Thursday, February 9, 2012

Aku cuma seorang An-Nisaa


Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..Diriku bukan setabah Ummu Khadijah. Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah. Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah. Mahupun sehebat Ummu Sulaim Dan tidak seteguh Aisya Humaira Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman


Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhuwah sentiasa dipinggirkan




Wahai Kaum Hawa, kita cuma An-Nisaa. Para pendosa yang terbanyak di neraka. Lantas walau tak setabah para Mujahidah. Namun Tabahlah pada ketetapan Allah Kerana padanya ada Syurga! Walau tak semulia para wanita sirah Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara kerana padanya ada Pahala! Walau tak sesabar para wanita solehah Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam. Bukan untuk ditindas kerana lemah Tapi untuk dilindungi kerana Indah dan Indah apabila tertutup terpelihara Kerana disitulah terjaganya Syahadah Bak mekarnya wanita dalam sirah Tuntunlah kami ke arah syurga..Bicara dari An-Nisaa yang hina..Makbulkan doaku..Aamiin Ya Rabbal A'lamin...


Image Detail
buat peringatan bersama :)

Wednesday, February 8, 2012

awak, nyanyikan saya satu lagu boleh ?


setiap perempuan mengimpikan lelaki idaman mereka menyanyikan lagu untuk mereka
oh so sweet
lebih-lebih lagi lagu yang direka sendirikan
begitu juga dengan aku
tapi ada ke ? ade ke ? ada ke yang sudi ?
ohhh pleaselah Jojo !

kalau aku la kan aku nak dia nyanyikan aku lagu ni
"rain over me"


haha
boleh tak agak-agak awak nyanyi lagu ni kat saya ?
bukan part yg ai ai ai tu
tapi part yang rap tu..
yg si botak tu nyanyi..
boleh ?
haha
tapi liriknya
erk ! =.=


ok la kalau tak boleh
nyanyi lagu ni pun boleh la

hehe

Monday, February 6, 2012

Jelajah KL bersama mereka


bersama mereka ? erk..ko xde tajuk lebih menarik ke ?
-___________-"

mereka ? siapa mereka ?

mereka adalah housemate aku..nad n atie :)

tujuan sebenar nak ke UiTM Shah Alam..nak ambil aku punya transkip n sijil konvo..konvo pergi tp transkip n sijil aku x sempat ambil..nak x nak terpaksa la aku turun KL dulu sebelum balik KB..disebabkan aku x tahu jalan2 kat Shah Alam tu jadinya aku ajak la Atie n Nad teman aku..

ko pergi naik apa Jojo ? haha..kereta..oh tidak sama sekali..x rock la naik kereta..disebabkan sehari tu 24 jam so ktorg ambil keputusan naik pengangkutan awam je..lebih2 lagi semua ada kad touch n go n rapid so mmg senang nak gerak la kan..hehe

pukul8 pagi aku dah gerak dari rumah..awal ? mmg pun..terpaksa gerak awal sbb nak tumpang kakak aku pergi kerja..kakak aku drop aku kat LRT setiawangsa..maka naik la aku sorg2 LRT tu menuju ke KL Sentral..
Jumpa Atie n Nad kat KL Sentral..breakfast kejap kat McD..pastu terus gerak naik bas..dalam kul10 lebih bari dapat bas..Bas no 80 k..hee..bas tu berhenti kat sec 2..pastu ktorg ambil bas terus ke UiTM..mula2 sesat jgk..cari2..tanya sana2..last2 jumpa juga..tak sampai 10 minit pun ambil transkip n sijil tu tp jalan naik turun nak ke pejabat konvo tu punya la lama.. :(

aku n nad
kat library uitm s.alam
muka happy gila..akhirnya dapat jgk sijil konvo aku..



 sy student uitm segamat :)


 dan juga bekas student uitm machang
(aku x suka kalau gambar aku snap dari atas. mata aku jadi juling derr !)

oyeah2~ 
kau ada?


atie, nad n jojo

ktorg tunggu bas dalam 30 minit..naik n turun di sec 2 balik..pastu ambil bas turun LRT..dari LRT turun KLCC..jalan2 jap..pastu g Pavillon..destinasi akhir Time Square..pusing2 pastu makan di kanny rogers..

bear2 datang dari seluruh dunia di pavillon

ala..comey3 !



masa untuk makan :)


dalam kul5.30 ktorg berpecah balik..aku n nad naik monoral ke KL sentral..pastu berpecah..aku naik LRT n Nad naik bas..Atie naik monoral terus sampai rumah..


penat ? of course penat..tp aku enjoys..semua problem hilang bila bersama kawan2 :)


Sunday, February 5, 2012

bicara tentang politik



Politik ? UMNO..PAS..DAP..MCA..bla bla n bla mana 1 aku sokong ?


sudah tentu aku sokong





huahaha
opss..sorry2~
aku terlupa yang aku dalam mood serious
be serious Jojo !



erk.. maaf byk2 kerana aku mmg benar2 jahil ttg politik. Segala jawapan aku adalah andaian aku sendiri berdasarkan keterangan dan pemerhatian sekeliling aku ..walaupun orang-orang sekeliling aku semuanya hebat-hebat berpolitik termasuk ibu dan abg long aku sendiri tapi aku tidak..bagi aku, walaupun diumur 22 tahun aku sudah boleh mengundi, membuat pilihan parti mana yang layak untuk aku bernaung tapi aku masih ada urusan yang lebih penting..Yup, sangat penting. penting untuk melihat ibu bapa aku bahagia dengan kejayaan aku. mengumpul ilmu dunia sehingga aku fasih dalam ilmu dunia barulah aku boleh bercakap..bercakap sesuatu yang sahih..bercakap pun perlu ada ilmu..memang benar ilmu politik juga sebahagian ilmu dunia..tapi aku masih belum layak..tapi aku akan cuba untuk memahami apa itu politik sebenar..politik sebanar dan bukan politik kotor..kalau aku bercakap tentang politik tanpa ilmu dan bercakap sesuatu yang salah bukankah ia akan menjadi isu fitnah..dan sesungguhnya fitnah itu sangat keji..Tiada niat nak bercakap pada mana2 pihak yg aku sendiri tidak tahu akan perjuangan mereka..bagi aku semua parti politik memegang objektif yang sama iaitu memuaskan hati rakyat demi kesejahteraan negara termasuklah pembangunan dan pendidikan negara..tapi disebaliknya Allah hu alam..bak kata abg long "kita tidak mampu mencari parti politik yang baik, kita cuma mampu mencari parti politik yang kurang jahat"...Maaf sekali lagi =)

si kecil yg belum fasih ttg politik cuba berbicara..gara2 program yg aku join pg td..program media sosial 1 Malaysia



ahli panel
kepincangan prs kel dr perspektif sej n islam dan masa hadapan
teringat kata2 salah sorg ahli panel 
"maklumat yg diperolehi dan akan disebarkan mestilah tepat,nyata n jitu..jgn meraban..kaji dahulu"


 
gambar agak berkualiti sbb gambar curi dr fb dot dot dot
auditorium kompleks jabatan kebudayaan dan warisan negeri kelantan

dipenuhi oleh gelombang merah..aku jgk turut berpakaian merah..kikikiki~

abg long berucap wakil mahasiswa..kih3
"hilir pakai ipad"

  gimik a.k.a program last

program yang agak santai..best..ilmu yg padat
tp masa program ni berlangsung..aku banyak main2..
disebabkan mengantok teramat sgt terpaksa aku buka phone main game sudoku
super n pro sudoku ok !
heeeheeee~



tak kisah parti mana pun..
yang penting saya rakyat Malaysia yang mahukan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman


luahan dari seorang pemerhati bebas tanpa lesen~
mengarang sambil layan lagu tamil..erk !

Thursday, February 2, 2012

BERDIKARI~


Berdikari @ berdiri diatas kaki sendiri..ye lah..x kan di atas kaki kau plk..

BAB MAKAN

bila perut betul-betul dah berkeroncong..
sampai tahap dah nak kena gastrik, baru lah mulut mula bersuara..

anis kau nak makan apa hari ni..?
kau nak makan apa..?
dia soal aku balik..and aku tanya balik..
kau nak makan apa..? 
then..dia soal aku balik..

ulang2 sampai 100x ..akhirnya aku jgk buat keputusan..masak nasi goreng aje lah..kedapur..
melukut di depan peti ais..tenung2 peti ais..geledah sana sini cari bahan..keluarkan bahan..

anis..bawang ni nak potong ke tumbuk..
kau rasa? 
mcm biasa..aku tanya n dia soal aku balik..haha..
potong aje lah..jimat masa..

anis..cuba rasa..ok x..
erm..entah..ok kot..
kot ?..
xsedap..tp xtau apa yg kurang..

erk..apa lg..tambah kicap banyak2..last2 nasi goreng kitorang x masin x tawar..
tp manis semanis senyuman ku..wuhuhu~

2 3 4 hari ulang menu yang sama..kononnya nasi goreng aku lah paling sedap..tiada tandingannya di dunia ini..sekadar jaga hati dan perasaan sendiri..kalau tak mau je aku menangis smbil makan nasi teringat masakan ibu di kelantan..perghh..sambal belacan..melelehhhh..tapi apa pun kena terima kenyataan..hidup perlu diteruskan..nasi goreng, telur goreng, kicap manis, sardin n meggi memang menjadi menu utama untuk orang bujang sebagai student seperti aku..kononnya x ada masa nak masak masakan ala2 chef wan..lebih lagi dikala sengket atau kata lain poket kering..makan pun dgn muka tanpa perasaan..muka cengeng lah katakan..kalau rasa nak best sikit ambil sos mcd..selera sikit..ada bau2 mcd ! hoho~

ini la menu org bujang..cool? cool mak limah kau ! cool ke hidup bujang..? erk..masa duit banyak..mula2 dapat PTPTN, hari-hari call mcd pun boleh..hujung sem..nah ! ambil kau..biskut kering cicah milo pun best~

pape pun aku tetap bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi..sentiasa ingat ye wahai kawan2..makan lah ala kadar..jgn ikut nafsu..erkkk..tetiba ada nasihat disini..peace yo! =)

Kasihan Aku


Kasihan jiwa aku, Selalu diperbodohkan. 
Kasihan minda aku, Selalu dicemarkan. 
Kasihan perasaan aku, Selalu dipermainkan.
Kasihan diri aku, Selalu dipersalahkan.

Biarkan :)















Wednesday, February 1, 2012

fakta tentang Lelaki dan Memasak


• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari je r.

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan
main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil isap rokok plak…

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas
masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna
api yg kuat…cepat sikit masak.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah
satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada
kaum lelaki..

betul x??


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...