Sunday, June 23, 2013

Niat Kerana Allah SWT

Salam,

hari ni 23 June. 26 June dah start first paper. eh, exam around the corner la sayang. huhu. tapi aku tak start study lagi. hehe. malam ni kot. in syaa Allah. lagi pun baru tadi siap hantar last assignment. Alhamdulillah. Tempat praktikal pun dah dapat. So, yg tinggal hanya fokus pada final exam. hehehe

hari ni aku nak share doa belajar yang aku guna start dari exam sem lepas. doa ni member aku yang kasi. Alhamdulillah exam sem lepas pointer aku naik. lebih dari target (bukan nak riak ye). kalau tengok pada usaha aku macam tak percaya je aku boleh dapat pointer macam tu. tapi inilah yang dinamakan kuasa Allah kan. bila kita buat sesuatu kerana Allah, minta pertolongan dari Nya. semua benda jadi senang. ni jugak sebab doa doa dari ibu abah, kawan kawan, lecturer dan diri sendiri.

Doa Belajar


kesimpulan disini, aku nak cakap. buat sesuatu kerana Allah, perbaikikan niat. kalau usaha sampai tak ingat nak makan, tak tidur tapi niat tak betul. sia sia je usaha kita. kita ada Allah, hanya Allah je yang boleh mengubah nasib kita baik atau buruk. so, mintalah pertolongan dari Nya. Doa, Usaha, Iktiar dan Tawakal. hope sangat sem ni pointer aku naik lagi. Amin. doa doakan la ye :)

sesibuk mana pun kita masa musim final ni. jangan lupa solat hajat tapi buat yang wajib dulu ye. kalau solat wajib tak buat tapi buat solat hajat aishhh salah tu. baca al-Quran dan yasin macam biasa. kalau rasa tak cukup masa cuba juga buat. in sya Allah, Allah akan lapangkan dada kita dan bagi kita masa. :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...