Wednesday, August 3, 2011

Pilihan hidup - kata hati sendiri :)



Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
Then took the other, as just as fair
To where it bent in the undergrowth;

And having perhaps the better claim, 
the same, And both that morning equa
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about same

And both that morning equally lay,
In leaves no step had trodden black,
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh,
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I…
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


ingat lagi x poem ni ? the road not taken . tapi hari ni aku bukan nak ajar korang pasal poem ni . hehe . poem ni bagi aku penguat semanagat untuk aku dalam membuat pilihan . poem ni mengisahkan tentang memilih jalan yang jarang dilalui . atau maksud lain , lain dari yg lain lah . hahaha . lain dari segi menentukan cara , sudut pandangan dan jalan pemikiran untuk dijadikan saranan mendedikasikan kewujudannya ( fuh ! ayat nak gempak . maklumlah bm x A1 )

kalau org tengok aku . mesti dia kata . aishhh tka ni x tau hala tuju ke ? sekejap sini sekejap sana . haha . aku bukan jenis orang yang suka ikut cara orang lain dan aku jenis orang yang suka benda baru dalam hidup dan aku sangat2 menghargai sesuatu peluang & pengalaman . x kisah pengalaman baik atau buruk sbb dua2 merupakan pengalaman yang mengajar aku untuk kehidupan lebih matang .

dulu lepas upsr aku dapat isi borang memohon sekolah kawalan . alhamdulillah aku dapat sekolah smk ismail petra (SMIP) . lepas pmr plk alhamdulillah sgt2 ak dapat stay kat SMIP jgk (nasib baek x kene tendang) . sekolah SMIP cuma ada aliran sains . pure sains . maknanye kimia , fizik , biologi , addmate and est (english for science and tech) wajib ambil laaa . 

lepas spm aku isi UPU . disebabkan aku minat tahap kritikal punya dengan subjek math & addmate ni so semua
course ak apply course yang kearah matematik atau kata lain course yang banyak kira2 . pilihan pertama aku course perakaunan . aku pilih course ni sbb course ni merupakan course professional . alhamdulillah aku dapat tawaran dalam course ni kat uitm machang . bila aku & member2 pergi sekolah jumpa cikgu2 . semua cikgu terkejut bila dapat tau aku dapat course ni . budak aliran sains yang x ada apa2 basic pasal akaun tapi dapat course perakaunan . haha . semua kata aku lari dari landasan . member2 aku semua dapat course sains . tapi aku sikit pun x menyesal dapat course ni .

dan skrg aku dah pun grad dalam diploma perakaunan . sekali lagi aku buat keputusan keluar dari landasan . haha . aku dah x apply course akaun untuk ijazah . aku apply course sains aktuari, islamic banking, finance, and human resourse . alhamdulillah aku dapat sambung degree islamic banking kat uitm segamat selama 2 thn setengah . masa nak apply untuk degree ni semua orang tanye aku betol ke aku da x nak sambung akaun . ibu aku pun sama jgk . alhamdulillah aku dapat juga buat keputusan sendiri . aku sikit pun x menyesal dapat course ni . and aku harap semua orang dapat support aku walaupun aku da x sama haluan dengan dorang .



bagi aku buatlah pilihan mengikut kata hati sendiri . fikir pasal diri sendiri . jangan buat pilihan kerana ingin mengikut kawan2 atau untuk memuaskan hati mana2 pihak . alhamdulillah family aku jenis yang boleh terima setiap pilihan aku . sebab bagi mereka aku sendiri yang tahu tahap kemampuan aku . Life is too short my friends, and you know what, setelah itu kita semua akan mati . setelah itu , mungkin yang tersisa adalah sejumput kesiasiaan jika sepanjang hidup, kita hanya melakukan pekerjaan yang full of bullshit . dan bukan melakukan pekerjaan yang menjadi passion kita, tempat dimana kita boleh merasai secangkir kebahagiaan sejati . Tempat dimana kita selalu tak sabar menunggu hari esok tiba . kerana setiap hari selalu dihiasi oleh “the beauty of meaningful work and life”.


Kalau kita mahu menyelam lebih dalam lagi, kita akan menemukan fakta bahwa di dalam hasrat manusia, ada sebuah kekuatan kerinduan yang boleh mengubah kabus menjadi matahari . dan, orang yang punya passion selalu percaya bahawa they create their own destiny (dengan restu dari Allah) . Mereka selalu percaya bahawa merekalah yang paling bertanggungjawab untuk menentu masa depan dan nasib hidup mereka sendiri . Bukan orang lain .

dan tentu2 saja akan selalu ada kegagalan. Tapi hidup akan terus dijalankan. Kita terus berusaha bangkit menjadi manusia . Becoming a “true person” . Mereka selalu berprinsip “Untuk menyelesaikan masalah yang mungkin, aku akan lakukan sendiri. Untuk masalah yang sukar, aku akan minta bantuan orang lain. Dan untuk menyelesaikan hal yang tidak mungkin, aku akan minta campur tangan Tuhan" dan tidak ada tempat untuk terus menerus disalahkan lagi. Sebab, mengutuk keadaan hanyalah cermin dari sebuah sikap yang x mahu menerima tanggungjawab penuh dan nasib diri sendiri . 


Tidakkah kita pernah bertanyakan dari dasar nurani bahawa kita boleh “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” Tidakkah kita ingin membebaskan diri agar kita boleh mencapai sesuatu yang selama ini kita anggap diluar batas kemampuan kita? Beruntung kita sebagai manusia kita dibekalkan Tuhan dengan kemampuan untuk berjuang , tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami . Oleh itu , teruskan berusaha mencapai apapun yang kita ingin capai . sakit memang sakit, lelah memang lelah, tapi bila kita sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar.


Kehidupan kita akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan kita . bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk kita .




” Ada dua jalan dihutan, dan aku…. 
Aku memilih jalan yang jarang dilalui..
Dan itu telah mengubah segalanya.. “




hahahahaha . 
panjangnye post aku terbaru ni .
ayat pun boleh tahan . 
oleh itu . sebab itu  . 
hahahahaha .
harap korang baca tanpa jemu . 
terima kasih kerana membaca :)




4 comments:

  1. fuyoo...ayat bleh tahan. nt komen cerpen ak tau!

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana berjaya mengharungi jalan pilihan sendiri..
    mungkin ada yang tidak dapat ikut pilihan sendiri atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan...
    anda bertuah...semoga terus berjaya dalam hidup.dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah & terima kasih . semoga berjaya di dunia n akhirat jgk :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...