Sunday, May 5, 2013

Mimpi bukan mainan tidur.


Salam semua :)

hari ini 5 May 2013 kan ? eh hari mengundi. selamat mengundi kepada semua warga Malaysia. insyaAllah Malaysia akan tetap aman tak kiralah siapa pun pemerintahnya. Ameen. cuaca hari ini Alhamdulillah mendung je.     Allah membantu proses pembuangan undi berjalan dengan lancar. harap harap tak hujanlah. 

Post hari ini bukan nak cerita pasal undi aku, undi kamu mahupun politik. Ada juga teringin nak luahkan idea dan pendapat sendiri di blog ni pasal politik. tapi sebagai student tahun akhir, masa itu teramatlah sedikit untuk diluangkan bersama blog. minggu ni saja ada 2 presentation dan 2 test. tapi 1 pun tak start buat apa apa lagi. cadangnya lepas siap post ni baru nak study. ngeee~

pagi tadi. dalam pukul 10 aku bangun tidur. lambatkan ? eh cutikan. heee. bangun, mandi dan sarapan. lepas tu masuk bilik ambil kertas terus karang assignment. lepas tu, tetiba stop menulis. fikir, fikir, fikir. tau apa aku fikir ? ...............................aku fikir macam mana aku boleh karang laju laju. sedangkan assignment ni lah yang paling aku blur. tak tahu nak start macam mana. fikir fikir lagi. semalam aku ada buat assignment ni ke ? rasanya semalam aku nonton hindustan lepas tu pergi one segamat mall. fikir fikir punya fikir. akhirnya....... terjawab juga. tau mana aku dapat idea ? dalam mimpi wehhhh. tercengang kejap aku. 

Allah tolong aku melalui mimpi. Alhamdulillah. dalam macam macam cara Allah tolong kitakan. teringat Ustaz aku cerita. kalau kita nak dapat mimpi yang baik. mimpi yang boleh ditafsirkan, sebelum tidur buatlah amalan amalan yang baik. contohnya baca buku ilmiah, dengar ayat ayat suci al Quran, tak pun muhasabah diri. bila fikir balik, apa yang aku buat sebelum tidur semalam adalah, aku baca zikir. kebetulan dingding kat sebelah katil aku ada tampal zikir. senior lama yang tampal. disebabkan semalam tidur sorang sorang dalam bilik aku agak susah nak tidur. pusing kiri pusing kanan, baca doa tidur banyak banyak kali. tapi susah juga. sekali terbandang zikir kat dinding. aku baca zikir tu dari atas sampai bawah. dalam samar samar gelap aku dapat juga baca sebab katil aku tepi tingkap dan luar tingkap tu ada lampu. lepas baca zikir tu aku dah tak ingat apa aku buat. mungkin terus tidur kot. 

jadi kesimpulannya, mintalah pertolongan dari Allah kerana Allah akan bantu kita juga dalam macam macam jenis pertolongan. sebelum tidur buatlah perkara yang berfaedah supaya kita akan dapat mimpi yang indah indah. sekian post saya untuk kali ini.  :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...