Sunday, September 8, 2013

Pesanan buat LELAKI.

LELAKI, bolehkah kamu bersangka baik pada kami ?
Kadang-kadang kami yang perempuan ni tak tahu kenapa
tiba-tiba saja rasa takde mood nak melayan bualan
kosong kamu. Tiba-tiba rasa tak perlu nak melayan
kerenah kamu. Ia berlaku secara tiba-tiba...sungguh!
Then, bila kita semakin dekat dengan Allah Taala...
baru saya sedar...kenapa begini, kenapa begitu...
Allah...terima kaseh kerana menjaga hatiku Ya Allah!
Aku hampir lupa bahawa hati ini Engkau yang pegang
Ya Allah. Semoga Allah peliharalah hati ini dari segala
kebinasaan. Allahuakbar!
Aamiinn.

Sunday, June 23, 2013

Niat Kerana Allah SWT

Salam,

hari ni 23 June. 26 June dah start first paper. eh, exam around the corner la sayang. huhu. tapi aku tak start study lagi. hehe. malam ni kot. in syaa Allah. lagi pun baru tadi siap hantar last assignment. Alhamdulillah. Tempat praktikal pun dah dapat. So, yg tinggal hanya fokus pada final exam. hehehe

hari ni aku nak share doa belajar yang aku guna start dari exam sem lepas. doa ni member aku yang kasi. Alhamdulillah exam sem lepas pointer aku naik. lebih dari target (bukan nak riak ye). kalau tengok pada usaha aku macam tak percaya je aku boleh dapat pointer macam tu. tapi inilah yang dinamakan kuasa Allah kan. bila kita buat sesuatu kerana Allah, minta pertolongan dari Nya. semua benda jadi senang. ni jugak sebab doa doa dari ibu abah, kawan kawan, lecturer dan diri sendiri.

Doa Belajar


kesimpulan disini, aku nak cakap. buat sesuatu kerana Allah, perbaikikan niat. kalau usaha sampai tak ingat nak makan, tak tidur tapi niat tak betul. sia sia je usaha kita. kita ada Allah, hanya Allah je yang boleh mengubah nasib kita baik atau buruk. so, mintalah pertolongan dari Nya. Doa, Usaha, Iktiar dan Tawakal. hope sangat sem ni pointer aku naik lagi. Amin. doa doakan la ye :)

sesibuk mana pun kita masa musim final ni. jangan lupa solat hajat tapi buat yang wajib dulu ye. kalau solat wajib tak buat tapi buat solat hajat aishhh salah tu. baca al-Quran dan yasin macam biasa. kalau rasa tak cukup masa cuba juga buat. in sya Allah, Allah akan lapangkan dada kita dan bagi kita masa. :)


Saturday, June 15, 2013

Metal Fortis / Natural 99

assalamualaikum blogger sekalian alammmmm 

post kali ni nak cerita pasal side income aku.
sebagai student degree, lagi lagi student tahun akhir,
ohhh sangat la busy.
mana nak fokus pada pelajaran. mana nak fokus pada business kecil kecilan ni.
so, akhirnya, aku buat keputusan nak publish business aku kat blog.
untung untung dapat tambah pendapatan lebih lagikan. heee
before ni member member rapat dengan classmate aku je yang beli.
pastu berkembang kepada rakan kepada rakan. rakan kepada family dorang.
aku promote ? haha. tak pandai nak promote.
kebanyakan kawan aku je yang tolong promotekan.
kalau aku promote pun secara kebetulan je.

contohnya :
kawan : alaaa, tengok muka aku. banyak jerawat bintik bintik hitam. 
aku : eh. guna la product yang aku jual tu. bintik bintik hitam cepat je hilang. jerawat pun cepat je kecut

haha. itu dinamakan promote secara kebetulan :p

product ni asalnya aku tolong jiran aku jualkan je.
product ni asal dari Indonesia.
aku berani jual sebab takde bahan kimia. semua guna bahan semula jadi.
cuma packaging dia je yang membuatkan orang was was nak beli
tapi orang cakap don't judge the book by it's cover kan ?
haaa. so jangan la pertikaikan packaging dia.
ada je yang di repackaging dalam botol yang lagi elok, cantik.
tapi harga dia pun cantik juga laaa. maksudnya mahal lagi.


Produk ini datangnya dari negera Indonesia yang terkenal dengan negara yang mengamalkan jamu, herba dan bahan-bahan asli. Kalau di Indonesia, ia telah terdaftar BPOM dan diperbuat daripada tanaman herba seperti kunyit dan temulawak.

MANAFAATNYA
~untuk melembabkan dan memutihkan kulit wajah~
~membuatkan kulit nampak lebih sekata~
~menghilangkan jerawat~
~menghilangkan parut-parut dan bekas jerawat~
~menghilangkan lingkaran gelap bawah mata~
~menghilangkan flek-flek hitam~
~mengecilkan pori-pori~
~menyamarkan garis-garis halus yg merupakan tanda penuaan~
~tidak mengandung mercury & hidroquinon~

Terdiri dari:

-Sabun Vitamin E :
Bagi sabun pembersih pula, ia ada campuran EKSTRAK BUAH-BUAHAN,MADU LEBAH DAN COLLAGEN Keistimewaan madu lebah memang sudah diketahui umum dalam memberikan kesihatan dan kecantikan kulit sejak zaman berzaman. Gunakan set produk MF secara teratur dan hasilnya pasti memuaskan hati anda. Ia produk yang selamat dan tiada kesan sampingan, malahan tidak membuatkan kulit kembali gelap atau kusam sekiranya pengguna berhenti menggunakannya. Lagi MF penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. MF bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

-Krim siang (kuning):
Diperbuat dari ekstrak jamur lingzhi yang dikenal manfaatnya mampu memperbaiki permukaan kulit yang rosak, meremajakan, menghaluskan, menghilangkan flek dan noda-noda hitam, mengecilkan pori-pori, mencerahkan, memperbarui warna kulit sehingga kulit menjadi lebih muda dan tampak lebih cerah semulajadi. Ia juga mengandung UV Protection dan vitamin E yang sangat baik untuk menghalang pencemaran, melindungi dari pengaruh sinar matahari dan sebagai penawar radikal bebas.

-Krim malam (putih):
Diperbuat dari ekstrak jamur lingzhi, squalene, vitamin E, vitamin B3, dan arbutin yang berkhasiat memperbaiki tekstur kulit sepanjang malam sehingga kulit lebih cepat beregenerasi dan ternutrisi. Menjadikannya ia lebih halus, lembut dan putih berkilau.

Sabun Vitamin E BPOM NA18120500096
DayCream BPOM CD1004700484
Night Cream BPOM CD1004700483

BEBAS MERKURI, HIDROKINON, MAUPUN ZAT LOGAM LAINNYA
MF merupakan produk daripada INDONESIA yang dijual secara perseorangan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai atau salon kecantikan. Namun keberkesanannya membuatkan permintaan semakin tinggi saban hari. MF boleh didapati secara online melalui kami.

Cara pakai :
* Krim kuning vit. E untuk dipakai siang hari, sapu scara merata dikulit wajah
* Krim malam untuk dipakai malam hari,sapu scara merata dikulit wajah
* Dapat digunakan sebagai alas bedak / pelindung dari sinar matahari

produk dari bahan semulajadi... selamat digunakan...

* Wajah akan tampak bersih dan putih dalam waktu singkat selama 7-14 hari
~ Anda sendiri akan tahu kesahehannya setelah gunakannya, tunggu apa lg..jom order SET METAL FORTIS!!!!!

DIAWAL PEMAKAIAN
*PENGGUNA AKAN MERASA SEDIKIT GATAL,KULIT MUKA KERING,TIMBUL SEDIKIT JERAWAT (PENGGUNA DI NASIHATKAN UNTUK MENERUSKAN PENGGUNAAN SET METAL FORTIS)
TIDAK SEMUA PENGGUNA AKAN MENGALAMI SIMPTOM INI :)



Apa Itu Metal Fortis?
- Metal Fortis adalah set kecantikan muka yang terdiri daripada 3 item iaitu sabun pencuci, krim siang dan malam.

Metal Fortis buatan daripada mana?
- Bandung, Indonesia.

Apa beza Krim Natural 99 dengan Metal Fortis???
- Daripada sumber yg diperolehi dan boleh dipercayai, produk yang dijual atas nama Natural 99 bukan Metal Fortis punya. Namun begitu NAMA NATURAL 99 ITU ADALAH HAK MILIK SEPENUHNYA METAL FORTIS. METAL FORTIS ADALAH METAL FORTIS. Tapi krim yang digunakan oleh Metal Fortis iaitu NATURAL 99 (sebagaimana dalam album Metal Fortis dan Krim Racikan Vitamin E) MEMANG MILIK SEPENUHNYA METAL FORTIS ASLI DAN ORIGINAL.

Metal Fortis sesuai untuk peringkat umur berapa?
- Sesuai untuk semua peringkat umur

Adakah lelaki boleh gunakan?
- Ya, produk ini sesuai untuk lelaki dan juga perempuan

Apa kelebihan produk ini?
- Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam
- Untuk pencerahan kulit wajah
- Untuk merawat kulit kusam dan warna kulit tidak sekata
- Untuk mengatasi masalah jerawat ( mengecut, memudar dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat )
- Berupaya memudar dan menghilangkan jeragat
- Mengecilkan pori-pori
- Menjadikan wajah awet muda
- Membuat wajah bersih dan berseri
- Kulit akan kelihatan licin dan gebu

Apakah kandungan bahan dalam produk ini?
- Produk ini hanya mengandungi 100% bahan semula jadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan E, tanaman herba seperti kunyit dan temulawak. TIDAK ADA LANGSUNG KANDUNGAN KIMIA DAN MERKURI. Jika anda ragu-ragu tentang produk ini, elok jika tidak menggunakannya.

Krim putih untuk apa? Krim Kuning untuk apa?
- Krim putih untuk dipakai malam hari
- Krim kuning untuk dipakai siang hari

Adakah produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM?
- Tidak. Ini kerana memandangkan produk ini didatangkan daripada Indonesia dan dikilangkan disana, maka produk ini belum mendapat kelulusan dari KKM. Namun begitu, ianya telah mendapat kelulusan klinikal di sana.

Adakah produk ini ada set percubaan?
- Tidak, ini kerana produk ini datang dengan packing asal yang kecil sebagaimana dalam gambar.

Berapakah tempoh masa krim ini boleh habis?
- Bergantung kepada pemakaian pengguna. Ada yang guna selama sebulan dan lebih.

Ketahanan produk ini / luput?
- 2 Tahun

Bagaimana nak bezakan Metal Fortis Original dan Tiruan?
- Biasanya Metal Fortis tiruan boleh didapati di Pasar Malam dan Pasar Tani dengan harga yang sangat murah.
- Krimnyer lebih pekat sedikit dan bewarna gelap
- Metal Fortis ASLI dan ORIGINAL tidak ada TONER.

Bolehkah penggunaan produk Metal Fortis di campur guna dengan produk lain?
- Apa-apa produk yang kita guna, adalah sangat tidak digalakkan untuk dicampur dengan produk lain. cubalah setia dengan penggunaan 1 produk yang kita guna, tidak kira sama ada produk itu murah ataupun mahal.

Adakah boleh dipakai dengan toner?
- Ya, untuk kesan yang baik, penggunaan apa-apa toner sekalipun adalah sangat digalakkan. Penggunaan toner sekadar untuk melembapkan kulit. Dan hasil penggunaan toner akan lebih nampak menarik. NAMUN BEGITU, SUKA DIINGATKAN SEKALI LAGI METAL FORTIS ASLI DAN ORIGINAL TIDAK DIDATANGKAN BERSAMA TONER!!! Penggunaan toner yang mengandungi kolagen disyorkan, seperti toner pati halia yusmira kolagen.

Kalau pakai placenta, boley pakai krim malam x?
- Seelok-eloknya tak digalakkan.

Adakah produk ini menggelupas?
- Kulit muka seseorang dengan seseorang yang lain adalah berbeza. Justeru penggelupasan mungkin ada, mungkin tiada bergantung pada kulit muka seseorang individu itu.
- Jika ada penggelupasan pun, penggelupasan itu tersangatlah halus dan tidak teruk.

Adakah produk ini akan menyebabkan kegatalan di muka semasa ianya sedang digunakan?
- Ada org gatal, ada orang tidak. Ianya bergantung pada kulit muka seseorang. Ada orang gatal , ada org gelupas dan ada org gtl dan gelupas. Proses itu adalah biasa dan tak perlu risau kerana ianya hanyalah sementara sahaja.

Kenapa ada keluar jerawat kasar dan ada yang halus?
- Kiranya ada keluar jerawat yg halus atau kasar, tak perlu risau kerana itu biasa. Biarkan jerawat itu keluar dan jangan diusik dengan tangan. Dengan pemakaian krim Metal Fortis jerawat itu akan kecut, pudar dan hilang. Jerawat yang kuar itu bukan saja untuk keluarkan darah kotor dan buang sel kulit mati tapi juga untuk digantikan dengan sel kulit baru. JADI JANGAN PANIK KALAU TIBA-TIBA KELUAR JERAWAT.

Boleh makeup ker?
- Ya, boleh makeup! Boley saja nak makeup pakai lipstik, eyeshadow, eyebrow, eyeliner dan mascara.Tapi bagi pengguna baru penggunaan bedak tidak digalakkan. Bedak boleh digunakan sekiranya kulit kita betul-betul licin dan bebas gelupas dan jerawat. Sekiranya penggunaan bedak di sapu ke kulit muka dalam tempoh penggunaan Metal Fortis, ianya dikhuatiri liang roma tersumbat dan akan lebih banyak jerawat keluar. Berbedaklah sebanyak mana pun yang anda inginkan setelah anda yakin kulit muka anda telah licin dan bebas daripada gelupas. Di awal penggunaan saya memakai Metal Fortis, saya memang tidak pakai bedak langsung hanya dengan memakai krim siang Metal Fortis sahaja. Hasilnya kulit muka memang tersangat lah licin dan berseri. Hingga kini, saya langsung tidak memakai bedak, kerana saya sangat sukakan krim siang Metal Fortis. Bagi sesetengah orang krim siang Metal Fortis berminyak...TAPI, TIDAK BAGI SAYA, KRIM SIANG METAL FORTIS BUAT KULIT MUKA SAYA BERKILAT DAN NAMPAK GLOWING!!!

Berapa lama boleh nampak kesan penggunaan Metal Fortis?
- Bergantung kulit muka, average dalam 3-5 hari dah boleh nampak, ada org seminggu, ada org nak masuk 2 minggu. Kesan yang betul-betul ketara dalam sebulan, Insyallah.

Untuk jeragat boleh?
- Ya, bukan hanya jerawat boley diatasi, tetapi juga, masalah jeragat mampu di atasi dengan penggunaan Metal Fortis.

Untuk preegy mum boleh?
- Bagi wanita mengandung boleh guna, kerana produk ini tidak mengandungi chemical yang boleh memudaratkan bayi. Namun, pandangan saya penggunaan produk ini digalakkan selepas berpantang, risau sekiranya berlaku kemudaratan.
Tapi, ada juga pelanggan yang menggunakannya semasa hamil.

Adakah perlu krim malam dipakai tiap-tiap malam?
- Ya, untuk pengguna yang baru menggunakan produk Metal Fortis ini, penggunaan krim malam MEMANG SANGAT DIGALAKKAN PAKAI TIAP-TIAP MALAM SEHINGGA KULIT MUKA BETUL CANTIK DAN LICIN DAN BEBAS DARI SEGALA PENGGELUPASAN SEKIRANYA ADA.
- Jika yakin kulit muka anda telah licin and so on, penggunaan krim malam tidak perlu lagi dipakai tiap-tiap malam. Anda boleh pakai selang malam. Samaada selang 1 malam atau 2 malam.

Jika stop pakai Metal Fortis ada kesan x?
- Tidak ada apa-apa kesan. Anda boleh jer stop pakai bila2 masa sahaja jika berkehendakkan begitu. Pokok pangkalanya semuanya terletak atas kita, kalau rasa nak cantik teruskan pakai, kalau rasa dah cukup cantik @ ingin mencuba produk lain anda boleh sahaja stop pakai.

Soalan Dan Jawapan saya sediakan khas untuk pelanggan saya. Soalan-soalan ini adalah soalan yang biasa ditanya pelanggan kepada saya dan jawapannya berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan produk Metal Fortis selama setahun hingga kini, pengalamanan daripada femili dan pelanggan saya yang menggunakannya. Jika masih ada keraguan tentang Metal Fortis, boleh berhubung terus dengan saya. Sila mohon kebenaran dari saya untuk share atau copy paste soalan dan jawapan ini.

Psssssssst!!!! Last but not least, NAK CANTIK PERLULAH BANYAK BERSABAR :) Hehehehe


Harga : RM60/set
postage : semenanjung RM6 / sabah & sarawak RM10

sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 0139975303 (mesej/whatapp)

Sunday, May 5, 2013

Mimpi bukan mainan tidur.


Salam semua :)

hari ini 5 May 2013 kan ? eh hari mengundi. selamat mengundi kepada semua warga Malaysia. insyaAllah Malaysia akan tetap aman tak kiralah siapa pun pemerintahnya. Ameen. cuaca hari ini Alhamdulillah mendung je.     Allah membantu proses pembuangan undi berjalan dengan lancar. harap harap tak hujanlah. 

Post hari ini bukan nak cerita pasal undi aku, undi kamu mahupun politik. Ada juga teringin nak luahkan idea dan pendapat sendiri di blog ni pasal politik. tapi sebagai student tahun akhir, masa itu teramatlah sedikit untuk diluangkan bersama blog. minggu ni saja ada 2 presentation dan 2 test. tapi 1 pun tak start buat apa apa lagi. cadangnya lepas siap post ni baru nak study. ngeee~

pagi tadi. dalam pukul 10 aku bangun tidur. lambatkan ? eh cutikan. heee. bangun, mandi dan sarapan. lepas tu masuk bilik ambil kertas terus karang assignment. lepas tu, tetiba stop menulis. fikir, fikir, fikir. tau apa aku fikir ? ...............................aku fikir macam mana aku boleh karang laju laju. sedangkan assignment ni lah yang paling aku blur. tak tahu nak start macam mana. fikir fikir lagi. semalam aku ada buat assignment ni ke ? rasanya semalam aku nonton hindustan lepas tu pergi one segamat mall. fikir fikir punya fikir. akhirnya....... terjawab juga. tau mana aku dapat idea ? dalam mimpi wehhhh. tercengang kejap aku. 

Allah tolong aku melalui mimpi. Alhamdulillah. dalam macam macam cara Allah tolong kitakan. teringat Ustaz aku cerita. kalau kita nak dapat mimpi yang baik. mimpi yang boleh ditafsirkan, sebelum tidur buatlah amalan amalan yang baik. contohnya baca buku ilmiah, dengar ayat ayat suci al Quran, tak pun muhasabah diri. bila fikir balik, apa yang aku buat sebelum tidur semalam adalah, aku baca zikir. kebetulan dingding kat sebelah katil aku ada tampal zikir. senior lama yang tampal. disebabkan semalam tidur sorang sorang dalam bilik aku agak susah nak tidur. pusing kiri pusing kanan, baca doa tidur banyak banyak kali. tapi susah juga. sekali terbandang zikir kat dinding. aku baca zikir tu dari atas sampai bawah. dalam samar samar gelap aku dapat juga baca sebab katil aku tepi tingkap dan luar tingkap tu ada lampu. lepas baca zikir tu aku dah tak ingat apa aku buat. mungkin terus tidur kot. 

jadi kesimpulannya, mintalah pertolongan dari Allah kerana Allah akan bantu kita juga dalam macam macam jenis pertolongan. sebelum tidur buatlah perkara yang berfaedah supaya kita akan dapat mimpi yang indah indah. sekian post saya untuk kali ini.  :)

Wednesday, April 24, 2013

cuti mid sem, kita happy !

assalamualaikum.....

hahahaha

maaf. tak gila lagi
dan tak nak gila !
kita gelak sebab nak tenangkan fikiran.
macam macam dalam fikiran ni.
taip pun laju-laju
perghh terer kau Jojo.
eh ? ayat dari hati atau dari otak ni Jojo ?

hari ni cuti.
cuti sem laaa.
sepatutnya jiwa setenang air di sungai.
tapi sekarang hati bergelora seperti ombak dilaut.


fikiran kita dibuli.
kita mampu diam.
sebab kita kalah.
kita angkat bendera putih.
redhalah.
kita dah penat.
nak berperang dengan ramai.
sedangkan kita sorang sorang je.
betul atau salah,
kita tetap kalah.

kita punya perasaan ditolak tepi.
dilenyek hina.
tapi, salah kita juga.
biarkan fikiran tersepit dalam diri.

apa kau rasa.
kau tulis dilangit biru.
apa kita rasa ?
kita tulis dalam hati.
pedih perit tanggung sendiri.

air mata ini hanya disaksikan Allah.
sebab hanya Dia yang memahami.

kita tahu, ini ujian Allah.
mungkin juga kesulitan ini datang disebabkan dosa silam.
mungkin juga dosa semalam.
maafkan kita Allah.
kita selalu terlupa, alpa.
kita janji nak berubah. tapi kadang kadang kita terpesong.


alhamdulillah. syukur atas ujian yang Allah berikan.
tanpa ujian ini. munkin kita lupa siapa kita.
yang hanya manusia kecil.
tiada siapa peduli kisah kita.                                                              
tapi Allah peduli.





Sunday, April 14, 2013

muhasabah diri. cinta hak milik Allah.

dalam kehidupan,
Allah sering bagi kita nikmat.
begitu juga ujian.
nikmat selalu datang setelah kita berjaya harungi ujian Allah.

sebagaimana nikmat Allah yang lain,
pasangan kita juga adalah satu ujian
dan selalunya Allah akan menguji kita
melalui perkara yang paling kita cintai
sengaja Allah pertemukan dan memberi konflik
supaya Allah dapat lihat, cinta siapa yang paling selayaknya.
not toward our spouse, but him, the creator.
kalau betul cinta kita kepada Allah sebagaimana yang selalu kita perlaungkan
maka perit atau tidak, harus juga meredhakan pilihan Allah
keran itu pilihan terbaik

ya, at the end of the day.
cinta itu hanyalah satu ujian
kadang kala cinta manusia ditarik pergi oleh Allah
kerana Dia mahu manusia itu sedar kembali
tentang kepada siapa dia perhambakan diri
pada tuhannya atau peasangannya ?
tak perlu perhambakan cinta pada manusia.
kerana cinta itu hanya milik Allah selayaknya.

maka kesimpulan dari aku,
cintailah seseorang dimana keperibadiannya,
ketaqwaan, kemuliaannya sentiasa dekat dengan Allah
secara tak langsung dia boleh memimpin kita kearah Allah
atau lebih tepat lagi cinta si dia kerana Allah.

muhasabah diri. renung renungkan. sekian :)

al-fatihah buat makcu


arwah makcu pergi meninggalkan kami.
pemergiaan arwah secara tiba tiba
yang mengejutkan seluruh saidin's family
yang pergi tetap pergi
yang ditinggalkan haruslah meneruskan kehidupan.
semua orang sedih. aku juga.
tapi apa yang membuatkan aku lagi sedih
sebab aku tak ada disisi kazen aku disaat dia tengah sedih.
sudah 41 hari berlalu,
apa yang aku dapat lihat.
sejuk hati melihat perubahan kazen aku.
sekurangnya dengan pemergiaan arwah
telah memberi seribu keinsafan kepada orang lain
kazen aku sudah mula memakai hijab.
katanya akan terus berhijab.
dia pun makin lebih berdikari.
lebih bertanggungjawab.
alhamdulillah.
sesungguhnya pintu keinsafan itu sentiasa terbuka.


setiap orang akan pergi meninggalkan kita
alfatihah dikirimkan.
begitu juga dengan kita.
selagi kita boleh berubah kearah kebaikan
teruskanlah.
selagi belum terlambat.

INSYAALLAH :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...