Showing posts with label copy paste. Show all posts
Showing posts with label copy paste. Show all posts

Friday, August 12, 2011

♥ Sebelum Engkau Halal Bagiku ♥



 بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم








ღღ ANA UHIBUKKA LADZI AHBABTANI LAHUUღღ


Alhamdulillaah…..
Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Selawat serta salam sentiasa dicucuri rahmat kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Shalli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan", Semoga Allah memberkati kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah​ dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

Yaa Rabbi..Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum Amiin ya Rabbal'alamin.

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah,aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap insan & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh,berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu . tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurgaNya pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah . sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu . namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini . aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku . mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga kita pasti ada senda guraunya . Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalan-Nya . kerana telah ku pilih jalan-Nya . hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya . dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya

Dunia ini sudah tidak lama lagi . jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya . tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah . kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya . jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku . dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Thursday, August 11, 2011

6 jenis wanita mudah di tipu



1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki

Sudah sayang, jadi apa saja yang lelaki/pasangan katakan, kepercayaan adalah 100 peratus. Bukan kena percaya pasangan separuh atau tidak sepenuhnya tetapi jangan mudah percaya membuta-tuli dan menerima apa saja tanpa menggunakan akal fikiran yang waras.

Contoh mudah: Pasangan anda berkerja sebagai seorang kerani dan gajinya sebanyak RM1,000 sebulan bersih. Anda pula memang tahu status kewangan dan cara perbelanjaannya. Dia ada banyak tanggungjawab, bil untuk dijelaskan setiap bulan dan sebagainya. Kira gajinya cukup-cukup saja.


Satu hari, dia belikan anda cincin emas berharga RM700. Anda tanya, mana dapat duit, dia kata lama menyimpan untuk memberi anda kejutan. Boleh terima.

Bila anda tengok pakaiannya pula, semuanya berjenama. Dia mula berbelanja sakan dan untuk anda pun, macam-macam barang dia belikan. Anda tanya lagi, mana dapat duit? Dia jawab, ada berniaga dengan kawan. Anda terus percaya.

Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya apa yang ditanya atau diragui pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan saja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa saja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain?

Jadi, jika anda berasa ragu, tanya pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan. Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuai. Percaya sepenuhnya atau sebarangan boleh meletakkan anda dalam bahaya.

2. Wanita yang `terdesak’ untuk berkahwin

Usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri.

Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, wanita berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat usianya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Risau usia semakin meningkat, ditambah pula dengan tekanan daripada ibu bapa, pandangan masyarakat, dan juga kerisauan terhadap peluang untuk mendapatkan cahaya mata yang semakin kurang jika berkahwin lambat.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh `terlepas pandang’ mengenai sikap, kualiti dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu.

Wanita yang berkahwin lewat pada zaman ini pula kebanyakannya berkerjaya, secara tidak langsung bermakna mereka mempunyai tahap kewangan yang stabil. Ini memungkinkan wanita begini menjadi mangsa `buaya profesional’, yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda wanita seperti ini, ingat...biar lambat, asal selamat!

3. Wanita `sosial’

Wanita yang sosial, suka pada hiburan malam, berparti, disko, pergaulan bebas dan berpegang pada falsafah `masa muda inilah nak berseronok dan rasa macam-macam’, mereka sebenarnya `mengiklankan’ diri kepada spesies lelaki pemangsa wanita.

Bersosial tanpa batasan adalah antara resipi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu (dalam pelbagai aspek) oleh lelaki tidak bertanggungjawab.


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu

Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah berjela-jela dari universiti terkenal.

Wanita berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak `terpilih’ lelaki penipu dan berbahaya. Jika dia `terjebak’ sekali pun dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Wanita berilmu juga bermaksud wanita yang tahu haknya sebagai wanita dan isteri. Wanita yang berilmu berani `membetulkan’ keadaan dan mempertahankan haknya apabila perhubungan atau perkahwinannya terganggu atau diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri.

Wanita berilmu mampu menjadi pasangan atau isteri yang sentiasa menjadi kebanggaan pasangan atau suami.

5. Wanita yang memandang faktor fizikal sebagai satu ciri utama pada lelaki idamannya

Mudah jatuh cinta dengan lelaki kacak, comel atau macho serta mempunyai susuk tubuh yang menggoda?

Wanita perlu ingat, semakin kacak dan seksi seseorang lelaki itu, semakin usaha perlu digandakan meningkatkan `sistem pertahanan diri’.

Perlu diingat, paras rupa dan susuk tubuh tidak sepatutnya menjadi ciri utama lelaki idaman wanita. Ia seharusnya hanya menjadi ciri bonus yang ada pada lelaki.

6. Wanita yang sabar tidak bertempat

Wanita seperti ini boleh dikategorikan sebagai jenis yang selalu `makan hati berulam jantung’ atau mungkin juga `makan tangan berulam kaki’. Dia didera secara mental dan fizikal oleh pasangan, tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan atau suaminya, tetapi masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar, dia terseksa dan tertekan.

Wanita begini sentiasa berharap pasangannya akan berubah pada satu masa nanti. Tidak salah bersabar tetapi jika kesabaran itu akhirnya membawa mudarat kepada diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan.

Terus bersabar walau diperlakukan apa saja oleh lelaki atau pasangan seolah-olah memberi `lesen’ kepada pasangan untuk terus mendera, menipu dan menghina maruah wanita. Ingat kata orang dulu-dulu, 'sabar biarlah bertempat’.


www.mesra.com

Wednesday, August 10, 2011

Ku Tunggu Pinangan Mu :)


Engaged by shadistic Ku Tunggu Pinangan Mu




♥ Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu . Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahawa kita sedang bermaksiat . Kau puji diriku ,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai dalam rayuanmu . Tidak.. tidak akhi , kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku . Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu . Engkaupun sebenarnya tahu , hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada dekat kita . Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Jagalah sikapmu pada kami , maka akan kami jaga sikapku padamu , kami lemah akan sanjunganmu . Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami, cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari ke redhaan suami kelak . Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami , tentu Allah tak akan pernah ridha pada kami . Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami , santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kan kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami . kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami , bukan malah membawa pada kesesatan . Agar kau mampu menjaga kami secara utuh , Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kebijaksanaan ataupun Fatimah dengan kelembutannya . Tapi kami akan berusaha selayaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu . Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar, tetapi kau akan menjadi hebat seperti Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami memerlukan imam yang boleh menjaga keimanan , bukan yang mebawa kami pada jurang maksiat . Maka datangilah waliku akhi.. ku tunggu pinanganmu..


♥ Sungguh , kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati , tetapi kami tak akan mempertaruh pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan . Bila kau memang jatuh cinta pada kami , jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan menuntutmu untuk berbuat nista . Izinkan kami menjaga hatimu , agar kita boleh menjelang bersama JannahNya . Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..



Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah 
jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan 
dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru,
Maka katakanlah,
 kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya 

“( Fii Zilalil Mahabbah )”



Tuesday, June 21, 2011

matematik & logik

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Mereka berdua berjalan pulang melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba



mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka...







M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku kuatir dia bermaksud jahat.







L : Itu hal yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la.







M : Alamak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berjaya tangkap kita. Adoh hai, apa yang harus kita buat?.







L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.







M : Itu tidak banyak membantu laa, macammana ni.







L : Tentulah tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.







M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua minit setengah je lagi...







L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.







Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan kawannya.







Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.







M : Oh Syukur ya Allaaaaah.. Kawan aku tiba dengan selamat, Eh macamana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?







L : Yelah, Setelah kita berpisah dia terus mengikuti aku.







M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan engkau?







L : Sesuai dengan logik aku, teruslah aku lari sekuat hati dan lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.







M : Dan... dan..







L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku ditempat yang gelap...







M : Jadik.. Apa yang engkau lakukan?







L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.







M : Alamak... jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?







L : Sesuai dengan logik... Dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...







M : Alamak... jadi apa yang berlaku?







L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh, langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni... So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.







M: Ha ha ha ha Memang logik.

2011 full of awesome :)

TAHUN INI KITA AKAN MENGALAMI 3 TARIKH YANG JARANG BERKLAKU DALAM SETAHUN IAITU 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 SERTA BUKAN ITU SAJA,CUBA AMBIL 2 NOMBOR AKHIR TAHUN KELAHIRAN KITA & TAMBAH DGN UMUR KITA PADA TAHUN INI KEPUTUSANNYA IALAH 111!!!..PD BULAN OKTOBER NNTI AKAN ADA 5 KALI HARI ISNIN,5 KALI HARI AHAD & 5 KALI HARI SABTU...INI HANYA AKAN TERJADI SETIAP 823 TAHUN.

-dari page dato' sahol-
subhanallah...alhamdulillah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...