Sunday, September 14, 2014

Realiti dan fantasi

All of this can be in my imigination only. But i believe with qada and qadar. InsyaAllah, one day, Allah will make it reality.

doa, sabar, tabah dan redho.

Saturday, September 13, 2014

Virus hati

Pedih,
Terkepam didada.

Perit,
Ditanggung kesunyian.

Nak diluah,
Tapi tak terdaya.

Nak dicerita,
Tapi takutkan dosa.

Allah ada,
Allah mengetahui,
Allah mengerti,
Cukup hanya Dia.

Tuesday, September 2, 2014

Aku, yang tak disangka kamu.

Kehidupan seharian kita dikelilingi dengan mereka yang sentiasa tak disangka.

"Tak sangka dia sanggup tikam aku dari belakang"

"Tak sangka mamat yang pembuli dulu sekarang dah jadi pendakwah"

Beringatlah.
Kita yang hari ini juga mungkin tak sama untuk hari esok sebab kita hanya seorang perancang namun pencatur kehidupan kita hanya Dia yang satu.

Maka,
Sentiasa bersedialah kita. Redha dengan apa yang bakal mendatang. Bersyukur dengan apa yang ada.

Aku bertudung litup. Jangan disangka baik.
Aku berpakaian hitam . Jangan disangka jahat.

-tkajojo-

Wednesday, June 25, 2014

Bantu aku.

Kerana aku masih lagi seorang khalifah yang sentiasa terlupa dengan amanah yang diberikan oleh Pencipta ku.

Hadirkan aku seorang yang boleh memimpin ku ke jalan Mu.

Imam ku disetiap pertemuan kita.

Bantu aku disetiap langkah ku. Masih menanti mu.

Monday, June 9, 2014

kenderaan dan air mata


bila dah lama sangat tak nangis. aku jadi resah. aku takut one day, air mata ni jatuh disebabkan sesuatu berlaku. sama ada terharu, kecewa atau paling perit, kehilangan.

hari ni. 9 June 2014,
air mata aku mengalir jgk.
sebak...terharu..dan sedikit kecewa.

lepas call ibu..terus menangis..
actually, masa tgh borak dgn ibu aku dah sebak..tapi tahan
aku kalau tgh tahan air mata dari mengalir..suara aku tetiba jadi garang..point nak cakap pun dah berkurang..sedangkan aku ni jenis potpet mak nenek..

aku ada sedikit masalah..macam biasa lah..aku selalu kongsi masalah dgn ibu aku..
pasal rumah sewa aku skrg. gate blkg nak masuk uitm dah kena tutup. so, aku kena lalu jalan lain..
jalan yang jauh untuk dapatkan bas. satu hal lagi, bas jarang ada. boleh bayangkan tahap kesabaran aku macam mana. penat berjalan dan terpaksa tunggu bas kadang kadang sampai 30 minit di bawah matahari terik (ye, aku tahu dipadang mahsyar nanti lagi panas). kadang kadang bas lalu je..tak nak berhenti dgn alasan bas dah penuh atau setakat aku sorang driver malas nak berhenti.

bertambah stress bila kawan kawan yang ada kenderaan sendiri menasihati aku bawa kenderaan sendiri. (apa ko ingat beli moto kereta guna taik hidung ke?). ada yang ckp apa guna ada lesen tapi tak ada kenderaan (oh berbisa ayat kau adik kakak!).

before ni aku dah call ibu cerita psl masalah rumah..aku nak pindah rumah..tapi kalau pindah aku yang rugi. segala deposit aku tak dpt tuntut..kalau stay rumah ni..aish dah tak mampu..semua nak lari..tinggal aku dgn roommate je. sewa rumah RM1200 sebulan. tak kan nak bahagi berdua je. tak mampuuuuu !

tadi ibu call..dia tanya nak motor ke kereta. ibu nak bagi moto tapi tak yakin dgn aku lebih lebih lagi keadaan shah alam ni yang sentiasa sibuk dgn lori bas. ibu nak belikan kereta. tapi cepat cepat aku potong ayat ibu..xpe lah..dah biasa susah naik bas..dah jadi rutin harian..dah x susah mana pun..masa tu aku dah mula sebak.

lepas letak phone..air mata terus mengalir..mesti ibu aku dah berfikir 2 3 hari lepas pasal aku..mesti ibu susah hati..Ya Allah, sku kecewa dgn diri sendiri. aku nak meluahkan masalah kat ibu..tapi aku terbagi masalah kat ibu..aku tekad ! aku x nak motor! aku tak nak kereta! aku cuma nak kejayaan kebahagiaan yang boleh membuatkan ibu abah tersenyum lebar.

Thursday, May 29, 2014

Pedulikan mereka


aku ada impian dan aku tahu semua orang didunia ini ada impian sendiri. oleh kerana aku tak pernah menyatakan apa impian aku. maka, kebanyakan mereka memandang aku seorang yang tidak bermatlamat, tidak mempunyai impian. mungkin juga sebab aku selalu mengatakan "follow the flow". setiap apa yang aku lakukan pasti akan dipersoalkan mentah mentah oleh mereka. "kau ni nak jadi apa sebenarnya? sekejap A sekejap B", "boleh ke kau buat?". disaat aku perlukan kekuatan, bukan kata semangat dan sokongan yang aku dapat. tapi kata kata sindiran. kata mereka "mampukah kau?"

perlukah setiap matlamat hidup dan impian dilakarkan dilangit biru. agar seluruh dunia tahu impian mu.
perlukah mengeluarkan kata kata yang menjurus kepada penghina, ibarat kau terlalu kenal siapa dia.
perlukah aku membangga diri dengan setiap apa yang aku ada. sedangkan apa yang aku ada hanyalah pinjaman dan ujian dari yang maha berkuasa.
perlukah merendah rendahkan kredibiliti orang lain. sedangkan kredibiliti kau pun setakat buku lali.

tapi.....
setiap kata kata yang sengaja dicipta untuk mematahkan semangat, aku anggap sekadar ujian dan cabaran dalam hidup aku.
apa yang boleh aku lakukan. pedulikan kata hinaan mereka.

Saturday, April 5, 2014

kucintaMu


dunia aku penuh keseronokan
hari ku penuh kealpaan
tapi hati ini kosong
hari ku tetap sunyi

maka yang pasti
di tikar sejadah Mu
di kitab suci Mu
aku temu kebahagiaan

aku kenal erti cinta
Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu
moga berpanjangaa untuk ku
sampai syurga kelak


Thursday, March 27, 2014

JANGAN TAKUT DENGAN UJIAN ALLAH.


Jangan takut
berdepan dengan ujian.
Jangan takut
berdepan dengan realiti.
Biar sakit
kerana realiti.
daripada parah kerana dibuai mimpi.
Hidup kita
ada satu misi.
Misi menuju
jalan illahi.
Siapa yang goyah.
pasti rebah.
Siapa yang tabah.
Bertemu di syurga Allah.
Pasti..

Sunday, March 16, 2014

DUIT

disebalik impian, angan-angan dan cita-cita terselit satu harapan yang besar.

bila sudah bekerja. maka tiap tiap bulan kita akan perolehi pendapatan sendiri. dan dengan itu juga kita perlu mencatat segala perbelanjaan apa yang perlu apa yang tidak perlu. post kali ini adalah catatan dimana angan-angan aku terhadap wang aku sendiri. (ayat berbelit belit)

1. kumpul duit. duit yang dikumpul terbahagi kepada tiga
    - duit utk ibu abah. ini bkn duit yg dikirim bulan bulan. ini duit yang aku kumpul untuk topup serba sedikit kos perbelanjaan menunaikan haji untuk ibu dan abah. atau pun belanja mereka menunaikan umrah. tapi aku akan pastikan ibu abah jejak kaki ke mekah dulu sebelum aku ke sana. 
- duit untuk kegunaan semasa kecemasan. contohnya bayaran bil perubatan, bayaran penyelenggaraan kereta rumah atau apa apalah. korang mesti cakap eh kan boleh beli  insurans. haha. insuran pun harus ada. simpanan utk kecemasan pun harus ada ok. 

- duit untuk membeli kehendak sendiri. contohnya melancong dan menunaikan haji. hehe. korang mesti fikir membazir je simpan duit pastu guna untuk melancong. hohohoho hello, saya mahu nikmati kehidupan saya. kalau kerja je memanjang tak guna jgk. at least ada masa untuk keluarga, kawan dan diri sendiri. baru la bahagia dan sentiasa awet muda. hehehe

2. selesaikan hutang
 muda muda lagi dah ada hutang. haha. hutang apa lg kalau bukan PTPTN. mesti ada yang ckp. alaa PTPTN je pun. huih PTPTN pn tetap hutang hokey. hutang harus dibayar.

kalau dah kerja nanti mesti ada lg buat loan kan. loan kereta, loan rumah, loan persendirian. arghhh belum kerja dah fikir pasal loan. wahaha. tapi ingat jangan sampai diisytiharkan muflis dah la. ohhhh mintak dijauhi. 

bayar credit card on time. kredit kad kalau gedik nak ada bia lah 1 je. tu pun ko guna buat beli barang terdesak & bayar petrol.

3. duit untuk ibu abah
jangan pernah skip dr bagi duit kat ibu abah. walaupun dorang tak minta atau tolak daripada terima, kena juga bagi !! ingat, kena juga bagi !!! tak banyak pun tak pe. lepas buat bayar bil air api n telephone pun tak pe la. asal ko bagi.

the value of the relationship


The value,

when we kept secret our relationship.
not tell to the public
both of us know the feeling of each other.
respect, trust, honest and faith.
we happy base on the love story that Allah give to us

I hope,
he know how much i falll in love with him


May Allah bless our relationship till Jannah
never panic. just pray. because we have Allah
InsyaaAllah


Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, moga berjumpa di syurga~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...