Wednesday, April 25, 2012

love bite from Charlie

assalamualaikumm

mid term break doesn't meant holiday ok

betul ke ayat aku tu ? lantak la asalkan ada org faham..ada ke ? haha

walaupun banyak assignment tp aku tetap gagah mengupdate belog hari ini

-______________-"




charlie ? siapa plk charlie ni ?
charlie angels ?
charlie and the chocolate factory ?
ahhh..buat apa nak cerita pasal movie movie lapok tu..
eh..ke charlie chaplin ? siapa tu ?
aku nak cerita pasal charlie yang datang ganggu hidup aku lagi buat kali ke dua..
kita ada dendamkah charlie ?
sampai kau tinggalkan kesan dalam hidup aku =.="




bila google..gambar ni yang keluar..
oh..cis binatang kau charlie !
charlie ni sejenis serangga perosak
yang suka menghilangkan kechomelan si gadis dan kemachoaan si jejaka.
tapi jangan main-main. orang kata, kecik-kecik cili charlie..kena gigit, naya o.
kalau korang rase makhluk ini chomel dan nak buat binatang peliharaan
sila lupakan hasrat anda serta merta yee.


sejam tadi..masa tgh layan fb..tetiba rasa gatal plus pedih di tangan
bila tgk wadefak oh gila charlie buat kali ke 2..
1st time aku kena masa diploma di uitm kelantan dulu..


nampak tak ?




















ni masa diploma dulu..comel je..bentuk Y !
























memang seksa la bila kena love bite dengan charlie.
merana hidup..pastu sekali kena, bukan surut tak kena dah lepas tu 
ia bkn macam kena chicken pop. 
lepas kena sekali, kita akan kena lagi berpuluh-puluh kali..adoyyy

ni pun nasib kena kat tangan je..
lau kena kat muka..perghhh lagi naya oooo..
tak nampak dah jerawat aku..yang nampak luka charlie ni..wuhuuu
dia punya parut bkn senang nak hilang..
mau bertahun tahun..tak pun tak hilang terus..

tapi bagi aku, orang bertuah je yang kena charlie ni
orang tua-tua kata, cuma orang yang cun/hensem je kena gigit cali.
binatang pun pandai pilih rupa paras rupanya.
jadi. sapa yang penah kena gigit cali, sila bangga sekarang.
eh kejap ! orang tua kata ke aku yang kata..
ok..nampak sangat tipu disitu !

ingat lagi masa 1st kena dulu
orang kata kena gigit charlie..
tapi bagi aku bukan..
aku kata ni tanda aku nak dapat kuasa..
mungkin ada 7 orang yang ada tanda charlie mcm aku
bila aku da jumpa 7 orang tu..baru lah aku boleh bergabung selamatkan dunia
macam cerita heroes gitu
ohhh stop dreaming la Jojo..


dari sumber yang aku dapat.
tah betul ke tidak.
nak bunuh cali cuma ada 1 cara je. 
seletep dia pada lantai..takleh pukui dia atau bunuh direct macam lastik cicak. 
sebab, nanti kawan-kawan dia boleh bau kawan dia kena bunuh..
diorang datang lagi ramai-ramai serang. haaa..

korang memang tak kan perasan bila kena gigit ngan Charlie ni.
alih-alih dah merah and rasa pedih je.
selalunya budak-budak yang dok asrama akan tahu la pasal charlie ni.
kalau bilik mengadap hutan memang sangat lah kena berhati-hati !!!
sebelum tidur tu, kibaslah sikit katil korang yee.
rajin-rajin sapu bilik sebab charlie nih kecik gila. susah nak perasaan dia.

bila dah tau kena charlie tuh, cepat-cepat jumpa doktor mintak ubat !
kalau tak, boleh melarat sampai nanah2 siap.
memang amek masa sikit nak hilangkan parut charlie nih.
jadi marilah kita sama-sama BEWARE dengan kehadiran makhluk kecik berbahaya ini !



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...