naik dari laut harganya dua kali ganda lagi murah dari negeri lain. 





post kali ini bukan niat mahu membangga banggakan kelantan. ianya luahan hati kami sebagai anak perantau yang terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu memandang rendah terhadap kami. kami punyai maruah. begitu juga negari kami.



sekian, terima kasih, waaslaikumussalammmmmm :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...