Friday, January 18, 2013

Down On Memory Lane 2012

assalamualaikum. 
hai, tgh buat apa ?
hahaha. 
tak pernah pernah nak tanya soalan mcm ni.
soalan ditanya sekadar nak bagi tahu korang 
Jojo tengah makan durian crepe
ohhhh awesomeeeeee babe !

rasanya agak tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013. hehe. benda pertama yang orang fikir bila masuk tahun baru adalah azam. So, apa azam baru kau Jojo ? searching searching. teng teng teng. haaaaa. before kau fikir azam baru, baik kau fikir balik azam tahun lepas kau. dah betul betul tercapai ke ? kalau belum, nampak gayanya azam tahun lepas masih sama la dengan azam tahun baru ni kan ? haha. kesiannnn. tapi kalau dah tercapai, cepat cepatlah bina azam baru. hehe. bagi aku, azam tahun lepas aku. alhamdulillah ada juga tercapai dan untuk tahun baru ni, azam aku hanyalah upgrade azam tahun lepas dan ada penambah baikan sana sini sikit. haha. macam kau nak upgrade rumah plk Jojo. apa azam aku ? perlu ke bagitau ? tak perlu la kan. macam biasa la. azam aku sama je macam azam korang. antaranya, peroleh kejaya sekaligus mendorong kepada bahagiakan ibu abah. KEJAYAAN ANAK-ANAK ADALAH KEBAHAGIAAN IBU BAPA. dan tak lupa juga azam untuk mendekatkan diri pada ALLAH SWT.

berbalik kepada tajuk asal down on memory lane. dah terang terang ada perkataan memory. maksudnya post kali ini aku nak imbas kembali kenangan kenangan aku tahun lepas. tahun 2012 yang banyak memberi kenangan. aku selalu kata kat member member aku. Jom cari kenangan. hehe. tapi, sebenarnya bukan senang nak cari kenangankan. kenangan paling indah adalah ianya terjadi bila tidak dirancang. so, apa apa pun jom layan gambar gambar aku sampai muntah durian crepe.


ini kenangan pertama kali jejak kaki di Johor Bharu. 
Tujuan asal adalah interview sorang abang engineer untuk salah satu subjek yang aku ambil.
ini dikira sambil menyelam minum air :)



ini pula kenangan kali pertama jejak kaki di UiTM Dungun.
tujuan adalah buat shortkos subjek monetory economics
dapat kawan baru dan berbuka puasa bersama sama :)



kenangan ini dicipta sudah berjuta kali. haha
balik balik muka dorang ni. 
kenangan apabila mereka jejak kaki kali pertama setelah tamat diploma
ibarat sirih pulang ke gangang. eh ! betul ke ? haha



kenangan di hari raya aidil adha ke 5 di majlis rumah terbuka di rumah aku sendiri
bajet macam rumah menteri nak ada rumah terbuka. haha



di Batu Pahat bersama classmate setelah selesai majlis perkahwinan salah seorang lecturer kami
agak ketidaknampakan muka Jojo



kenangan bersama mereka lagi.
lagi lagi mereka
nampak tak mata Jojo bulat ?



kenangan bersama housemate
semata mata nak pergi shopping, sanggup redah naik bas je



di majlis perkahwinan salah seorang classmate
untung laaaa dah kahwin. haha
kenangan sangat manis lebih lebih lagi tersesat banyak kali.



 kenangan sambut hari lahir 2 orang housemate.
nampak tak muka Jojo terlebih excited ?



kenangan bila diri terasa bagai artis. sebab ? 
sebab muka bermekap ala ala artis gitu. haha
yang bergambar dgn Jojo tu bukan peminatnya tapi PA dia ok.
~malam dinner fakulti~



kenangan bila diri dilantik sebagai salah seorang exco Islamic Banking Students Association
yang penting Sir Arip ok. hehe



kenangan di Shah Alam & Karisma 
hujung minggu lari tinggalkan kerja yang berlambak lambak di segamat
itu adalah kerja gila. tapi itu juga kenangan.


tengoklah disetiap senyuman pada setiap gambar. ia cukup membuktikan kenangan itu tercipta dengan sangat indah. Alhamdulillah. thanks Allah kerana memberi aku kesempatan untuk merasa sebahagian kebahagiaan hidup di dunia :)

"disetiap gambar ada ceritanya" - Yuna

terima kasih 
Allah
Family
Friend
Sweetheart
Lecturer
Community
Kamera Samsung Galaxy S
Super Duper Sweetsourkehidupan.blogspot


Special thanks to 2012 and welcomes 2013 :)










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...