Thursday, May 29, 2014

Pedulikan mereka


aku ada impian dan aku tahu semua orang didunia ini ada impian sendiri. oleh kerana aku tak pernah menyatakan apa impian aku. maka, kebanyakan mereka memandang aku seorang yang tidak bermatlamat, tidak mempunyai impian. mungkin juga sebab aku selalu mengatakan "follow the flow". setiap apa yang aku lakukan pasti akan dipersoalkan mentah mentah oleh mereka. "kau ni nak jadi apa sebenarnya? sekejap A sekejap B", "boleh ke kau buat?". disaat aku perlukan kekuatan, bukan kata semangat dan sokongan yang aku dapat. tapi kata kata sindiran. kata mereka "mampukah kau?"

perlukah setiap matlamat hidup dan impian dilakarkan dilangit biru. agar seluruh dunia tahu impian mu.
perlukah mengeluarkan kata kata yang menjurus kepada penghina, ibarat kau terlalu kenal siapa dia.
perlukah aku membangga diri dengan setiap apa yang aku ada. sedangkan apa yang aku ada hanyalah pinjaman dan ujian dari yang maha berkuasa.
perlukah merendah rendahkan kredibiliti orang lain. sedangkan kredibiliti kau pun setakat buku lali.

tapi.....
setiap kata kata yang sengaja dicipta untuk mematahkan semangat, aku anggap sekadar ujian dan cabaran dalam hidup aku.
apa yang boleh aku lakukan. pedulikan kata hinaan mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...